Sep 16, 2011

kek buah berkeju

Ain Fajar | 6:55 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Tahun ni, tak banyak buat kek sebab dah banyak buat kek lapis..kek buah ni saya buat khas untuk my father..dia suka sangat makan kek buah ni, dulu arwah mak mesti buat time raya, tapi sejak kami sibuk dengan tempahan bahulu tak sempat nak buat kek buah lagi, tahun sebelum mak meninggal tu, dia beli kat kedai..teringin sangat katenyer..ala kesian pulak saya dengar...selepas mak meninggal mmg tak adala kek buah, saya? Tak pernah buat, macam tak pandaaaaii jer.. tahun lepas saya beli je kat kedai kek..tapi my father kate lain kali tak yah beli la membazir jer..aduyai itu maknenyer dia suruh saya buat sendiri, so tahun ni saya menguatkan semangat dan mencari juga masa untuk buat kek buah untuk my father ...alhamdulillah percubaan pertama buat terus jadi...saya buat yang bakar..nak buat yang kukus belum ada kekuatan lagi...hehehe bukan ape, bila tengok masa mengukus tu makan masa selama 4jam, berfikir 2 3 kali..nnt en.abg bunyi lagi “cepatnyer gas abis, masak banyak sangat ke?” heheee  tapi saya nak try juga suatu hari nnt..

My father suka dengan kek ni, saya makan secubit je, makan tang yang tak ada buah2nya..hehehe tak bape suke kek buah...nak buat ni pun sebab my father..tak la dia rasa kehilangan sangat kan...

Ok jom kita tengok resepinya...resepi asal dari abg mad gebu..
Bahan-bahanya :
200 g buah-buahan campuran (mixed fruits)* (*digaul bersama. Ketepikan)
200 g tepung gandum**
1/2 sudu teh baking soda**
1/2 sudu teh serbuk penaik**
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu teh serbuk buah pala(**digaul dan ayak)
250 g mentega (satu blok)(suhu bilik)
250 g krim keju (satu blok)(suhu bilik)
150 g cawan gula halus
5 biji telur saiz sederhana
1 1/2 camca teh esen vanilla
Cara membuatnya:-

1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Gaulkan 3 sudu tepung gandum dengan buah-buahan campuran. Gaul rata. Ketepikan.

3. Satukan bahan bertanda **. Ayak. Ketepikan.

4. Dalam mixing bowl, satukan mentega dan krim keju, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.

5. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah-buahan yang telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.

6. Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksa dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.

selamat mencuba!!

Biskut sarang semut

Ain Fajar | 6:50 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
Biskut ni juga antara biskut kegemaran saya, tapi dah jarang di jumpai..ini bermakana biskut ni adalah biskut zaman saya kanak-kanak dulu...biasanya saya makan mak long saya yang buat, sekarang ni anaknya mewarisinya..so kalau nak makan biskut ni kenala pegi rumah kakak saudara saya tu, tapi malangnya masa dan kesempatan nak kerumah dia tak ada..tak kan nak harap dia bagi pulak kan...lagipun kakak saya tu berniaga...so saya pun menjelajahi blog rakan-rakan bloger masakan dan akhirnya saya jumpa resepi biskut sarang semut ni kat blog K.Hasue..mmg berbaloi...tq yer kak..tapi saya ada oter sikit dari resepi k.hasue tu...maaf yer saya derhaka sikit...
 Haa nampak tak perbezaan paper cup yang kat gambar tu, yang guna paper cup warne hitam tu resepi saya guna resepi k.hasue yang belum di derhakakan, yang paper cup warna pink tu yang sudah saya derhakai..
 Oklah jom kita tengok resepi yang telah saya ubah tu...
Bahan-bahannya :
250g butter
100g gula halus
200g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
150gm tepung kastad (diayak) 
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Chocolate rice/manik untuk hiasan
 
Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice
 Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

selamat mencuba!!!

Conrflake choclate

Ain Fajar | 6:40 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Biskut ni, adalah biskut yang paling senang yang pernah saya buat....gaul2 je masukkan dalam mangkuk dah siap..tak yah bakar2...sukatannya pun saya main agak2 jer...



Bahan yang saya gunakan.
Sekeping  Choklate masak
1 sudu buter choclate / butter / mentega
3 cawan Cornflakes
Badam dadu ( hiasan)
Mangkuk kertas






Cara-caranya:
·         Cairkan choclate masak bersama butter hingga cair secara double boil.
·         Tutup api, masukkan cornflake kacau rata.
·         Sudukan conrflake ke dalam mangkuk kertas dan taburkan badam dadu. (proses ini kena cepat, kalau dah kering cornflake tak boleh nak melekat lagi)
·         Apabila sudah kering boleh di simpan kedalam balang yang kedap udara.                                  
selamat mencuba
se

s

Biskut Dahlia

Ain Fajar | 6:34 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
Biskut dahlia ni, antara biskut zaman dahulu kala tapi sampai sekarang tetap menjadi pilihan utama, sentiasa mekar di setiap rumah...kiranya budak zaman sekarang ni pun suka kan biskut ni...bukan nak kate ape la kan c kakak dengan c fina pun suka biskut ni..sebab tu lah saya merajinkan diri untuk membuatnya...sepanjang saya buat biskut ni, setengah balang je dah ke mulut dorang, yang belum bakar pun dorang makan juga..tak penuh2 balang kuih, terpaksalah saya bancuh lagi..bila dah siap kenala nyorokkan dari dorang kalau tak tak sempat buat raya..
 Resepi biskut ni saya amik dari dapur abg Mat Gebu..mmg sedap dan menepati citarasa mulut saya...rasanya mmg sama dengan biskut dahlia yang saya makan masa kecik2 dulu..lepas ni tak cari resepi lain dah la..guna je resepi ni...terima kasih abg mat gebu...
Saya copy terus dari dapur tanpa sempadan.

Bahan-bahan:
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan) saya guna Anchor
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
selamat mencuba!!

Biskut permata salju

Ain Fajar | 6:29 AM | 0Comments |

Assalamualaikum..
Biskut ni bagi saya rasanya unik, nak membuatnya pun senang je..bila terlihat kat blog k.izah daud terus jatuh hati untuk mencubanya..mmg tak mengecewakan...mmg sedappp..
Ok lah tak nak citer panjang, jom kita skodeng resepinya ..
 Bahan-bahannya :
3cawan cornflakes (ramas kasar)
1 cawan nestum
1 ½ cawan kelapa parut kering
150 gm mentega
50gm gula kastor
¼ cawan madu
Mangkuk kertas
Cholate chip (hiasan)

Cara-caranya:
  • Campurkan bahan-bahan kering
  • Cairkan mentega dan madu atas api hingga sebati
  • Masukkan bahan2 kering tadi dan gaul rata
  • Masukkan dalam mangkuk kertas dan hias dengan choklate chip (saya tak letak pun)
  • Bakar dalam oven selama 10 minit
  • Angkat dan sejukkan.
 Mudah je kan...kanak-kanak pun boleh buat sendiri...
selamat mencuba!!!

Tart Gulung nenas

Ain Fajar | 6:24 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Biskut wajib buat time raya tapi dulu la masa anak dara, saya sukaaaaa sangat makan tart nenas yang gulung ni...sejak dah kawin ni ada je halangan nak buat, tapi tahun ni saya nekad untuk buat, dan akhirnya jadi juga...dan Inilah rupa tart gulung saya..

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 sudu besar rata tepung jagung*
1 1/4 sudu besar rata tepung kastad* diayak
1 sudu besar rata susu tepung
1/2 cawan mentega, suhu bilik
1/2 sudu besar minyak sapi                                                                                                         
 3 sudu besar gula kastor@gula kasar dikisar
1 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara buat doh tart:
  1. Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati.
  2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
  4. Panaskan oven 150C.
  5. Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah.
  6. Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas)
 selamat mencuba!!



Biskut cornflake rangup

Ain Fajar | 6:17 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Biskut ni juga fist time saya buat tahun ni..saya suka biskut ni..dulu masa zaman sekolah ada sebuah rumah kawan saya yang tiap tahun dia buat biskut ni..dan saya jadikan rumah kawan saya tu rumah wajib pergi sebab nak makan biskut cornfalakes tu...nak minta resepi takut...faham2 je lah kan...sejaka saya belajar kat UMS dan sampai sekarang dah tak pernah pergi dah, lagi pun mak kawan saya dah lama meninggal..tak taula kawan saya tu buat biskut ni lagi ke tak...rindu nak makan biskut cornflakes mcm ni lagi...alhamdulillah la, saya jumpa resepi biskut ni kat blog k.yatie...tq pada k.yatie syer resepi biskut ni, sekarang boleh buat sendiri, bila2 masa je pun boleh buat...
Biskut ni saya saje hias mcm kelopak bunga, nampak cantik cikit hehehe..
Jom tengok resepi, saya ambil dari blog yatiememoris..
 Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah-dipotong kecil
  • Beberapa keping cornflakes
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.
 Senang je nak buatnya..kalau tak nak letak kelopak2 pun boleh juga, letak je ceri merah macam yang k.yatie buat..simple, senang dan sedappp...
Selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...