Jun 23, 2012

Tart Telur

Ain Fajar | 9:22 PM | 4Comments |
Assalamualaikum
Salam tengah hari ahad semua..lama rasenye saya menyepi dengan resepi..adela seminggu, macam lama je kan..kononnya sibuk la kan, tapi tau la ape yang sibuk sangat..n3 nie pun sepatutnya dah lama nak post tapi mood rajin tu memang kureng la..ok lah xmau bebel panjang..terus je ke menu yang saya nak tanyang hari nie.

resepi saya cedok dari dapur rahel, memang sedap tapi agak manis bagi mulut saya sekeluarga lah..so kena la kurangkan kandungan gula..
inilah kejadian tart telur yang terhasil..agak susah juga nak buat tart telur yang cantik..saya ade juga buat saiz yang kecil tapi tart shell nya lemau, tapi buat yg besar nie elok la pulak..tak tau la kenapa..memang tak de pengalaman nak buat tart telur..orang kate nak buat tart telur nie memang susah nak dapatkan filling telur yang cantik warnanya dan licin..kadang tu melenkung lah dah macam kawaah bulan, kadang tu pecah @ merekah dan kadang hangus2 kat tepi keliling shell tuh..asa saya buat nie saya duduk la depan oven dari awal sampai masak..memang berdebar lah..alhamdulillah la kan ade juga rupa tart telur yang sedap mata memandang. saya copy je terus dari dapur rahel..hehehe penyakit M da datang semula...

Egg Tart
Sumber: Kitty
sumber 2: Rahel

Bahan:
140g mentega
1/2 biji telur
70g gula aising-ayak
200g tepung gandum-ayak

Filling:
140g gula pasir
300ml air
4 biji telur gred A
80ml susu cair/susu segar

Cara:
1.Satukan bahan pastry dan uli hingga menjadi doh (tabur sedikit tepung sambil diuli
   hingga rata).
2.Ambil sedikit doh,tekan ke dalam acuan tat.Kemaskan tepinya.
3.Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 170'C.
4.Untuk Filling:Panaskan air dan gula sehingga larut.Angkat dan biarkan sejuk.
5.Satukan telur,susu cair/susu segar dan air gula.Kacau rata dan tapiskan.
6.Tuang filling ke dalam tat 80% penuh.Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
7.Setelah masak,biarkan suam baru keluarkan dari acuan.

*Bakar tat pada rack bahagian tengah.
*Cucuk tat dengan lidi,jika lidi keluar dg bersih bermakna tat dah masak.

 Ade yang nak ke..huhuhu sory dah selamat di ngap..nak tengok tart telur yang comel2 boleh tengok kat blog rahel yer..

ok selamat mencuba!!

Jun 16, 2012

Mini Muffin choclate chip

Ain Fajar | 9:31 PM | 2Comments |
Assalamualaikum.
kemarin saya buat muffin untuk di bawa kemajlis hari lahir kawan saya..masa saya jeguk dapur k.hana terus terikat bila k.hana dok tayang muffin coklat chip..comel je muffin k.hana..terus jatuh hati dan terus je salin resepi..kebetulan kawan saya jemput ke majlis hari jadi anak dia, so saya pun terus terfikir nak bawa sebagai buah tangan..tak tau nk bagi ape..saya cuma sponser kek coklat moist untuk beday girl, dan untuk kawan saya bagi la muffin comel yang tak seberapa ni..saje lah menambah kuih muih yang ade..
sifat muffin nie sebenranya berbeza dengan kek/ kek cawan , muffin nie, berbukit, sturuktur yang sedikit kasar, keras tapi lembab..nak buat muffin yang betul kena ade caranya..menurut petua yang k.hana kongsikan di dapur beliau, cara membakar muffin harusla menggunakan suhu api yang kuat untuk 15 minit pertama dan 5minit kedua api diperlahankan sedikit, bakar sekali gus untuk semua adunan..dan cara kita mengaul aduanan hanya menggunakan tangan secara perlahan..saya mengikut cara yang k.hana terangkan dan alhamdulillah muffin yang terhasil memang sedap dan menepati citarasa oarang yang menikmatinya..saya mendapat komen yang positif untuk muffin nie..tq kepada penyumbang resepi dan sumber saya k.hana..

Ok jom kita skodeng dulu resepinya..mana tau ade yang jatuh hati plak dengan muffin yang saya tayang nie..hehehe :)

penyumbang resepi : nurul ain
sumber : k.liza dan k.hana
by 'ain

Muffin Chocolate chip

bahan-bahannya:
Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
  • 1 cawan gula kastor*
  • 1/4 cawan serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil garam halus*
  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur(dipukul sikit)
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1sk baking powder - hana tambah
  • 3/4 cawan choc chips
Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  • Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  • Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  • Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
  • Sejukkan dan hidang.
 ni je yang terhasil dari satu aduan..buat kecik2 mcm nie dapat la dalam 40biji++, klu buat saiz biasa tu dapat jg 10bj kot..buat kecik mcm nie comel dan senang nak makan, sesuaila untuk majlis2 macam nie.




Jun 14, 2012

Non-bake cheese cake

Ain Fajar | 3:00 AM | 27Comments |
Assalamualaikum..
Hari nie nak tayang cheese cake plak..1st buat nie..selalunya buat yang bakar je..saya kureng sikit nak makan yang tak dibakar nie, ..saya buat nie pun sebab adik saya nak sangat makan cheese cake tapi kan dalam keadaan yang kelam kabut minggu nie saya buat yang cepat dan senang je...saya google la cari resepi cheese cake yang tak perlu bakar, godek2 bekukan kejap dalam peti ais dah boleh makan. masak dalam peti ais nie boleh tinggal bape lame kita nak, boleh la buat keje lain..


Ini lah kejadiannya..letak blueberry filling sikit kat atasnya untuk menambah selera...ceh!!hehehe konon2 la,tapi ade fungsinya juga ianya untuk menghilankan muak...hasil saya mengoogle resepi cheese cake nie saya jumpa resepi yang semua bahan ade pas tu senang dan cepat membuatnya..resepi nie kalau tetibe tetamu nak datang boleh la buat cake nie senang sangat..ni dah nak raye kan kalau kuih raye dah habis boleh gedok2 cheese pastu, masak kat peti ais.siap!!.


oklah jom tengok resepinya

Non Bake Cheese Cake.

sumber :sonarhea khan

Bahan-bahannya:
lapisan cheese
250gm cream cheese
120gm gula halus
7-8 keping biskut Oreo
250ml whip cream
10gm geletin
50ml air

lapisan biskut
1 paket besar biskut Oreo
125grm butter
2sudu gula

cara-caranya:
  • cairkan butter dan masukkan gula, hancurkan biskut oreo, gaulkan sebati
  • masukkan biskut dalam loyang 7 inci dan tekan-tekankan sehingga padat.
  • simpan dalam petia ais.
  • sementara itu buat bahagian cheese.
  • larutkan air dan geletin secara double boil.
  • pukul cream cheese bersama gula hingga gebu masukkan geletin dan whip cream
  • pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 5 minit.
  • tuang adunan cheese atas lapisan biskut dan simpan dalam peti sejuk selama 3jam atau lebih.
  • hiasla ikut creativiti masing.. 
  • siap untuk dihidangkan..
mudah je, belum cuba belum tau kan..ok jempun makan!!
selamat mencuba!!

Jun 9, 2012

kuih Lapis

Ain Fajar | 5:47 PM | 8Comments |
Asslamualaikum..
sarapan ape pagi nie..haa saya buat kuih lapis semalam..dah lama tak up date masak2..
dah lama juga nak try buat kuih lapis nie, biasa resepi kuih lapis yang saya tengok mesti guna tepung gandum, tapi kali nie hanya guna tepung beras semata-mata, ade la tambah tepung ubi sikit..yang letak tepung gandum nie biasa la dijumpai dan saya dah elalu makan..bila tengok resepi tak guna tepung gandum nie teruja sangant nak mencubanya..ape lah bezanya kan..
Ni lah hasilnya..kuih lapis yang menggunakan tepung tanpa tepung gandum lebih lembut dan berkilat..cantik la...saya buat guna acuan kecik2 ni saje lah supaya cepat sejuk dan cepat2 snap..bila keluar je dari pengukus anak2 dare saya da minta nak makan..dah lapar sangat katenye..makan benda lain tak nak..nasib jugala buat kecik2 boleh la cepat2 ngap..

nampakan tu berkilat je, cantik je..tapi susah sikit la nak handle time potong tu..kena guna pisau plastik untuk memotong supaya ianya cantik dan kemas. jom tengok resepi pulak...

sumber : Dari kilang tepung beras.
by : 'ain

Kuih lapis 

Bahan-bahannya:

Bahan A
250gm tepung beras
30grm tepung ubi
400ml pati santan
580ml air
1 sudu kecil garam.

Bahan B:
260gm gula
220ml air
1 helai daun pandan
pewarna makanan.

cara-caranya:
  • masak bahan B guna api yang perlahan hingga gula larut.
  • campurkan bahan A dan B kacau hingga sebati dan tapiskan.
  • bahagi adunan kepada 2, yang satu titiskan pewarna merah dan satu lagi di biarkan warna aal.
  • panaskan loyang yang berukuran 10 x 10 2 dalam kukusan hingga air mendidih
  • buka penutup kukusan dan tuang satu senduk adunan putih.
  • kukus selama 3 minit, diikuti dengan adunan merah pula.
  • ulang proses ni hingga habis.
  • last sekali kukus kuih lapis selama 5minit.
  • tutup api dan tinggalkan kuih lapis dalam kukusan supaya kuih kelihatan berminyak..

ok bila dah sejuk boleh la di potong dan dihidangkan..

ppppsssstttt!!!sebenarnya kan kan kan, ain tak tau la nak letak siapa penyumbang resepi kuih nie siapa, sebab masa ain beli tepung beras, tokey kedai tu bagi resepi2 kuih yang menggunakan tepung beras..so senang citer letakla dari kilang tepung beras...hahaha..mcm poyo-poyo je, kononnya mcm pegi melawat sambil belajar plak kat kilang tepung beras tu..kikiki :P

selamat mencuba je lah yer!!

Jun 8, 2012

Hot Spring Di Sungai Klah

Ain Fajar | 3:59 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Hampir seminggu saya tak menjenguk dan mengupdate dapur ternet saya nie..sibukla sikit masak pun mana yang sempat je..Tambahan pulak hari minggu yang lepas saya balik kampung..dalam kesempatan itu dan kebetulan tengah cuti sekolah kami sekeluarga mengambil keputusan untuk buat Family day trip..dah lama sebenarnya planning nie tapi kelapangan setiap adik beradik yang lain tak sama..dah kebetulan minggu lepas masing2 free dan boleh luang sedikit masa untuk menceriakan anak-anak dan merapatkan hubungan kami adik beradik..
 percutian kami sekelurga kali nie tak la jauh sangat dari kampung...planning last minute dan masa agak singkat, so pegi yang dekat je ,cuma 2hari semalam sahaja.. 
perjalanan dari kampung (Hutan melintang Perak) ke sungkai makan masa 1jam setengah sahaja, dan dari pekan Sungkai kami lalui kawasan Felda Sungai Klah, ianya memakan masa cuma beberapa minute iaitu 9km untuk sampai ke hotspring sungkai.

hehe tak sempat nak snap signboard gambar sungai Klah..gambar di atas tempat pembelian tiket..harga ?!!kira ok la juga. Harga tok masuk ke water park  air panas nie..dewasa RM12 dan budak RM8..agak berbaloi juga..yang menjadi tumpuan utama kami airnya suam2 kuku je untuk mandi klu berendam lama2 pun tak pape..ade juga kawasan yang lebih panas untuk rendam kaki, katenye boleh hilangkan sakit2 sengal dan mcm2 lagi lah, dan ade juga kawasan yang suhu panas sampai berasap la..rendam telur ayam boleh masak..kami tek berkesempatan nak makan telur dari rendaman air panas kat situ..maklumla cuti sekolah memang ramai sangat..itu pun awal2 pagi lagi kami keluar rumah...sesipa yang yang datang ke situ waktu cuti pukul 8 dah ade kat kaunter tiket..supaya ade tempat lepak..tak la ramai sangat..

orang2 yang bertangung jawab membeli tiket..saya mesti la minta belanje dari en.abg (tuuuu yg baju hijau tu hihihi)

Dari kaunter tiket, agak jauh juga nak masuk ke dalam, boleh bawa kereta dan boleh naik bus yang tak de dinding nie..budak2 je yang seronok nak naik nie..yang lain naik kereta bawa barang...ppssss!!!! kalau datang awal kan boleh bawa makanan tapi nyorok2 la..tapi kalau da ramai pak gard siap tutup pagar cek satu2 ape yang kami bawa..kami??selamat boleh seludup makanan janji jaga kebersihan..dah tu kan kalau berendam bila naik mesti perut lapar kan...nak beli aduyai faham2 la kalau dah gerai monopoli..semestinya mahal dan rasanya tak la sedap mana...
perjalan ke tempat kolam air sejuk..walaupun namanya hotspring tapi masih ade juga kawasan air sejuk..
Yang nie kawasan air sejuk..orang tak berapa ramai sekitar pukul 10 pagi..dalam pukul 12 saya datang lagi tok bermandi manda di sini kawasan jadi kecik sebab penuh dengan pengunjung..mcm tak nampak dah ruang air tu..
Ni kawasan air suam-suam kuku..memang nyaman..
port kami sekeluarga mengisi dan bersantai selepas mandi manda..memang best berkelah di bawah pokok..
selepas puas bermandi manda
 makan2 lepas mandi2..c kakak minta ais cream sebab tak rase sejuk sebab berendam di kolam air suam

sebelum gerak tinggalkan kolam air panas, sempat anak2 dare ni bergambar..sepatutnya ade sorang lagi sepupu perempuan dorg tapi dia demam..kesian pergi jalan badan tak sihat..nasib juga dia tak meragam..diam je..senang ayahnya nak handle..
Rumah yang kami sewa kali nie, rumah kampung..kawasan sekeliling di penuhi pokok..rumah tu atas bukit lagi..ye la kan kawasan felda memang berbukit2..harga..agak mahal juga tapi semua cukup..cuma air corn je yang tak de, tapi okla kan sebab rumah kampung so tak panas..
tuuu buah durian banyak kat pokok..tapi sayang belum masak..tuan rumah bagi kami makan kalau ade yang masak..huhu cari kat gerai tepi jalan pun tak ade..belum musim..nanati dah musim memang tak pandang dah tak larat nak hadap..
 adela durian yang gugur tapi dah habis ditebuk tupai, campur yang busuk lagi..memang tak dapatla..si kecik nie nak juga..mbahnya layan juga cucunya.
bersantai di waktu petang, menghirup udara yang nyaman di kampung..baik untuk kesihatan terutama bagi mak buyong yang berbaju hijau tu..

sempat juga anak2 dare nie bergaye sane sini..nk ikut kan banyak lagi..tapi cukupla 2 keping nie..
sesi penyediaan BBQ untuk aktiviti di malam hari..usaha en.abg dan abngya menhidupakan bare api.saya angkat bendera putih bab2 bara api nie..


gambar blur la..org yang amik gambo tak bape nak pandai guna camera canggih..tapi tu je yang ade..ni antara orang kuat yang masaka segala makanan..aya adela tolong masa awal2 bila dah nak siap hilang kan diri hehehe..
ok esoknya selepas sarapan pagi kami kemas2 rumah tumpangan dan terus gerak balik ke rumah masing..saya sekeluarga balik ke kampung esoknya baru gerak ke Terengganu..hhhhmmmm percutian keluaga yang paling simple dan merehatkan..ok la kan..tahun depan tak tau ke mana destinasi kami..mungkin ke Janda baik kot..hehe ok..by by..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...