Feb 7, 2011

pizza

Ain Fajar | 6:08 AM | 2Comments |
Assalamualaikum...
seminggu bercuti menyambut tahun baru cina.walaupun kaum cina yg beraya tapi semestinya kaum yg lain pun bercuti jg..1 Malaysia katekan..hihhihi..rindu kat dapur alam maya ni...walaupun dah lama saya tak update blog ni tapi banyak masakan  yg saya sediakan utk di kongsi bersama di sini..semua saya buat sepanjang berada di kampung..nak update kat kampung kirim salam je lah..line internet kat kmpg macam kura-kura...ok jom kita layan ape yg saya buat masa kat kmpg..

haaa inilah aktiviti saya masa kat kampung..dah lama teringin nak buat pizza nih...kami adik beradik mmg suka mkn pizza buatan sendiri.puas hati dan yg penting jimat kos hehehe...dulu masa ada my mom mmg selalu buat kalau kami adik beradik balik kampung..mmg rindu sangat suasana mcm tu...paling tidak kalau saya buat pizza mcm mn arwah buat terubat juga rindu kami pada my mom kan..walau pun dia tak ada besama kami...
 mcm2 jenis topping saya buat..yg kat atas ni pizza hawai, saya guna nenas, tuna, sosej, sayur campur dan sos pizza.
yg ni pizza yg bertoppingkan ayam black paper ada juga campuran lain.dah siap di bakar.
ok lah dah layan mate tengok pizza yg tak berapa nak cantik ni kita tengok resepinya..saya cuba resepi dari blog DTS dan blog Home sweet Home..saya gabungkan keduanya menjadi satu resepi..jangan risau tetap sedap dan menyelerakan.makan satu tak cukup hoho...

Bahan-Bahanya : )

Bahan Untuk Topping : )
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula pasir
 1/2camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver
1 camca serbuk oregano
1 biji telur

Cara-caranya: 
  • satu kan semua bahan kecuali mentega dan garam, uli hingga menjadi doh..
  • masukkan mentega uli sebati dan masukkan garam uli lagi hingga doh menjadi elestik dan lembut.
  • bulatkan doh seberat 100 gm dan biarkan doh mengembang.
  • apabila doh sudah kembang boleh di gilek leper setebal 1inci..

Bahan topping : )

  • 100 gm daging kisar
  •  1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar serbuk kari daging 
  • 2 sudu besar minyak 
  • 3 sudu sos black paper
Bahan Lain:-
  • 1/2 cawan sos pizza ( sos tomato, sos cili, bawang besar dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
  • 1/2 cawan parutan mozarella cheese (boleh guna lebih)
  • 1/2 biji lada benggala
  •  
Cara-caranya : )
  • peramkan daging cincang dengan sos black paper
  • panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan daging.
  • apabila daging dah hampir masak masukkan serbuk kari dan 2 sudu sos pizza.

Cara topping : )
  • bakar pizza selama 3 minit, keluarkan dan topping pizza mengikut cita rasa sendiri.
  • di mulakan dengan sos pizza dan di akhiri dengan keju mozarela..

sama juga caranya untuk menghasilkan topping ayam tambah lebih banyak sos blck paper. jika suka boleh curahkan sos di atas pizza bersama topping yg lain...

ok selamat mencuba...agak rumit tapi amat memuaskan ..tak yah nk pegi pizza hut dah kan !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...