Jan 28, 2011

Sambal Ikan Bilis

Ain Fajar | 6:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 kali ni saya nak kongsi sambal tumis ikan bilis kegemaran saya dan adik beradik saya..dulu, kalau kami adik beradik nak balik ke asrama mesti my mom bekalkan kami sambal tumis ni..sambal ni tahan seminggu atau lbh kalau tak simpan dalam peti ais. masa kat UMS pun saya selalu buat utk mkn stok seminggu..sebelum pg kuliah masak nasi siap2 pastu balik terus makan...jiman duit dan masa....so sangat sesuai utk studen..utk bkn studen pun boleh !!! .makan dgn nasi atau bubur nasi..

ok resepinya senang jer.saya masak main belasah je ikut sedap rasa je sebab dah selalu buat..so resepi di bawah ni lebih kurang je

Bahan-bahannya: )
300gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
tempe jika suka
1 biji bawang besar
3 ulas bawang
1/2 inci halia
20 tangkai cili kering
2 sb sos tiram
1 sk garam 
5 sb gula

Cara-caranya :)
  • goreng kacang tanah hingga garing.
  • goreng ikan bilis hingga garing.
  • kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
  • panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar, terus masukkan gula, garam dan sos tiram.
  • masak hingga sambal betul2 masak ( sambal akan menjadi warna  gelap dan tunggu hingga sambal menjadi sedikit likat), baru masukkan kacang dan ikan bilis yg telah di goreng tadi.
  • kacau sebati. apa bila sejuk boleh simpan di dalam bekas atau tapawer..

sambal ni rasanya manis2 pedas..leh ubah rasa ikut selera masing2 ok..

selamat mencuba!!!cawww

Bubur Nasi vs Sambal Ikan Bilis

Ain Fajar | 5:58 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Hari ni saya syer masakan semalam, time demam melanda, hidung ribut taufan mmg malas sgt nak bangun..tapi perut kn isi, ank2 pun nak makan..minta kakak pijak2 badan, mm rasa lega la ckit ada kekuatan bangun masak. masak simple je tapi boleh bg selera pd ank tekak yg sedang keperitan..

ok ape yer nie?...haa bubur nasi la...rasa segar sikit badan bila perut terisi bubur nasi di tambah pula dengan sambal tumis kesukaan saya..c kakak n c fina pun suka sangat...ni lah makan time demam..
nak masak bubur nasi tak susah, rasanya semua org tau kan? masak mcm nasi biasa cm lebihkan airnya..
ok jom kita tengok ape saya letak di sebalik bubur nasi yg putih ni...

Bahan-bahannya : )
segemgam beras.
1 biji bawang merah
1 ulas baang putih
1/2 inci halia
1/2 biji kiub ayam maggie
secubit garam
3 cawan air atau lebih
1 cawan santan pekat.

Cara-caranya : )
  • cuci beras hingga bersih..masukkan air dan bahan2 lain kecuali santan
  • masak beras hingga lembut, sentiasa kacau supaya nasi sedikit hancur.
  • boleh tambahkan air jika perlu.
  • apabila bubur sudah masak masukkan santan dan kacau hingga mengelegak.
  • pastikan santan tak pecah minyak.

bolehla hias bubur dgn daun sup dan bawang goreng..
biasanya saya makan dgn sambal ikan bilis serta tumis kangkong. tapi semalam kangkong xada, so mkn mn yg ada je lah..sedap jugak..resepi ikan bilis next post..k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...