Mar 31, 2011

spans cake stawberrry.

Ain Fajar | 10:35 PM | 0Comments |
Assalamualaiku..
kelmarin saya mendapat tempahan kek span dari jiran sebelah..sibuk la c kakak nak makan kek..so lebihan dr adunan tu saya buat bentuk cup cake. dapatla dalam 6 biji..
haa ni lah, aik! tadi kate 6 biji tapi kat gmbr ada 4 biji je..ape lagi 2 biji lagi dah selamat masuk dlm perut kakak tak sempat nak sejuk pun, suam2 lagi dah dia bawa lari..saya saje boh aising kat kek tu coz nnt bila dia tengok kek yg org tempah tu ada aising dia pun nak, baikla buat awal2, kalau tak bising je mulut dia...aduyai tak tahan telinga dan ibu dia tak leh nak buat keja la jawabnya...


sambil tu saya leh la melembutkan tangan yg keras untuk membuat bunga..walaupun tak cantik tapi korg sume masih boleh kenal kan yg kat atas tu bunga ape? yeeee betul! bunga ros..yg belah kiri tu yg dah kembang mekar dan yg belah kanan tu yg baru nak mengembang...hik! hik! hik!
 gambar di atas adalah sruktur kek span..nmpk mcm spans tak..lembut sangat mcm spans..ok lah jom kita skodeng resepinya

sumber : chef noraini
Bahan-bahannya: )
5 biji telur
125 gm tepung kek (self-raising)
140gm gula kastor
15gm ovallate 
40gm air suam
1sk baking powder.
1 sudu teh perasa srawberry
1 sudu teh pewarna merah
75gm buter (cairkan)

Cara-caranya: )
  • satukan pewarna, perisa stawberry dan air kacau sebati dan ketepikan.
  • masukkan semua bahan kecuali buter. pukul bahan pada kelajuan sederhana. apabila tepung sebati kuatkan speed pada kelajuan tinggi, pukul hingga adunan kembang. warnanya akan berubah kepada warna cream.
  • masukkan air pukul perlahan hingga sebati. dalam 5 minit
  • masukkan butter cair dan gaul guna tangan hingga sebati..
  • tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga kek masak. (bergantung pada oven masing2 yer)
  • apabila kek masak dan keluarkan dari oven terbalikkan loyang selama 10 minit baru keluarkan kek dari acuannya.
  • apabila kek sejuk boleh la hias mengikut kreativiti masing2 dengan kream.
selamat mencuba yer!!
 spans cake + butter cream
ni kek aising yang saya buat utk tempahan tu...hahaha mcm nak buat hantaran je..tapi tok makan2 je..saje lah kan kalau nak makan2 pun kenalah wat cantik2..cantik keer?..what ever!!hihihi..

oleh kerana esok hari beday kakak ibu dah buat satu ucapan dan kek..haha kalau ibunya rajin dan sempat  esok ibunya buat kek lain..bukan ape nnt nak sambut kat kampung dengan adik beradik en.abg dan embhnya..kn buat kek juga lagi
dah besar dah kakak..tapi ibunya nampak dia mcm kecik lagi..mn tak nyer cewek mengalahkan adiknya hahahaha...kakak kakak..harap2 jd anak solehah.

Roti Saj

Ain Fajar | 4:30 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
dah lama tak bersiaran di dapur alam maya ni...penyakit M dah meresap di jiwa..tambahan pula line ternet sangat tenat..tak sabar nak menunggu, nak upload gambar pun tak lepas..alhamdulillah skrg dah pulih..so happy sangat dapat berkongsi disini lagi pelbagai resepi yg telah saya cube..
kali ni saya nak syer resepi roti saj..pelik namanya kan..jarang kita jumpa..saya jumpa resepi roti saj ni di beberapa blog masakan yg terkenal..saya ambil resepi ni pula dari dapur k.Yatie. mmg sedap dan mudah untuk membuatnya..
inilah rupe roti saj..lembut je..senang pulak tu..dah banyak kali saya buat untuk sarapan pagi, cicah dengan ayam masak kari..3 keping je buat untuk en.abg pagi tadi..klah jom kita tengok resepinya..

sumber : k.yatie blog sinar kehidupan ku
Bahan-bahannya : )
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 airsuam
1s/b  yis @ mauripan
1 s/b gula
1/2 sk garam

Cara-caranya : )
  • campurkan yis bersama air suam dan biarkan seketika.
  • campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin (tak la licin sangat). uli guna tangan je.
  • peramkan selama 1 jam. tutup dengan tuala dapur.
  • kemudian tumbuk2 doh dan bahagi2. leperkan kat dalam mangkuk supaya bentuknya cantik je bulat.
  • kemudian panaskan sedikit mentega (supaya tak melekat) dan letak doh, tutup dengan prnutup periuk. guna api yg slow je. balik2kan, bila dah keperangan tanda roti sudah masak.
  • sedia untuk di hidangkan.

 roti yg sedap, mengenyangkan dan yang penting sangat mudah untuk menyediakan..nak tau mcm mn rasanya mesti cuba ok..

selamat mencuba !!!

Mar 23, 2011

Kek Sarang Semut

Ain Fajar | 8:35 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
N3 kali ni saya nak syer kek peberet saya..kek sarang semut..mcm2 nama org panggil untuk kek ni.ada yang panggil kek gula hangus sebab menggunakan gula yang telah di hanguskan..ada yang panggil kek sarang tabuan atau lebah sebab struktur kek ni berongga mcm sarang labah...saya panggil kek sarang semut sebab my mom kenalkan saya dengan nama tu, so dah terbiasa..tak kisahla kan ape pun gelaran yang di beri..ianya tetap mendapat perhatian umum...kek ni tak muak makan sebiji besar pun tak de hal lah..
Saya tak pernah buat kek ni..my mom buat  masa kecik2, time tu tak pandai nak tolong lagi, bila dah besar tersangatla jarang dia buat, time raya je buat..sempat makan sepotong je lah jawabnya..mmgla rindu-rinduan kan..hehehe..tak sempat nak belajar tapi saya pernah tengok sekali imbas mcm mn my mom buat..nasiblah ada rakan2 bloger masakan yang sangat bemurah hati syer resepi dorg. Tak lah saya rindu2  lagi..skrg dah boleh buat sendiri..bukan ape dah jarang org buat kek ni, kalau buat pun kadang2 tak menjadi, tersangatla kecewa..
Dah lama saya save resepi kek ni dari blog kak yatie..sekali cuba mmg menjadi tapi ada sedikit ketidakpuashatian dalam diri saya.(silap sendiri, biasalah budak baru belajar) Tapi tetap sedapppp...en.abg makan sambil memuji..wah!!bangga toi..mmg tak berenti dia makan..gambar di atas adalah hasil yg pertama saya buat..pucat dan rasanya sedikit kenyal pastu manis ..itu yg membuat saya tak puas hati...yelah tengok cik jelita punya kek sarang semut hitam berkilat mmg cantik mcm tuanya ehehemmm!!betul ba, nda tipu tapi bukan la kata kau gelap, kau putih jgn salah faham yer hihihi..kek k.yatie pun elok..so saya buat sekali lagi, memandangkan semua org kat rumah ni suka, kalau buat lagi conform selesai..
Taraaaaaa....ni lah hasil yg kedua kek sarang semut saya..masih panaaass!!keknya lembut dah tak kenyal dan warnanya hitam tak pucat, dah sihat dah..cantik, cantik,cantikkk..ok jom tengok resepinya.
Bahan-bahannya: )
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 s/k soda bikarbonat
2 s/b marjerin
Cara-caranya : )
  • Cairkan gula dalam periuk dengan api yang sederhana. Tunggu hingga gula cair dan berubah warna keperangan..tutup api sambil tuang air panas ke dalam periuk..(hati2 ok nnt mercik kena tangan yg cantik dan lembut tu sebab gula akan membuak mcm gunung berapi)
  • Pasang api balik dan masukkan mentega kacau hingga semua bahan larut dan sebati. Ketepikan dan sejukkan.
  • Pukul telur hingga kembang dan pekat.
  • Masukkan susu cair, kacau sebati dengan menngunakan pemukul telur.
  • Masukkan tepung kacau sebati dan akhirnya masukkan gula hangus tadi.
  • Peram bamcuhan 3-4 jam
  • Bakar selama satu jam pada suhu 180c.
Selamat mencuba!!!

sotong bunga kantan

Ain Fajar | 7:56 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..


Menu hari ni, sotong bunga kantan..1st saya masak sotong mcm ni..mmmm sedap rasa mcm mkn asam pedas tapi ada lemak2 santan..mmg unik rasanya..saya ambik resepi dari majalah sedap..semua resepi yg terdapat dalam majalah sedap ni mmg menyelerakan dan alhamdulillah tidak menghampakan..sotong yg saya gunakan seekor je tapi bapok beso..panjangnya dari ujung kuku hingga ke siku tangan saya...bukan tangan kakak..mmg besar 1 ekor pun dah mencecah 400++gm..ini lah sotong yg paling kecil saya pilih..lauk kat trgn ni mmg besar2 lah..
Ok jom kita intai2 ape bahan2 yg saya letak dalam masakan kali ni..

Sumber ilham : majalah Sedap
Bahan-bahannya; )
400 gm sotong
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering
1 kuntum bunga kantan
1 biji limau nipis
½ inci halia
4 biji cili padi
150ml santan pekat
Sedikit daun kesum (saya letak sendiri)
Sedikit lada hitam
Gula dan garam ikut citarasa masing2.
Cara-caranya :
Basuh sotong bersih dan kelar-kelarkannya.
Blean baang putih, bawang merah, halia dan cili kering.
Tumis bahan2 yang telah di blean tadi hingga naik bau dan bunga kantan.
Masukkan gula, garam dan lada hitam
Masukkan santan serta cili padi. Tunggu hingga menggelegak dan kuah agak pekat.
Masukkan sotong dan daun kesum. kacau rata dan biar hingga sotong masak..
Senang je..sedap pulak tu..Selamat mencuba!!!

Mar 20, 2011

Ikan Bakar

Ain Fajar | 7:59 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
 
menu malam ni ikan bakar + buncis tumis dan nasi putih...saya guna ikan biji nangke...mmg sedap..nak guna ikan lain pun boleh juga..masak 2 ekor je untuk kami dua orang. c kakak tak makan ikan pedas..ok jom kita skodeng resepi...tak perlu nak citer panjang.

Bahan-bahannya..

Bahan untuk sambal ikan bakar..
20 tangkai cili kering (boleh kurangkan jika tak nak pedas)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 batang serai
2 s/b gula merah
3 s/b gula pasir
1 s/k garam
2 s/k jintan putih
2 s/k biji ketumbar

Cara-caranya: )
  • kisar semua bahan2 hingga lumat.
  • rebus bahan2 yang telah dikisar hingga kuah menjadi pekat.
  • tambah gula atau garam jika perlu ke dalam kuah mengikut citarasa masing2.
  • letak ikan di atas aluminium foil yang dileser dengan mentega, curahkan sambal ke atas ikan
  • masak menggunakan kuali leper tutup kuali dengan penutup periuk, balik2kan.masak hingga ikan masak..boleh guna oven juga
sambal ikan bakar ini boleh di simpan dal peti ais dan ianya tahan lama.
cukup untuk 5-6 ekor ikan
selamat mencuba!!!!


Opak Ubi

Ain Fajar | 6:15 AM | 0Comments |
Assaalamualaikum..
opak ubi? pelik kan namanya...ni adalah kudapan nenek moyang kita..ianya di perbuat dari ubi, di keringkan dan digoreng..lain bahasa lain panggilannya..yang saya tau namanya opak tak tau dari bahasa ape..hehehe sory yer saya lum buat rujukan terperinci lagi dan tak menuntut pun lagi, so xada resepi lah, gambar sahaja cuci mata je k... huhuhu kijamnyaaa...xpe jgn susah nnt dah menuntut dr nenek moyang saya kongsi di sini..mmmm ada lagi ke nenek moyangnya hahaha.. jumpa cucu cicit kepada nenek moyangnya lah..boleh kan?
sebenarnya opak ni adalah pemberian ibu mertuaku..banyak dia beli pastu bahagi2 kat semua anak2nya..dia tau cucu2nya suka makan terutama adliana syuhada (c kakak lah)..
inilah opak yg saya maksudkan tu, mcm pepedom kan..tapi bukan, yg ni saya dah potong kecil dan goreng. goreng dua keping selesai kakak makan sorang. adiknya mintak dia bagi sikit je punyalah kedekut, kalau tak simpan tak merasalah ayahnya..rasanya lemak2 ubi mmg sedap, kira jajan yang sangat sihat..tak ada bahan2 yg tidak sihat di dalamnya..
ini adalah rupa paras opak yang belum di goreng..sekeping bulat ni besar tau, rasa-rasanya 12 inci kot..kalau nak goreng besar2 mcm ni boleh gak tapi kan guna kuali besar n minyak yang banyak..saya nak jimat dan senang nak makan gunting kecil2 mcm pepedom..

ok jom kita makan dulu, sambil tengok mentor musim ke-5...hehehe...ade yg nak ke...leh beli kat petropam, siap di goreng tinggal makan je..tapi kan yang saya perasan, banyak jual kat petropam area perak..tempat lain tak pasti...sowyyyy...klu nk saya boleh belikan..hihihi
tq yer mak sedapnyaa opak ni..leh buat kudapan ontheway balik kampung ujung minggu ni..byby

sambal ikan bilis

Ain Fajar | 5:31 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam bersiaran..seperti yg di janjikan n3 kali ni adalah sambungan n3 yg sebelum ni..sebelum ni saya post resepi doh untuk membuat burger malaysia..kali ni saya nak kongsi intinya pulak iaitu inti sambal ikan bilis..ada sesetengah org menggunakan inti sardin dan ada juga yg guna daging burger yg dihancurkan sebagai inti kuih ni...tapi sambal ikan bilis ni adalah kebiasaannya dan sangat di gemari org ramai...sambal ikan bilis ni juga kita boleh jadikan inti bun ikan bilis dan juga boleh di jadikan sambal nasi lemak...saya guna resepi yg sama untuk membuat sambal nasi lemak dan bun...
haaa ni lah dianya....kita kn guna ikan bilis yg gabak2 ( besar) je yer, br ada ummmh!! jom kita skodeng resepinya..

Bahan-bahannya :

200 gm ikan bilis (yg telah di buang isi perut dan tulangnya)
5 ubiji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam keping
20 tangkai cili kering
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air (jika perlu)
5-6 s/b gula
1 sk garam
perasa (ajinomoto)
1/2 cawan minyak

Cara-caranya : )
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering hingga lumat.
  • panaskan minyak  dan tumis bahan2 yg telah di kisar..
  • terus masukkan gula, garam, bahan perasa, sos tiram dan asam keping. kacau sebati.
  • apabila sambal dah sedikit mengelegak, masukkan ikan bilis. masak hingga ikan bilis lembut, kalau ikan bilis masih keras boleh masukkan air.
  • masak hingga sambal agak kering..rasa sambal ikut kesesuaian masing2..
  • sambal ikan bilis akan rasa sedikit manis. rasanya harus seimbang manis, masin dan pedas.
p/s :
  • untuk inti bun, sambal harus pekat, untuk memekatkan kuahnya taburkan sedikit tepung dan kacau dalam keadaan api perlahan.
  • untuk sambal nasi lemak kuahnya agak banyak tak perlu tabur tepung.

Mar 17, 2011

Burger Malaysia

Ain Fajar | 10:29 PM | 1Comments |
Assaalamualaikum..
salam hari juumaat..hari ni saya buat sarapan burger malaysia..hahaha ada yg tau dan myb ada yg tak tau kan..kuih ni antara menu mak cik2 kantin sekolah...arwah mak saya pun tiap hari buat kuih ni dulu..sejak saya kecik2 lagi my mom dah buat kuih ni..masa saya kecik sebesar c kakak my mom anta kuih kat kantin sekolah, bla saya dah sekolah menengah baru dia tander kantin sendiri..rezki niaga kat kantin la yg membesarkan kami adik beradik..jom kita tengok mcm mn org malaysia buat burger hehehe
haaa inilah rupa kuihnyer..org panggil burger malaysia tak tau lah kenapa, ada juga yg panggil donut goreng..myb intinya sambal ikan bilis so org ubah namanya..resepi ni juga kita boleh buat donat goreng yg intinya kacang merah..
 Burger Malaysia.
sumber :  k.maz dr ilhamdapur

Bahana-bahannya : )
1/2 cawan air suam
2 cawan tepung gandum
2 sk yis kering
3 sb susu tepung (susu c kakak menjadi mangsa ibunya)
2 sb mentega cair
1 sb gula
1/4 sk garam.

Cara-caranya : )
  • campurkan yis, gula dan air suam kacau rata kemudian biarkan seketika. masukkan mentega cair.
  • gaulkan tepung, susu tepung dan garam. 
  • kemuadian masukkan air yis tadi kedalam tepung
  • uli adunan hingga menjadi doh yang licin dan lembut. (saya guna tangan je), kalau melekat kat tangan sapu tangan dengan tepung jangan tamabah tepung lagi
  • biarkan doh 30 minit..kemuadian tumbuk2 sedikit.
  • bulat2kan dan tekap menggunakan muka gelas untuk dapatkan bentuk yang cantik.
  • biarkan seketika dalam masa 15minit..bila kita angkat, doh tu ringan je..
  • boleh di goreng dengan api yang perlahan..sentiasa di balik2 kan untuk mendapatkan warna kuih yang sekata dan cantik.
  • apabila sudah kuning angkat dan toskan
  • belah kuih di tengah2 tapi jangan putus. letak inti sambal ikan bilis..
  • sedia dihidangkan..mmmmm mmg sedap, lembut dan mengeyangkan..lagi2 minum dengan teh strawberry

selamat mencuba!!!
resepi sambal di n3 seterusnya..



Oreo Cheese Cake

Ain Fajar | 8:52 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
oreo cheese cake ni dah lama saya buat masa beday uyun (adik ipar saya) tak sempat nak post ni tengah ada kesempatan saya nak kongsi dan sambil2 cuci mata...mcm tulah kejadian kek saya yg telah di potong..tak deco cantik2 pun sekadar letak biskut oreo di sekeliling kek dan 4 kuntum bunga ros serta daun..
haa nampak tak bunga ros putih yg tertonggok sekumtum tu..saya buat dari cream biskut oreo..rasa sayang nak buang nak makan terlalu manis tak tertelan pulak..bila tengok cream biskut berlonggok terus terfikir untuk di jadikan bunga ros..so itulah hasilnya..tak bape cantik tapi boleh laaaa ada juga rhope bunga ros kan kan kan..
ok jom skodeng resepi..byk sumber saya untuk buat oreo cheese cake ni...boleh di katekan setiap blog masakan ada buat kek ni...saya gabungkan resepi dan kaedah pastu jadikan satu..jom tengok!!

Bahan-bahannya : )
Bahan A
200 grm biskut oreo (tanpa creamnya)
3 s/b gula perang
130 gm butter

Bahan B
500 gm cream cheese
3 biji telur
3 s/b tepung jagung
150 gm gula kastor
100ml susu cair
sedikit chocolate rise

cara-caranya : )
untuk bahan A
  • cairkan butter ketepikan..
  • hancurkan biskut dan campurkan butter dan gula perang..
  • masukkan ke dalam loyang dan tekan2 hingga ianya padat..bakar 5 minit..
untuk bahan B
  • pukul cream cheese dan gula hingga kembang..
  • masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang dan gebu.
  • masukkan susu cair dan tepung jagung pukul lagi hingga sebati.
  • masukkan chocolate rise gaul rata guna tangan (nak letak serbuk biskut oreo pun boleh)
  • masukkan adunan cheese ke dalam loyang yang ada lapisan biskut tadi dan bakar selama 40-45 minit
  • saya bakar dengan kaedah water bath dan tutup loyang dengan aluminium foil.(letak air dalam dulang dan letak loyang dalam dulang dan bakar)
  • bila sejuk simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan kek ces yang sedap.

Honey Dew Cocktail

Ain Fajar | 6:34 AM | 0Comments |
Assalamualaiku..
hari ni tak ada masak yg special pun..buat soto paberet ku n en.abg..en.abg kate dah lame tak buat soto..huh! ye ker? rasanya br 2 minggu lps..dah masuk dlm n3 pun...tak pela oleh kerana sume bahan ada dan kami semua suka makan so saya buat lah...tak tunjuklah soto coz dah post pun nnt jemu pulak hihihihi...saya nak post disert yg mudah dan senang dan yang pastinya sedap, lazat dan yummmmmy...masa saya jejalan g dapur k.ummi kuantan saya nampak disert yg k.ummi buat terus terpikat turun ke hati...huh!mengancam..terus berazam untuk mencubanya..mmg ternyata tidak mengecewakan...tq k.ummi saya nak syer resepi akak d sini.
Honey Dew Cocktail
sumber : k.ummi kuantan (home sweet home)

Bahan:-
  • 1/2 biji honey dew - kupas dan potong dadu
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan susu sejat
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan kiub ais
  • 3 sudu besar sagu (akak guna yg merah) saya tak letak
  • 2 cawan air panas didih (saya tak letak)  
  •  
cara-caranya :
  • saya buat stail saya sendiri...
  • masukkan semua bahan dalam blender (honey dew separuh sahaja)..
  • kisar semua bahan hingga lumat..
  • masukkan ke dalam bekas dan letak honey dew yang sudah di potong dadu..saya telah menambah sepotong tembikai merah sebagai hiasan dan menyerikan lagi disert tu..
  •  
mudah kan mesti try pasti tak menghampakan.
Selamat mencubaaa!!!

Mar 15, 2011

Nasi Impit

Ain Fajar | 6:18 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
hari ni, saya buat nasi impit untuk anak dara ku yg besar tu..kakak mmg suka makan nasi impit tak taulah kenapa, myb nasi impit lembut dan tak keras macam nasi.senang dia nak telan..hihihi..saje je buat nasi impit untuk dia, dah mula tak nak makan nasi asik ajak pg kfc je..so fikir2 buatlah nasi impit dengan ayam masak kicap mmg paberet dia...
haa saya buat nasi impit sendiri mcm org dulu2..selalu guna ketupat adabi je tak pun isi beras dalam plastik buat macam nasi impit adabi..tapi dah tak beli so buat la secara tradisional...saya dapat resepi dan teknik membuatnya dari dapur k.yatie..biasala kan saya membesar mmg buat nasi impit guna yg dalam peket je tak tau nak wat tekni nenek moyang ni...senang je...bukan susah pun..dah selalu buat dah pun

sumber Sinar kehidupan ku ( k.yatie)
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras biasa
  • 10 cawan air
  • 2 sudu kecil garam
saya buat separuh dr resepi di atas 1 cawan dan 5 cawan air


Cara-cara (ni kaedah yg k.yatie gunakan)
  1. Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
  2. Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil di lenyek supaya hancur.
  3. Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
  4. Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering. Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
  5. Saya masak lebih kurang 1 1/2 jam dngn api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur.
  6. Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung batu@belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut. Gaul dan lenyek2 lagi.
  7. Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware @ mangkuk.
  8. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
  9. Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (saya letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
  10. Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
ini adalah kaedah saya : )
  • basuh beras dan masukkan air..masak nasi menggunakan rise cooker seperti biasa..
  • p/s : lapik bawah periuk dengan tuala atau tisu dapur coz air akan melimpah sedikit..
  • apabila nasi sudah masak kacau nasi sambil leyek2kan supaya nasi hancur dan boleh menghasilkan nasi impit yg lembut..
  • masukkan nasi tadi ke dalam loyang atau tapawer..
  • ratakan nasi tadi menggunakan senduk nasi..sepanjang meratakan nasi senduk nasi tu hendaklah sentiasa di basahi dengan air untuk mengelak dari nasi melekat2.rata2kan dan tekan2 nasi supaya ianya padat..
  • ok boleh simpan dalam peti sejuk tunggu nasi impit betul2 sejuk dan keras bagi memudahkan untuk memotong..
terpulang sama ada nak guna kaedah yg mana ok...alaa lagi senang pakai yg segera kan..saje lah mana tau dah tak ada stok tapi mmg nak makan nasi impit juga bolehla try..jimat dan mudah..bagi saya laa..terima kasih sangat pada k.yatie..
walau ape pun selamat mencuba!!

Mar 14, 2011

pop corn

Ain Fajar | 8:43 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
projek hari ni....
haa nilah dia...bangga sendiri bila berjaya buat pop corn sendiri di rumah...mmmm mmg puas hati..rasanya mmg mcm pop corn yg jual kat panggung wayang..bukan mcm kat pasar malam..lemak berkrim..mmg pop corn yg saya sangat sukai...terima kasih sangat2 kepasa penyumbang resepi..ramai dah blogger masakan dah buat pop corn ni..saya amik resepi ni kat blok k.hasue serawak..tq yer kak..
ok jom kita tengok resepinya..
Bahan2:
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak ( saya guna minyak jagung)
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa (tak perlu jika mentega sudah masin)
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
Cara2:
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur) untuk membuat karemalnya:> saya panaskan butter dan masukkan gula, tunggu hingga gula hancur dan sedikit likat pas tu terus masukkan pop corn n gaul sebati..guna api yg kecil sahaja..
p/s : jangan sampai gula berubah menjadi perang pekat kerana gula yang manis akan bertukar menjadi pahit..
lepas ni kalau nak tengok astro first leh tengok wayang sambil makan pop corn, baru lah mcm tengok kat panggung..hahaha..bagus juga ada astro fisrt ni dapat juga tengok cerita terbaru kat rumah je..ye lah sejak ngandungkan c kakak sampai la sekarang mmg tak boleh nak tengonk wayang..nak kn tunggu dorg duduk asrama barulah leh pegi dating mcm dulu2..hihihi..
oklah selamat mencube!!!

cream soup

Ain Fajar | 8:15 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
 firs time buat cream soup nih...simple, cepat dan sedap..dah lama teringin nak buat tapi belum datang seru hehe..sejak c kakak pandai cakap ni mcm2 dia mintak..nak makan fast food je..bocor poket ayahnya...tiap kali lapar mesti dia mintak makan KFC..semua restoren fast food dia panggil KFC..tapi ada la menu khas yg dia akan sebut..kalau dia cakap " ibu nak KFC nak main" itu tandanya dia nak pegi McD..kalau dia cakap, "ibu nak KFC, nak makan cup" maknanya nak pegi pizza hut. kalau dia cakap nak makan nasi baru betul dia ajak ke KFC yg ada org tua tu..ish!!ish!!budak sekarang mmg cpt pandai..ujung minggu lepas, kami makan kat pizza hut sebab dah janji dengan kakak, sungguh2 dia makan segala ape yg kami oder..cream soup mmg dia hirup je macam minup kopi...esoknya asik mintak nak makan cup..so datang la seru untuk membuat sup krim ni, lagi pun semua suke makan sup krim ni..




sumber :) dapur Dayang Jack
Bahan-bahannya : )
250 ml susu segar
1 cawan air
1 biji cendawan butang
1 biji kiub pati ayam
2 sudu tepung gandum.












Caranya : )
cendawan dipotong dadu kecil (boleh guna yg kat dalam tin)
rebus cendawan hingga air menngelegak, masukkan susu segar, kiub ayam dan bancuhan tepung gandum..
kacau sebati dan tunggu sup menggelegak. tutup api
sedia di hidangkan..boleh letak sedikit lada hitam jika suka..kalau suka lebih lemak boleh tambah cheese.
ok selamat mencube!!!

Mar 11, 2011

Burger special

Ain Fajar | 10:46 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
n3 kali ni saya nak post masakan en.abg semalam...haha en.abg masak burger je tapi yg special...tak tau la ape mimpi dia tetibe nak buat burger.mmm bgs juga leh rehat...mmg ssh nak tengok en.abg amik alih kat dapur..setakat tlg2 adalah..
ni lah ghope burger yg en.abg buat...special sebab daging burger tu di saluti dengan telur serta beberapa perasa..saya tak pasti sukatannya mcm mn, coz dia tak bg saya tengok..kononya kalau saya tengok tak menjadi..ketq tangan hahaha mcm2 lah...dulu masa en.abg study dia jual buerger kat kampus dia, nak cari duit poket, kira dah pro lah, tapi bila saya nak tengok tetibe ketaq tangan palak..mcm baru kenal je...hihihi..

tapi rasa2nyer la kan, rotinya di salut mentega dan bakar sekejap di atas kuali leper..dagingnya di masak mcm biasa kemudian pecahkan telur letak kicap ikan dan lada hitam kemudian balut daging burger tu...pastu buh la kobis, timun, sos, mayonis..lapis2kan..lbh kurang mcm tu lah...
selamat mencuba lah yer kalau nak sesape nak try..

ketam masak lemak cili api.

Ain Fajar | 8:36 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
hai..hari saya cuti bertugas masak di dapur...hihihi best toi la..klu selalu mcm ni lg best...pg tadi ada turun dapur kejap goreng pisang rempah..pastu tgh hari en.abg masak..nak tau ape dia masak utk isi perut kami tungguuu okey..esok lah..n3 yg ni saya nak kongsi lauk semalam...tak sempat nak post..hari ni tgh ada kesempatan post la..dah lame betoi tak buat masak lemak ketam nih..jarang buat pun..selalu srh mak je buat atau pun kak ipar...kat cni yg saya selalu buat kalau lauk ketam mesti masak merah..kali ni saje nak ubah selera plak..cb tengok hasil air tgn sendiri..
 saya masak tarap je main campak n agak2 je..tapi bahan2 sume saya ikut cara k.yatie dr dapur sinar kehidupanku.saya buat separuh dari resepi yg k.yatie buat..minta izin ye k.yatie tampal resepi akak kat sini yer..tq2

Bahan-Bahan
10 ekor ketam/secukupnya (saya gn 4 ekor je)
Bahan kisar
10 biji cili padi
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

2 batang serai-ketuk
3 cawan santan
2 keping asam gelugor/keping
garam dan gula secukup rasa
 
Cara -Cara
  1. Blend bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan dan asam keping.
  2. Masukkan ketam dan gaul sebati. Masukkan garam dan perasakan.
  3. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.

Mar 10, 2011

chocolate moist cake

Ain Fajar | 9:12 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni saje2 nak letak..saya buat kek ni sebelum pegi klang ari tu, buat kek beday untuk ank sedara..dia mmg suka kek coklat yg lembab ni..so suka saya buat untuk dia..biasanya saya buat letak toping coklat je, tapi kali ni saya buat special sikit siap ada edible gambar dia dgn kartun ben10..yelah kek beday kan kenalah cantik sikit.
haaa inilah rupa kek coklat yg dah siap di hias..hahaha boleh la kan..ala tau, tak cantik harap edible je..narnye saya nak letak jalur2 rumput kat keliling kek tu, tapi nozel rumput yg saya ada bapok biso so tak bape nak comel kejadian rumput tu..kn cari nozel matel kecik next time...ok2 jom kita skodeng resepinya..senang sangat nak buat. tak perlu guna mesin ke ape..guna pemukul telur je pukul guna tangan..cepat dan pantas..

sumber : youtube (chocolate moist cake)
Bahan-bahannya : )


Bahan A:
1 1/2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk je)
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:
2 biji telur
1/2 cawan marjerin cair (saya guna minyak jagung)
1 cawan susu pekat (saya guna susu segar)

Bahan C:
1 cawan air panas didih.

Cara-caranya : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180c .guna api atas dan bawah.
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,saya tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. bakar selama 35 minit atau hingga kek masak.( cucuk guna lidi jika lidi bersih tanda kek sudah masak)
  8. p/s : tutup atas kek dengan aluminium foil untuk mengelak permurkaan kek kering dan hangit.
Ganache:
190 ml whipping cream
200-250g coklat masakan
1/2tbsp coklat emulco
1 tbsp serbuk koko van houten
1 tbsp susu pekat manis
1 tbsp mentega

  1. panaskan whipping cream bersama coklat masakan dengan api perlahan sehingga coklat masakan cair,masukkan mentega dan kacau sehingga cair.
  2. Masukkan serbuk koko dan susu pekat. Padamkan api.Kacau sebati,sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk sebelum dituang ke atas kek yg sudah sejuk sepenuhnya.(kalau boleh kek juga sudah disimpan dalam peti sejuk sebelum dituang ganache)
 ok selamat mencuba yer!!
ni lah beday boy nyer..post sebelum ni dah letak pun gambar dia...klah baybay..

sarapan ape??

Ain Fajar | 6:32 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
salam jumaat..sarapan ape pagi yer?mmmm ada pisang kat dapur bekal dari mak metua dr kampung ms pegi klang semalam..goreng lah!!tapi masih muda, tak pe tumbuk rempah2 pas tu goreng cicah sos..satle!!
ha nilah sarapannya..makan pisang, minum air kopi..mcm dok kapung hihihi...tak yah letak resepi lah yer saya dah post pun sebelum ni...saya bg tau je ape rempah ratusnya..rempahnya ada bawang putih, bawang merah, ikan bilis, jintan manis dan biji ketumbar..oh! garam jangan lupe..sume tu leh agak2 je..tak salah kita buat dia kan..
oklah pendek je n3 kali ni...byby.

Birthday girl.

Ain Fajar | 8:55 AM | 0Comments |
Assalamualaikum...
3hari rehat dr berblog, sibuk dengan urusan yg saje2 buat sendiri...kemarin kami sekeluarga pergi ke klang semata-mata untuk sambut birthday uyun...sape uyun nie? haa dia ni adik ipar saya adik en.abg lah..en.abg cuti semata-mata nak wat surprise untuk adiknyer..ye la kan ms beday eb.abg aritu adik beradik dia semua turun ke terengganu dan amik cuti semata2 nak wat surprise beday en.abg so kenalah hargai dan membalasnya toi dak...
 haaa ni lah nurul zanah adik ipar saya, dia smbut bedaynya yg ke 25 thn...happy beday ye uyun semoga cpt dpt jodoh, abg2nya sume risau..nak tau tak kenapa kami panggil uyun, sebenarnya nama dia nurul..dulu masa dia kecik cakap pelat tak pandai nak sebut nama sendiri tu yang nurul jadi uyun melekat sampai sekarang..

 masa utk pemotongan kek..kami je yg teman uyun potong kek yang lain sibuk melantak..ujan pun berenti tapi dorg tu makan tak tau nak berenti..
ni antara famly yg sedang makan..yg lain2 mesti tengah amik makanan..kami belanja uyun kat restoren steambot  area syeksen 13 shah alam..tak pasti pulak nama restoren tu..masa baru dtg tu c kakak tido so mmg x sempat nak amik gambar..                                                                                    
antara menu steambot yg kami makan..byk lagi sebenarnya, tak termakan..

ni je yg sempat saya amik yang lain dah kn ngap dah pun dgn dorg..sgt la banyak, seafood, sayur2, disert dll..
mkn kat sini kira ikut kepala makan la bape banyak yg boleh...mmg la kenyang tak makan nasi pun tak pe..sampaikan dorg tak layan beday girl potong kek sian toi...huhuhu

inilah hadiah yg adik-beradik bagi, jam tangan bonia, mmg cantik dan harganya pun sangatla cantik juga..saya ada bagi juga tau..hahaha
ni lah hadiah saya untuk uyun oreo cheese cake..oleh kerana dai suka kek ces saya pun buatkan lah..setiap beday famly mmg saya bg kek kegemaran dorg, tak mampu nak bg hadiah lain..yelah kan awok dok umah jeew!!hehe..
sebenarnya malam tu kami bukan sahaja sambut beday uyun tapi kami buat sekali untuk ank sedare en.abg..bedy dia bulan 2 yg lepas. kami tak sambut lagi so mlm tu kami sekalikan..2x sambut beday dlm setahun, maklumlah cucu kesayangan dari kedua belah pihak mama ayahnya..ms beday nya bulan 2 yg lepas dorg dah sambut belah tok wan nya di kedah..kali ni dengan mbahnya pulak..rezki la kan..
ni lah beday girl yg sorg lagi.ainul mardhiah yang baru setahun umurnya.budak br dapat kaki mmg x leh duduk diam, nak jalan je ke sana sini..boleh tahan duduk kat kerusi tak sampai 5 minit dah minta turub nak jalan sana sini..kenalah bergilir2 jg dorang.nasibla restoren tak ramai time tu, leh la budak2 lari sana sini..dorg dah tak ingat lapar dah bila main..si ainul ni tak potong kek pun dia dah sibuk nak tawaf restoren tu..so kek dia mama dia yang potong n bawa ke ofis, mmm abis citer...
kek ni hadiah yg saya bagi kat si kecik nun..sengaja saya buat kek warne pink coz mama dia suke beli baju, mainan dan alat kelengkapan dia warna pink..gambar hadiah yg adik beradik bagi lupa plak nak amik..dorg hadiahkan basikal baby, basikalnya pun warne pink juga...kira kami panggil dia bby pink lah...hehehe

esok malamnya sebeleum kami gerak balik ke terengganu, kami sambut beday boy plak..hee terselit beday boy, tajuk kate beday girl je..xpelah panjang ckit n3 kali ni..
ni lah beday boy saiful haziq hizmi..sambut beday yg ke 8thn.beday dia mmg sehari selepas beday uyun..sangat teruja bila tengok muka dia di gabungkan dengan gambar ben10..dia ni mmg suka sgt dengan karton ben10, sebut je mainan yg berkaitan ben10 semua dia ada dr yg harga rm5 hinggalah yg beratus ringgit..sangup toi ibu dia belikan...
ni kek chocolate moist dengan ganesh..haziq ni mmg suka mkn kek coklat, itu sebab saya buat kek cklat dan gabungkan dengan hisan kek warna hijau dan gambar ben10...
harap2 kek-kek yang saya buat untuk dorg semua dapt menepati citerasa masing2..semoga dorg happy dengan hadiah dari saya ni..ok lah panjang saya berceloteh kan. nak ikutkan panjang lagi hehehe..tapi susah nak masukkan gambar banyak2..oklatuuu

Mar 5, 2011

Buncis tiram

Ain Fajar | 4:55 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.
aduhai sepatutnya n3 ni dah post semalam tapi  xsempat, en.abg cuti ank2nya ajak pegi taman, bila malam, ayahnya pulak ajak tengok dia main badminton. tergendala la lg nk update blog...menu tengah hari semalam, masak simple je, main campak2 je..dah lambat n kelaparan..tadi pegi beli brg sampai umah dah kul 1.30 amik masa 1/2 jam utk masak. kakak dah lapar bising je mulut dia nak makan itu ini..hehehe bukan masak gempak pun tapi sibuk je nak post hahaha suke lah kan!!!
Buncis masak tiram je tak sampai 5 minit kali ni saje tak buat pedas coz kakak suka mkn sayur ni, oleh kerana masa terhad semua kn makan makanan yg tak pedas.

Bahan2 nyer :)
100 gm sayur buncis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1/2 biji kiub ikan bilis.
sedikit air
cili padi jika suka

Cara-caranya..
  • hiris bawang putih dan merah..tumis hingga layu.
  • masukkan sayur buncis dan air gaul sebati 
  • masukkan kiub ikn bilis, perasakan dengan garam dan sedikit gula ikut cita rasa..
  • dah siap!!!
lauknya pun simple je...

    haa kan cakap lauk simple juga, hiris2 campak masak, kerang rebus @ bening kerang..paberet kakak ni, ibu ayhnya pun suka, teringat masa kat kampung..rebus kerang cicah sambal kicap pehhhgg!!mmg tak toleh dah tunduk je makan...senang la sangat2 masak kerang ni, rasanya sume dah tau..tak yah letak resepi lah kan..cukup sekadar saya bg tau ape yg saya taruk kat dalam tu..saya hiris bawang putih, merah, halia, dan ketuk serai rebus sampai kerang terbukak ha dah siap..kalau nak masin buh garam..tapi ingat yer kerang mmg dah masin so jgn letak garam banyak2..
    ok lah yer saya undur diri dulu, untuk beberapa hari..ada misi hihihi dah satle misnya saya citer okeyy..tak tau pun tak pe saya nak bagi tau juga nnt...hahaha klah baybay...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...