Jul 28, 2011

Roti Pandan

Ain Fajar | 7:39 PM | 3Comments |
Assalamualaikum...
lama tak up date, huhuhu sedihnye rumah baru ni susah nak dapat line ternet..so kesempatan saya di klang ni dpatla up date dan singgah ke blog kawan2 ni pun kejap2 je...semalam sebelum balik ke klang ni sempatla saya membuat roti untuk bekalan sepanjang perjalanan..lama dah tak buat roti, saje lah dah rindu nak menguli roti, tapi saya yang uli la saya tugaskan mesin yang uli...

inilah rupa roti pandan yang saya buat semalam..gaya, bentuk dan persembahan roti ni bukan hasil ciptaan saya, tapi saya tiru dari salah sebuah kedai roti yang ada kat kampung saya 'Happy Angel'..saya suka roti mcm ni dan baunya mmg sangat menyelerakan..mmmm nyumm!! nyummm!!..dulu masa my mom niaga kat kantin sekolah ada jual roti mcm ni, tapi buat kecik2 20gm je..ye lah kan jual murah kenalah buat kecik..rotinya comel je kecik2, budak2 kat sekolah tu panggil roti dengan panggilan kuih ulat gendon (ulat yg ada kat dalam batang pokok kelapa, saya pun tak tau nama ulat gendon ni dalam bahasa melayu)...hehehe...mcm2 lah budak2 tu, suka hati je bagi nama kat makanan..
selain roti pandan ada juga saya buat roti sosej untuk kakak dan roti pizza bentuk bunga untuk en.abg..adunan roti ni leh buat mcm2 jenis roti dan suka hati lah nak letak inti ape...resepi ni mmg menepati citarasa saya, terima kasih kepada penyumbang resepi..


sumber : Ixora II's Blogspot

bahan-bahannya: )

500g tepung roti
90g gula kastor
4 sb susu tepung
1/2 sk garam
1 sk improver
1 sk softener (saya tak letak pun)
11g yis
2 biji telur
3 sb butter
150-200ml air
inti
do young
sosej

cara-caranya :
  • masukkan semua bahan kecuali mentega kedalam mesin pengguli (BM)..uli hingga menjadi doh.
  • masukkan marjerin dan uli hingga doh menjadi licin dan elastik..
  • keluarkan dari mesin dan bahagikan doh kepada 50 gm dan bulankan...rehatkan doh hingga naik 2kali ganda.
  • leperkan doh dan masukkan inti..bentuklah ikut citarasa masing2.
  • peram hingga doh naik 2kali ganda.
  • sapu roti dengan campuran susu cair dan telur
  • bakar pada suhu 160c selama 20minit.( ikut oven masing2 yer)
  • apabila sudah masak sapukan permrkaan roti dengan mentega.
  • sedia untuk di hidang dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.
penyediaan roti ambil masa lebih sikit, kerana kita kena tunggu proses pengmbangan doh.
hasilnya sangat berbalaoi so selamat mencuba!!!

Jul 20, 2011

Pampers dan kakak

Ain Fajar | 9:09 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
n3 ni sepatutnya dah lama nak post tapi tak kesampaian je..saje lah nak post n3 ni untuk kenangan wat c kakak dan ianya satu pengalaman yang besar buat ibu yang masih baru mcm saya ni...sekarang ni kakak berumur 3 tahun 4bulan..
 gambar dr en.google
kenapa pulak ada gambar pampers ni...semestinya ada kena mengena dengan cerita kakak...kini kakak sepenuhnya tak menggunakan pampers untuk membuang, sebaliknya kakak dah pandai membuang di tandas...pengalaman ni bagi saya agak mencabar juga sebenarnya sebab ianya menguji tahap kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi untuk melakukannya...hahaha ayat macam wat karangan esei bahasa melayu je kan...kikiki...
 masa awal tahun 2011 tu, adik saya ada cakap "akak dah kena ajar syuhada tak pakai pampers la "  dan c kakak sendiri pun ada cakap tak nak pakai pampers.
dalam hati saya, ish!! boleh ke yer..rasanya macam kakak kecik je lagi, cakap pun baru pandai..(masih bermimpi).
Bila saya pergi kemana-mana dan jumpa kawan-kawan yang ada anak sebaya c kakak, masing2 tengah belajar tak pakai pampers, malah ada yang dah tak guna pampers sepenuhnya seusia 2thn setengah..
huh!!!(macam bangun dari mimpi yang panjang)masa tu baru saya tersedar yang c kakak dah besar dan sepatutnya kena belajar membuang di tandas..ye la kan..rasanya macam kakak ni kecik je lagi..mana tak nyer..manje dan ciwek (suka nangis) makin menjadi-jadi..adiknya pun tak macam dia..tapi ada hati nak pegi sekolah..
saya pun runsing mcm mana nak ajar c kakak membuang kat tandas ni...saya tanya pada kawan2 dan jiran2 yang ada anak sama baye dengan c kakak..ada yang boleh di guna pakai dan ada yang tak sesuai dipraktiskan untuk kakak..ye lah tengok pada budak jugak..selepas kakak sambut beday yang ke-3 saya pun menjalankan misi..
minggu pertama : waktu siang saya mmg tak bagi kakak pakai pampers..dia pun seronok je..lapang je kot...tiap 10 minit saya tanye.."kakak nak kencing tak?"..kakak diam jer...myb dia tak faham ape maksud ibunya...akhirnya tercicir juga kat lantai...saboooo!! saya cuma cakap"kenapa kakak tak cakap nak kencing, lepas ni cakap tau" kakak jawab okkk!!...dan tiap 10 minit juga saya ajak c kakak pegi tandas tapi kakak cakap "tak boleh la ibu" sambil geleng kepala..masih tercicir juga...tiap2 hari mengemop lantai je lah kejenyer..siang dan malam...dah 3 hari keadaannya mcm tu...sampaikan ayah dia dah putus asa dan suruh pakai pampers balik, dia sanggup beli pampers banyak..tapi bila fikir-fikirkan sampai bila nak pandai...tak pe saya mesti teruskan misi saya tu..macam2 janji kalau kakak berjaya kencing kat tandas...janji pertama, tak nak bawa kakak makan kat KFC kalau kencing dalam seluar...hari ke4, akhirnya c kakak berjaya kencing kat tandas..huh lega..berjaya juga..satu pencapaian yang baik..ape lagi, bila ayahnya balik, terus ajak ayahnya makan kat KFC...janji harus di kotakan..so pegilah kami..
dalam minggu pertama tu, sesekali je kakak berjaya kencing kat tandas..
 minggu kedua : saya sentiasa ingatkan c kakak nak kencing mesti cakap..kalau tak, tak boleh pegi sekolah, tak boleh makan KFC dan tak boleh beli seluar dalam cantik...setiap kali 10 minit saya mesti suruh dia g tandas...alhamdulillah berjaya..tapi kakak tak pernah cakap..kadang-kadang tercicir juga kat lantai...tahap kesabaran masa tu, dah merah dah...mmg kena cetil (cubit) juga lah..bukan apa, kadang tu bila saya suruh pegi tandas c kakak tak nak atas alasan bau busuk dan akhirnya tercicir kat lantai...mmmm mmg ibunya jadi singer lah...

minggu ketiga : c kakak masih lagi tak nak cakap..dia akan kencing kat tandas bila disuruh..kalau tak mesti tahan, kalau tak tahan tercicir kat lantai la jawabnya...minggu ke3 tahap kesabaran ibunya tak boleh dibendung lagi..guna cara lembut tak jalan sangat so, kena guna kegarangan...haa..tahap kesabaran dah tak ada, bila dia tercicir je kat lantai mmg kena cetil bertubi2 dan kena siram kepala (kakak takut siram kepala) tapi tak la sampai mendera cukup sekadar memberi amaran untuk kakak berusaha untuk berjaya..bukan untuk sesiape untuk kakak juga..dalam tempoh tu mmg tak bawa kakak keluar jalan dan makan kat KFC..tiap hari kakak ajak keluar tapi kami bagi syarat...dan macam2 permainan yang kakak minta..pun kami bagi syarat yang sama..mesti cakap kalau nak membuang dan tak boleh pakai pampers..
 minggu keempat: kakak dah mula pandai cakap nak kencing dan terus pegi tandas..tapi walau mcm mn pun saya tetap ingatkan kakak tiap 10minit..alhamdulillah waktu siang dah tak guna pampers. tapi bila nak pegi jalan dsn nsk tido kena pakai..ibu dan ayahnya belum ada kepercayaan..
selama sebulan nak training kakak tak guna pampers..bagi saya agak mencabar dan satu pengalaman baru..ada juga kawan2 kate, anak2 dorg training 2hari dah pandai, ada yang seminggu, ada sebulan dan lebih..bergantung juga pada budak dan kegarangan ibunya..hehehe..tapi ada juga yang ckp elok tan guna kegarangan pun dah boleh..bila kakak sedar yang dia berjaya buat apa yang ibu ayahnya harapkan, ape lagi janji2 kami semua dia tuntut..dan kami kotakan apa yang dia minta (permainan)..cuma sekolah je belum kami kotakan..tunggulah kakak 5thn..
inilah antara permainan yang kakak nak sangat, baby doll..satu set lagi siap ada botol susu, baju salinan, selimut dan puting..ni je yang mampu, nak beli yang ada semua benda tak terbeli lah, buka ape kan, nak beli ape2 kena beli 2..tu yang tak leh nak tahan..permainan lain, pistol air, kereta, robot..bag ben10..dalam banyak2 permainan semua permainan budak lelaki cuma baby doll je untuk budak pompuan..tak tau la kakak ni..semua dia bedal...tengok karton pun suka karton yang ganas2 mcm ben10 dan naruto ..sekarang ni saya tak bagi tengok karton tu..elok tengok karton yang ada pelajaran..
selepas sebulan, saya memberanikan diri tak pakaikan kakak pampers pada waktu malam dan masa jalan2...kakak pun boleh tersedar dari tidur kalau dia rasa nak kencing..berhasilll!!!kakak dah sepenuhnya tak pakai pampers seusia 3thn 2bln(kira lewat juga ni, salah ibunyalah)..nnt c adiknya myb nak kena training lebih awal..lagi pun c fina lbh awal pandai bercakap..myb dia ada kawan bercakap dan bermain..ape yang kakaknya cakap dia belajar..

nota: gambar2 kakak selepas berjaya tak menggunakan pampers sepenuhnya...semua aksi sendiri..bila tengah moog nak bergambar mcm tu lah c kakak..

Jul 18, 2011

Crispy choclate cookies

Ain Fajar | 9:51 AM | 3Comments |
Assalamualaikum...
Hari ni, datang mood nak mengukis plak...dah lama rasanya tak membaking..nak cari mood la ni..mula dengan buat biskut yang senang..belum puasa dah wat biskut..saje nak makan2 sambil tengok tv..raya nnt buat lagi...sekali ngadap je selesai...c kakak n c fina pun suka, walaupun kandungan gula saya dah kurangkan rasanya tetap sedap..sebelum masak lagi dorg dah makan yang mentah..bagi je lah janji diam dan tidak memudaratkan kesihatan.
senang je nak buat biskut ni...biasala saya suka wat yang senang2 je..resepi ni saya amik dari resepi biskut nestum choklate chip yang pernah saya post sebelum ni...pas tu saya ubah2 sikit ikut selera anak tekak..hehehe alhamdulillah menjadi juga seperti yang diharapkan...so berani lah saya syer kat sini.
ok jom kita tengok resepinya..sama macam yang sebelum ni buatnya cuma ambil masa tak sampai setengah jam..masak pun cepat..

Bahan-bahannya :)
 125 gm mentega
80 gm gula perang
2 sudu serbuk koko
10gm coco crunch
35gm nestum
160gm tepung gandum
3 sudu badam dadu
10 gm choclate chip.

Cara-caranya : )
  • panaskan oven pada suhu 160c
  • pukul mentega dan gula hingga gula larut.
  • masukkan semua bahan dan gaul sebati.
  • sudukan adunan dan susun atas dulang dan bakar selama 10 minit atau hingga masak.
  • angkat dan sejukan..bolehla disimpan dan dihidangkan.
 mudah, cepat, dan sedaaaap!!!

Jul 17, 2011

ICT shah alam

Ain Fajar | 7:38 AM | 2Comments |
Assalamualaikum...
seminggu lebih tak up date, en.abg keje kat kuantan 6 hari, keje siang malam..untuk ape?? saje cari duit lebih...ada tujuan tuuu...cari duit lebih sebenarnya hehehe..lain hari cerita...hari ni nak citer destinasi kami sekeluarga semalam..ye la kan dah seminggu en.abg keje tak balik umah, bila dah cuti dan ada kelapangan masa tu mestilah untuk keluarga terutama anak-anak..kelmarin tanpa di rancang en.abg ajak kami semua balik klang ke rumah kakaknya..en.abg ada urusan peribadi sikit yang mesti di selesaikan kat manjung..saya dan anak2 tinggal je kat klang..elok la pun kan, leh berehat..en.abg pergi dengan adik bongsunya..dah alang2 dari klang nak ke manjung tu lalu jalan kampung so, en.abg amik org tuanya datang sekali ke klang..saje lah suka2  dan jalan2 leh jumpa cucu-cucunya yang ada kat klang...kami rancang adik beradik semua pergi jalan2 ke ICT..sebelum ni pernah pergi ICT shah alam ni, tapi cuma tengok pokok2 yang berlampu je..sangatla cantik, lampu yang berwarna warni mcm2 bentuk persembahannya...dulu kami pergi 2 family je..saje nak bawa kakak tengok lampu..kakak mmg dari kecik suka tengok lampu..dia takut dengan gelap..hehehe gara-gara ibunya tengok citer hantu kot, masa ngandungkan dia..
 kali ni, kami pergi ke ICT dengan 5 org adik beradik en.abg serta pasangan masing2 dan juga anak2. org tua en.abg pun sekali lah.. ICT semakin meriah, makin banyak pokok2 lampu dan pelbagai binatang yang diperbuat dr lampu2 ..berwarna-warni..kedai pun dah penuh mcm2 barang dan makann ada di jual...harga brg2 kat situ faham2 je lah..bawa pulak kanak2 tak sah kalau tak beli mainan dan makanan..
 bergambar dengan org salji yang diperbuat dari lampu.
kali ni kami, pergi kat bahagian snowall...kawasan yang bersalji..nak merasa musim salji kat Malaysia dah tentu tak ada, nak pergi luar negara yang bersalji tak tau berkesempatan atau tidak...so, pergi yang buatan org pun jadi lah..merasa juga mcm mn keadaan di kelilingi salji...
suasana dalam bilik yang bersalji...sejuk teramat sangat...cakap pun keluar asap..agaknye suhunya mencecah bawah -0c..nak masuk kena guna baju tebal dan berkasut...1st datang mmg tak standby ape2..so sume kena sewa..elok2 masuk tak seseme, bila keluar terus seseme..itu tak lama kalau lame2 kat dalam tu mesti demam..c kakak baru masuk 5minit dah menggigil dan biru bibirnyer..c fina lagi best baru je masuk kat pintu dah cakap sejuk2 pas tu minta dukung...sepanjang kat dalam tu dukung dia je..pastu nangis cakap sejuk...tapak kaki saya macam dah beku jugak, kebas2, dah lah sengal satu badan dukung c fina..10minit je kami kat dalam pas tu keluar..so tak banyak gambar yang kami leh ambil sepanjang kat bilik salji tu..jom layan sikit gambar di snowall..
c kakak sebelum masuk bilik bersalji, tapi dah rasa kesejukannya dari luar pintu bilik.
seronok c kakak bila masuk bilik salji, tapi tak tahan lama.
en.abg dah macam orag kutub je...hihihi
nak ikutkan seronok masuk kat snowall ni, kita boleh main baling2 salji, meluncur mcm2 lagi lah...kalau nak pegi lagi tunggu kakak n adik dah sekolah..kalau yang bujang tu lagi seronok, fikir diri sendiri je....nak masuk snowall ni kena bayar RM20 untuk kanak2 dan RM 25..kira berbaloi juga kalau leh main puas2..ok itu je kenangan di snowall ICT s.alam.

Jul 8, 2011

Jahitan manik

Ain Fajar | 12:58 AM | 2Comments |
Assalamualaiku...
n3 kali ni lain cikit dari kebiasaannya..biasa saya try skil dlm dunia masakan tapi kali ni saje nak try skill dalam jahitan..nak ikutkan saya minat dengan kraftangan cuma tak seminat dalam dunia masakan, sekadar tahu dan boleh la untuk pakai sendiri...tak sangka pulak saya ada juga bakat dalam jaitan manik ni..hehehe mula la ni nak angkat bakul sendiri...myb bakat dari darah arwah my mom kot...my mom ni cakap je suruh buat ape, sume boleh, memasak, mejait, mengait, bercucuk tanam sumenya menjadi..tapi saya ni taklah sehebat dia..adala sikit2..my mom pun lebihkan minat dia pada dunia masakan di dapur. sampaikan duit utuk menyara kami adik beradik pun dari hasil dia membuat kuih-muih dan pelbagai masakan..
oklah saya saje nak syer kat sini jahitan manik yang ditempah oleh pelanggan pertama saya, pelanggan saya tu namanya ain juga..saya sebenarnya takut juga nak ambik tempahan ni. tapi dia sangat yakin yang saya boleh buat..dia cakap cantik baju2 yang saya jait manik tu..so saya pun sahut cabaran dia..
 taraaaaa ini lah hasilnya....ain minta saya buat jahitan manik menjalar..berdasarkan manik2 yang dia beri dan keadaan ain yang mempunyai anak kecik..anak dia gatal tangan suka tarik manik tu..so saya rasa inilah yang terbaik untuk ain..alhamdulillah ain sangat berpuas hati dengan hasilnya..
ok saya zoom sikit
yang ni pulak, zoom sikit bahagian tangan.

oleh kerana ain berpuas hati dengan jahitan manik yang say buat kat baju dia, so dia minta saya buat juga kat baju anak2 dia sekali..lagi pun manik masih banyak bakinya..ain minta saya buat simple2 je..
ni jahitan baju anis, saya buat d bahagian leher je, kalau buat kat bahagaian tangan mesti seronok dia menarik2 manik dan labuci tu..anis ni baru setahun..1st pakai baju kurung masa raya nnt..mesti anis sangat comel bila pakai baju kurung sambil jalan terkedek2 hehehe..
yang ni pulak untuk anak sulung ain..husna dah 3thn sebaya dengan kakak..saya buat bahagian tangan dan juga di leher..
hahaha ok tak hasilnya...

Jul 7, 2011

Tindik Telinga

Ain Fajar | 9:24 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
sape pulak yang tindik telinga ni? hahaha dah tentula 2 orang anak dara saya tu.saya dah lama tindik masa kecik2 dulu...saje nak masukkan n3 ni buat kenangan untuk dorg bila dah besar nnt. sebenarnya dah lama nak tindik telinga kakak, masa umur dia cukup 2tahun. kiranya hadiah beday la dari ibu dan ayahnya. tapi masa pergi ke kedai emas tu, baru je nak tanda kat telinga dia dah melalak sekuat hati, dah pujuk macam2 pun tak jalan juga..kakak tetap takut dan nangis. masa tu kakak suka sangat dengan bola kecik2 so ayahnya laburkan la sedikit duit beli bola kecik..walau macam mana pun tetap tak berkesan free2 je dapat bola. padahal kat rumah dah banyak bola..bermacam saiz dan bentuk..
ni telinga kakak yang terbaru. buat masa ni pakai dulu la subang ni..raya nnt baru bli subang cantik 
sejak akhir2 ni, bila dia tengok telinga orang ada subang cantik2, dia pun teringin..dia nak pakai tapi macam mn nak pakai telinga tak tindik lagi, so cakap dengan kakak, kakak kena tindik telinga dulu baru boleh dapat telinga cantik..dari hari ke sehari asik lupa je nak bawa kakak pegi tindik, tiap dia hari minta nak tindik telinga..so semalam tanggal 07/07/2011 telinga kakak dan adik pun ditindik dan bolehla pakai subang cantik...tak ambik gambar pun masa proses tindik telinga tu..mmg tak menyempat nak pegang hp atau kamera.
punyala happy nak pegi tindik telinga senyum memanjang..bila sampai kat kedai emas tu, kakak dengan rela hati duduk kat kerusi sambil senyum2...kami minta orang yang nak tindik tu supaya dia tembak serentak kanan dan kiri..kalau buat satu2 mesti sebelah je ditindik, udah jadi lanun la pulak..masa telinga kakak ditanda dengan pen kakak masih tersenyum dan masa kn spry pun dia senyum je..bila dah kena tembak terus je dia uuwwaaaaaaa sakit.. sakit..sakit tingeeee..yang si adik time tu gelakakan kakaknya nangis...kakak nangis tak berenti, pas tu ayahnya janji nak bawa dia makan KFC yang ada gambar atuk baru la kakak nangis sikit je...kena buat pelaburan lagi...
time adik pulak, dia mmg tak tau ape2 pun..dia tak tahu knp kakaknya nangis..masa tanda, adik diam je, masa kn spry pun dia diam..saya dah jagal (pegang) tangan adik siap2 takut dia melompat pulak..bila kena tembak je telinganya, adik terkejut juga dan terdiam, ingat tak nangis, lama2 dia pun nangis juga tapi sekejap je..adik mmg kuat sikit dari kakak..
ni la rupa kakak selepas pakai subang, dia tak berani nak pegang telinganya, takut sakit la tu..kakak kena tindik telinga seusia 3 tahun 3 bulan.
ini pulak si syafina, bila tanya mana telinga cantik? dia tunjuk telinga dia sambil gedik2..hehehe...adik kena tindik seusia 1 tahun 7bulan.barula nampak macam gegirl. kalau tak org panggil dia kamal junior..kawan2 en.abg panggil sarjen junior..siap ada yg kate photocopy direct ayahnya.
raya ni boleh la pakai subang cantik...kakak kecik2 lagi dah pandai minta belikan emas..nasib la ayah kena buat pelaburan awal, anak sulung pompuan..kalau lelaki takla kena buat pelaburan awal..hehaha

cheese tart..

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum...
pertama kalinya saya buat cheese tart ni, sebelum ni saya pernah buat tart telur dan tart nenas..nak ikutkan saya nak post n3 ni semalam tapi c kakak n en.abg tak sihat pulak..tak tau knp muntah2 sepanjang hari..c kakak biasalah kalau dah tak sihat ibunya mmg tak leh nak bergerak..manja sangat mengalahkan adiknya..hari ni saya pulak dilanda demam, tapi kuatkan juga untuk jaga anak2..
 inilah hasil cheese tart yang saya dapat buat..macam tak berapa cantik je..tapi sedap juga..permurkaannya jadi merekah cikit sebab saya letak jem strawberry yang berketul2...tak pa la kan nnt leh try lagi..
saya guna resepi arwah mak saya masa dia belajar dulu..tapi yang bahagian biskutnya, yang resepi untuk cheese saya guna resepi cheese cake..pastu saya ada la ubah ckit..nasib menjadi..hahaha..kalau tak jadi ruginya cream cheese mahal2..
Bahan doh tart :
125 gm tepung gandum
50 gm mentega
75 gm gulaaising
1/2 biji telur
1/2 sudu esen vanila.

cara-caranya:
  • gaulkan semua bahan hingga menjadi doh yang lebut.
  • simpan dalam peti ais dalam 10minit
  • ambil sedikit dan tekan2 ke dalam acuan tart.
  • bakar selama 10minit pada suhu 160c..ni ikut pada oven masing2.@ sampai kekuningan

Bahan untuk toping cheese:)
125 gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
50ml air susu segar
1 sudu tepung jagung.

Cara-caranya :
  • pukul crem cheese dan gula hingga kembang
  • masukkan telur dan pukul hingga sebati
  • masukkan susu segar dan tepung jagung gaul sebati
  • masukkan cheese ke dalam tart tadi.
  • bakar selama 10 minit pada suhu 160c..ikut pada suhu masing2.
  • apabila sudah masak buka pintu oven sedikit dan biar hingga sejuk.
selamat mencuba.!!!!

Jul 5, 2011

Toturial buat Umi

Ain Fajar | 8:59 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
salam semua...buat donut lagi!!tengah nak demam nak makan donut ni...hehehe tapi sebenarnya, n3 kali ni saya buat khas untuk umi sahabat saya sorang tu...kwn2 yang nama umi juga boleh juga tumpang belajar..ramai kawan saya yang bernama umi, umi mastura, umi fadhilah, umi solha dan umi atikah..lepas ni tak tau la umi ape pulak...toturial ni saya tuju buat umi mastura...umi kata dia buat donut tak seperti yang dia harapakan, tak tau la kenapa.. saya sendiri tak tau puncanya sebab dia jauh di selangor..tak per yer umi nnt ko try lagi sampai berjaya..mn yang aku boleh tolong aku tolong..ok..
yang ni saya buat donut ball untuk syuhada..kalau dia makan donut yang besar tu, dia akan makan yang ada choclate je, kalau buat bulat kecik2 dia akan makan semua. so tak rugi la..hehehe..

ok tengok resepi dulu:
BAHAN-BAHANNYA:)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung roti
1/2 cawan air suam
3 sudu susu tepung
2 sudu gula
2 sudu mentega cair
1/4 sudu garam
2 sudu yis kering
1 biiji telur
cara-caranya dan step by step:
.
campurkan air suam dengan yis selama 5 minit atau  berbuih
campurkan semua bahan2 kering dalam mangkuk besar
lubangkan tengah tepung dan masukkan air yis tadi,
uli tepung sebati dan masukkan minyak dan telur. uli tepung hingga menjadi doh yang licin. (tidak melekat di tangan dan mangkuk. perp selam 30 minit.
gambar di atas yang kiri belum kembang dan yang sebelah kanan sudah kembang 2 kali ganda..tak nampak bezanya pulak kan, saya ambil gambar dekat. tapi boleh lihat yang lum kembang agak mengerutu sikit dan yang kembang agak licin sikit permukaannya
ok, lpas dah kembang tu, saya buat bulat2, ikut suka lah nak wat besar mana pun. yang kiri tu lum kembang..jangan lupa tabur tepung atas dulang supaya tak melekat masa doh mengembang nnt..perap selama 15 minit..yang belah kana tu dah kembang 2 kali ganda..kemudian boleh terap dengan acuan donat..kalau tak guna acuan cucuk tengah doh dengan jari dan tarik2 sikit..kemudian biar seketika..

zooom sikit doh yang kembang licin je
panaskan minyak, apabila dan panas slowkan api..masukkan donat dam sentiasa balik2 kan hingga donat kekuninga. p/s: jangan masukkan donut banyak2 dalam kuali sebab donat akan kembang lagi apabila di goreng.
gambar donat yang baru sahaja dia angkat dari kuali.




yang ni donut ball yang saya buat untuk c kakak..
donut yang siap di salut choclate masak dan choclate rise...sedia untuk di hidangkan..kalau nak letak toping ape2 pun boleh. gula kastor ke, gula aising, jem ke..ikut suka selera anak tekak lah yerrr...

ok itu sahaja...senangkan uli guna tangan pun boleh, guna mesin lagi ;a boleh dan pastinya memudahkan tugasan....harap2 gambar step by step ni dapat membantu umi dan rakan2 yang lain...ape yang penting jagan cepat putus kalau kita nak hasil yang memuaskan..
selamat mencuba!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...