Jul 18, 2012

Udang celup Tepung

Ain Fajar | 7:42 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
lama tak bersiaran, brodband mengalami kerosakan..dah nazak dah, hampir 4tahun berkhidmat..minta tukar la tu...ni kat kmpung guna streamyx laju la sikit...tinggal beberapa hari je lagi bulan ramadhan akan muncul, tak sabar rasanya nak masuk bulan yang penuh dengan keberkatan dan mulia nie..sebelum kita menyambut bulan puasa nie, saya tayang udang celup tepung..boleh juga di jadikan juadah berbuka dan sahur nanti.

saya buat udang celup tepung atas permintaan anak dare saya yang sulung tu, kecik2 lagi dah pandai minta suruh masak itu ini..sebenarnya dia tak puas makan masa kami makan di kedai makan tempoh hari..tu la yang dia minta saya buat udang yang sama macam kami oder tu..alhamdulillah la menjadi juga..senang je nak buatnya.
sangat mudah nak buat udang celup tepung nie sesiapa pun boleh buat..tapi kadang tu tak menjadi comey gebus2 kan..saya sendiri tak ade sukatannya mcm mana, main agak2 je..saya menggunakan tepung goreng ayam segera dari jenama Bestari..memang sedap..buat ayam goreng tepung pun menjadi macam ayam segera yang beli kat kedai tu..
terus je ke cara-cara membuatnya, buang kulit dan kepala udang, tinggalkan bahagian ekornya dan bersihkan. ambil beberapa sudu tepung segera dan campurkan dengan sebiji telur, gaul hingga sebati, jika terlalu pekat campurkan 2 sudu air, gaul sebati. panaskan minyak, celupkan udang ke dalambancuhan tepung tadi dan goreng hingga masak atau kekuningan.. siap ! boleh dihidangkan.

sila la menjamu mata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...