Oct 18, 2015

Sup Cendawan Berkrim

Ain Fajar | 7:29 PM | 5Comments |
Assalamualaikum

menu yang sayan nak syer di sini adalah salah satu menu wajib oder bila makan di Pizza Hut..k.long dan k.ngah mesti akan pesan sup cendawan dulu..kami yang dewasa dan mak ayah mertua saya pun suka sup cendawan sebagai pembuka selera..tapi kami jarang dah nak ke Pizza di sebabkan en.abg mempunyai masa yang terhad..jadi saya pun berusaha lah membuat sup cendawan berkrim ni sendiri.

Mudah je nak membuatnya, saya pernah buat 4tahun lepas dan pernah pun kongsikan di blog ni..dah lama sangat tak membuatnya..kali ni saya teringin membuatnya disebabkan saya dah lama nak mencuba roti mangkuk yang di isi dengan sup cendawan berkrim..sambil makan sup boleh koyak dan makan mangkuknya..hihi

hasil yang memuaskan k.long dan k.ngah habis 2 manggkuk dan sumaiyyah pun bukan main suka makan..cuma pada resepi asal penggunaan tepung sangat banyak dan membuatkkan sup terlalu kental..jadi saya dah pun kurangkan kandungan tepung dalam resepi..


Resepi sup cendawan 

3ulas bawang putih
7biji cendawan butang (dalam tin) fresh lg baik
4sb marjerin
750ml susu segar
750 ml air
1 cawan tepung + 2 cawan air
2 biji kiub ayam
1 sb cukup rasa
sedikit daun pasly kering
sedikit lada hitam


cara-caranya:

cairkan marjerin tumiskan bawang putih dan cendawan hinngga layu
masukkan susu segar, kiub ayam dan air.kacau hingga mendidih
masukkan bahan perasa lada hitam dan cukup rasa
masukkan air tepung kacau sebati dan kacau hingga masak.
siap.



sedap di makan begitu sahaja dan sedap di makan dengan roti mangkkuk @ garlic bred (roti bawang putih)

selamat mencuba daaaaaa

Oct 17, 2015

kek Sarang semut

Ain Fajar | 11:01 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

semoga hari ahad ni penuh dengan keberkatan..kali ni saya nak kongsikan resepi kek sarang semut yang mudah dan semestinya menjadi..dah ade seorang rakan baru saya yang langsung tak pandai membaking sudah mencubanya..alahamdulillah kali pertama buat terus menjadi dengan cantik.

struktur kek sarang semut yang cantik dan menjadi apabila kek tu bewarna hitam perang, rasa kenyal dan yang utamanya adalah lubang sarang semut tu menjadi untuk seluruh kek tu..lubang yang terhasil sama je dan yang bestnya lagi kek yang saya buat ni tak mengira melintang atau menegak lubang yang terhasil berbetuk sama.. jom tengok dl gambar yang ambik.


inilah hasil kek sarang semut / kek gula hangus yang terhasil..saya potong kek menegak bagi yang saiz besar dan saiz yang kecik plak adalah melintang..ianya adalah sama je..jadi sangat berpuas hati..kenyal dan bila makan xsedap habis sepinggan..kek kegemaran sejak saya kecil lagi..
tqvm pada penyumbang resepi kenalan baru saya k.puteri marina.


jom tengok resepi nya yang mudah.

Bahan-bahannya:

2 cawan gula kasar
2 cawan air panas

caranya: 
cairkan gula hingga perang warna seperti madu
sejukkan

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat

ayak bersama

Bahan C 
8 biji telur
1 sk soda bikarbonat
1 3/4cawan
2 sb marjerin

pukul telur sampi berbuih, masukkan soda bikarbonat pukul lagi
masukkan susu dan putar sebati dan masukkan marjerin
masukkan tepung gaul sebati dan masukkan gula hangus.
tapiskan dan tuang ke dalam loyang 8x8 inci
bakar selama 1 jam atau hingga masak


jemput tengok..dan silalah try resepi di atas..tq
selamat mencuba


kek mable lembut

Ain Fajar | 7:48 AM | 0Comments |
Assalmualaikum

semalam saya ade mencuba resepi yang kawan fb syer..resepi yang di kongsikan sama mcm kek minyak tengah fames sebelum ni..cara membuatnya juga sama..cuma yang membezakan penggunaan susu pekat dan susu cair sahaja.



inilah hasilnya sangat gebu dan lembut, macam kek sapan tapi moist.

 ok lah jom tengok resepi dan cara membuatnya.

Resepi kek mable lembut

Bahan A
4 biji telur
1 sb ovallate
1 sk vanila
1 cawan gula

Bahan B
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 cawan minyak

Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
koko emulco @ ape2 yg di sukai

Cara-caranya:
pukul bahan A hingga putih gebu
masukkan bahan B dengan kelajuan sederhana hingga sebati
dan masukkan bahan C dengan kelajuan sederhan

bahagikan adunan kepada 2 bahagian
satu bahagian gaulkan dengan koko emulco
masukkan adunan ke dalam loyang yang di glis minyak dan tepung berselang seli
bakar pada suhu 180 selama 45 minit.

nyummm nyummm nyamyyyy
saya suka kek ni, kemanisannya sedang2 je..lembut gebu tapi moist dan tak muak.

apa lagi selamat mencuba

Oct 9, 2015

kek oren moden

Ain Fajar | 6:17 PM | 0Comments |
Assalamulaikum

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengupdateresepi di sini..bukan tak membaking @ memasak tapi keizinan untuk menulis dan berkongsi dia sini sangat lah terhad..terima kasih yang masih berkunjung ke dapur alam maya saya yang tak seberapa ini..

ok lah, kelamrin saya ada mencuba resepi kek oren moden hasil perkongsian dari rakan group bakers saya di Whatssap dan FB..alhamdulillah sangat mudah, sedap dan hasilnya sangat baik serta mendaat pujian dari jiran tetangga yang merasainya..Yang menarik minat saya untuk mencuba resepi ni, ramai kawan bakers group saya telah pun mencuba dan mendapat hasil yang mengembirakan..senyum je mereka sepanjang hari. kek menjadi dengan jayanya dan ramai yang memuji..

jom lah kita terus lihat pada hasil kek oren moden ni dan lihat resepi yang mudah tu.



RESEPI KEK OREN MUDAH

Sumber: Maulidah
By: ain mom bakers

Bahan A:
7 biji telur gred B
1 cawan marjerin pelangi
500 gm tepung spons mix
1 sk vanila

Bahan B :
1 sb parutan kulit limau
4 sb oren sunquikc


caranyanya:

campurkan semua bahan A, pukul sebati sehingga adunan kembang dan kental
masukkan bahan B dan gaul sebati.
masukkan adunan ke dalam loyang 8x8 inci
bakar pada suhu 160c selama 45 minit (bergantung pada oven masing2 okey)
bila kek dah masak terbalikkan kek di atas redai sebentar, dan terus keluarkan dari loyang.
bila kek sejuk boleh lah di hidangkan bersama teh O panas..:-)


selamat mencuba

Aug 3, 2015

Chewy Yummy Choclate Brownies

Ain Fajar | 10:46 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

salam syawal...umat islam masih lagi meraikan hari lebaran..masih banyak undangan rumah terbuka..bagi yang di kampung2 mak bapak menziarahi jiran tertangga secara berkumpulan..bila sampi di rumah mereka akan bertahlil ringkas sebelum menikmati juadah yang tuan rumah sediakan..kami menggelarkan baraan di hati raya..

kenapa lah saya dok sibuk cerita pasal baaran nie kan..sebabnya salah satu menu yang saya nak kongsikan di sini adalah juadah yang sempat saya buat dan hidangkan untuk para tetamu..sangat mudah, cepat , ringkas dan semestinya sedap..dan akan di kenang bila mereka balik ke rumah..masuk bakul angkat sendiri nih..bukan apa..komen dari tetamu yang hadir malam tadi sedap dan tinggal pinggan kosong je..ini bermakna memang lah sedap..pakcik2 di kampung pun boleh terima kek bantat yang rangup nie..hahaha..


maaf lah gambar tak cantik, tapi boleh nampak yang brownies ni cantik kejadiannya..berkerak di luar dan moist di dalamnya..okey jom skodeng resepi dan saya akan kongsikan sedikit tips dari pengalaman saya dan dari pembacaan saya..jommmm...


Bahan-bahan

Bahan A:

400gm dark choclate (coklat masakan)
250gm butter (nak sedap gn la anchor)

Bahan B:

100gm cream cheese
200gm gula perang
5 biji telur
1 sk esen vanila
1 sk emulco coklat

Bahan C :

90gm tepung hongkong (tepung gandum pun boleh)
50gm serbuk koko

Bahan D:
100gm walnut / badam cincang
(bakar dulu)

cara-caranya:
cairkan bahan A  dengan cara double boil dan sejukkan
sebatikan cream cheese dgn bahan A.

sebatikan bahan B

ayak bahan C.

satukan bahan A, B, dan C dan masukkan bahan D, gaul sebati
masukkan adunan ke dalam loyang 10x10inci (loyang nipis tu jer)
tabur kacang dia atas adunan
bakar pada suhu 160c selama 45minit @ hingga masak.

beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk mendapatkan brownies yang cantik.
1. jangan pukul telur hingga kembang cukup seadar sebatikan dengan gula
2. xperlu keluarkan mixer, guna senduk kayu sehaja
3. ikut arahan..jangan derhaka...hahaha..

selamat mencuba.

Jul 28, 2015

kuih nagasari

Ain Fajar | 6:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

suka saya syerkan resepi kuih yang sedap ni di sini..saya memang suka sangat kuih nie..sebab saya sangat gemarkan sejenis kuih orang jawa iaitu tum tum man..rasanya lebih kurang sama tapi ade rasa lemak santan dan kekenyalan dari sedikit tepung hong keuw.


kuih nagasari sangat mudah di sediakan dan bahannya tidaklah rumit
ianya di bungkus dengan daun pisang..baunya harum dek daun pandan, santan dan daun pisang.



ini lah rupa kuih nagasari, cantik je 
jom lah kita skodeng resepi mudahnya.
sumber resepi saya dah lupa sebab dah lama save di hp. barulah arini berkesempatan membuatnya..semoga tuan empunya mendapat pahala berlanjutan.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sd tepung hong keuw
5 cawan air santan
sehelai daun pandan
1/2 cawan cendol


caranya:

campurkan semua bahan kecuali cendol, gaul sebati
masak atas api hingga adunan pekat dan licin
masukkan cendol dan gaul sebati
bungkuskan adunan dengan daun pisan seperti membungkus lepat.
sejukkan dan boleh la dihidangkan.

saya nikmati kuih nagasari ini ketika berbuka puasa 6 arini.
memang sedap sangat.
selamat mencuba.


Jul 27, 2015

Bahulu Biji / cermai

Ain Fajar | 8:34 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

masing-masing dah menayang resepi untuk makanan terbuka atau makanan harian..tapi saya tertinggal kereta api..masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkongsi resepi..banyak gambar yang save dalam ipad tidak di tranfer lagi ke dapur alammaya ini..pelan=pelan lah kayuh yer..huhuhu..catatan saya di sini adalah niat untuk rujukan saya dan generasi saya..dan sesiapa pun yang ingin mencuba silalah.

sebelum ni pernah saya kongsikan resepi bahulu cermai tradisi..sebenarnya sama je cara dan kaedahnya..cuma kita kena ade seni untuk mengadun tepung dengan telur yang telah di pukul..saya sendiri hampir berputus asa untuk membuat bahulu biji..namun saya teringin dan berhajat mesti kena buat sampia pandai..kalau orang lain boleh buat kenapa tidak saya..resepi di mana2 pun sama cuba kaedah kenalah betul. dan satu lagi yang dapat kongsikan di sini bagaimana ingin mendapatkan permurkaan bawah bahulu yang cantik mulus..

petuanya:
1. sapu minyak pada loyang dan pastikan tiada minyak yang bertakung
2. loyang mesti dipanaskan, tapi jangan terlau panas
3. guna loyang acuan bahulu daripada tembaga
4. kuantiti tepung haruslah tepat. (kn try n eror)


Resepi Bahulu

30 biji telur
1250gm gula kasar
1kg tepung ( -+)
1sb ovallate.



cara-caranya
oukul gula, ovallte dan telur hingga betul kembang putih dan pekat
masukkan tepung sikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik.


hasil jualan 100bj RM25

Jul 22, 2015

Salam lebaran 2015

Ain Fajar | 5:01 PM | 0Comments |
Assalamualaikum
6 Syawal , anak2 dah pun sekolah Dan Adik beradik semua dah balik Ke rumah masing2 untuk bekerja jalani rutin harian seperti biasa...ramadhan pantas berlalu Dan Syawal juga bakal pergi..masa terlalu pantas...pilu rasanya genap 7 tahun kami beraya tanpa Mak di sisi..

Namun saya bersyukur Kerana masih ramai Ahli keluarga yang Ada terutama belah suami.saya bersyukur juga kerana bulan ramadhan murah rezki saya mendapat tempahan kuih Bahulu lapis Dan gulung serta biskut2 .





alhamdulillah syukur..di kesempatan ini saya menyusun10 jari memohon maaf atas kegala kesalahan sama ada sengaja atau tidak..mohon halal resepi yang saya kongsikan disini dan resepi yang saya jadikan resepi untuk saya berbisnes//semoga tahun depan sempatlah hendaknya kita berjumpa lagi..amin..
selamat hari raya aidilfitri/




May 14, 2015

majlis pertunangan Zanah

Ain Fajar | 8:01 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Cuti panjang yang lepas hari buruh dan sekali hari wesak, dan negeri perak sambung cuti sempena hari pertabalan Raja nazrin sebagai Raja Perak..adik ipar saya mengambil kesempatan untuk meangsungkan hari pertunangannya..yang dulu jodoh tak kesampian..alhamdulillah jodoh dah sampi semoga allah memperkenankan hajat mereka untuk membina alam rumah tangga..dengan berkat restu ibu dan ayah mertua saya..insya allah.

ini lah adik ipar saya, manis je di pelamin mini yang bertemakan purple..i like purple..tak sangka ramai yang suka purple.

ni pula, adik ipar saya dengan bakal ibu mertuanya..jauh mereka datang dari Kedah.
2orang la menantu mak saya orang kedah

gelap sikit..org yang ambik gamar tak pandi nk setup lampu ipad huhu..ni je la pun yang ade.

anak dara sulung saya ni pun ambik kesempatan bergambar dengan aciknya.

hantaran yang sempat sayabuat..homemade choclate bentuk masjid

gubahan dari kain pasang..last minute..tgh ari rombongan nak datang..pagi jam 8 sy siapkan gubahan ni.

kek buah dan full fondant

kuih gepang yang berbentuk bakul..unik kan..tapi bukan saya yang buat.

bunga tangan coklat yang saya buat untuk adik ipar saya..c angah la yg abis berposing..

itu je lah..tak banyak gambar..susah nak ambik gambar..c sumaiyyah dok berkepit je..dh macam hand bag je..dia takut nak main bila ramai orang.

insya allah majlis perkahwinan berlangsung 24/9/2015.

May 11, 2015

Sumaiyyah

Ain Fajar | 7:47 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Dah lamanyaaaaa tak up date blog ni..bersawang2 sangat dah..ladtop xde tu yang sangat terhad nak berblog..nak ikut kan banyak kenangan nak simpan di dalam ni..terutama perkembangan ank-anak dan resepi2 baru yang dah cuba.

Aisyah Sumaiyyah dah pun setahun 3bulan..panjang akalnya..pandai jalan dan berlari..tapi giginya baru bebatang..hehehe..beratnya cuma 8.3kg je..klu nak di bandingkan dengan kakak-kakaknya..sumaiyyah memang saiz badan yang kecil..pipinya saje yang bulat..sumayyah ni tak nak dengan orang lain terutamanya bila ramai orang di sekelilingya..dengan ayahnya pun memang tak nak..jadi susah la saya nak membantu mak mertua di dapur bila semua adik beradik suami balik ke kampung..bersusah payah la mak mertua saya masak di dapur dengan pembantu kak ipar saya..biras dan ipar yang lain pun beranak kecik. memang tak dapat nak tolong.


sumaiyyah dengan tudungnya..pantang kita cakap dia comel dia pun tak buka tudung tu..dan sempatla ibunya snep gambar.


bila orang solat..dia pun sibuk lah nak solat juga..nak pakai telekung dan ade sejadah sendiri..telekung kakaknya yang saya pakaikan..solat sambil mulutnya berkumat kamit dan pandai rukuk dan sujud..bila cukup 2 rakaan dia pun siap..minta saya pegang tangannya untuk berdoa..semoga sumaiyyah jadi anak solehah.

Tapi kalau datang bad mood dia..memang pandai sangat merajuk dan mengamuk..tak boleh di pujuk dah..bila dah penat menangis baru lah berenti sendiri..sumaiyyah2..hai la anak macam2 ragam.



ini lah aisya sumaiyyah, macam2 ragam dan kerenahnya yang tersendiri..membuatkan ibunya tersenyum sendiri..dan ibu akan nikmati saat2 anak masih kecik nie. walaupun nakal, tak dengar kata dan kdang dah pandai menyakat ibu tetap rasa terhibur.


Jan 24, 2015

Brownies coklat

Ain Fajar | 4:07 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

Kelmarin pertama kalinya saya buat brownies..di sebabkan kawan saya minta buatkan untuk canday table birthday anaknya..alhamdulillah terus menjadi dan rasanya sangat sedap..rasanya tak nak jual nak makan je..hihi tapi malas lak nak buat lagi..bahan2 pun dah kehabisan..
bak kata pemilik blog yang saya skodeng resepi..brownies ni paling sedap dn mudah..saya pun cuba tanpa was-was..tapi ternyata memang ianya benar..beliau siap wat jual lagi..dan sangat di minati orang ramai.
.

oklah jom tengok resepi

Rujukan: ourkizuna.blogspot.com
resepi asal: ilyana Abdullah Siste's cakery

Bahan-bahan 
8x8 inci

Bahan A:
170gm chocolate masak
90gm butter
35gm serbuk koko

Bahan B:
100gm tepung gandum
1/4ts baking powder
1/4 ts 

Bahan C:
2 biji telur
180gm gula kastor
1ts vanila


Cara-caranya:
pukul bahan C hingga kembang
cairkan bahan A
masukkan bahan A dan B ke dalam bahan C gaul sebati
masukkan ke dalam loyang
bakar pada suhu 170c selama 30minit

tips: brownies akan kembung naik dan akan terus tuun balik..yang menunjukkan brownies dah masak.

hias brownies dgn almond nips dan paipkan dgn coklat masak.


permurkaan brownies akan kering, tapi bila di makan moist sangat..sedap lah..rangup di luar, lembut di dalam..tak rugi membuatnya.

selamat mencuba

Jan 15, 2015

pisang goreng cheese

Ain Fajar | 8:11 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

Fenomena pisang goreng cheese dah lama meletop-letop..memang dah lama nak buat.saya tertinggal kereta api je..huhu..tapi susahnya nak dapat pisang..dari tahun lepas lagi..kawasan kampung saya pokok pisang mendapat sakit, pisang jadi hitam dan tak masak dengan elok..beberapa hari yang lepas keadaan penyakit pokok pisang semakin membaik..alhamdulillah senang juga nak dapat pisang..tapi ikut jugalah kalau ada rezki dapat kami merasa, kalau tak memang jadi makanan binatang di kebun.

alhamdulillah, dapat juga merasa pisang goreng cheese  ni..sedap rupanya pisang goreng cheese ni rupanya..sekali goreng sesikat makan memang tak puas, lepas satu, nak lagi dan lai dan lagie..en.abg pun macam tu juga..tiap pag dan petang saya goreng sesikat masih lagi terbayang keenakan pisang goreng cheese. tak rugi buat..kalau ramai2 balik kampung setandan pisang pun mesti tak cukup..hihi.

 tersangat lah senang dan mudah untuk menyediakan pisang goreng cheese nie.
jom skodeng resepi

Tepung goreng pisang

bahan-bahannya:
tepung gandum
tepung beras
air secukupnya
garam secukupnya
pisang masak secukupnya.
keju chedar
susu pekat secukupnya

caranya:
sukat tepung dengan nisbah yang sama 1:1, dan bancuh tepung dengan air ikut kecairan yang di kehendaki..perasakan denagn garam anggaran 1 sd kfc.

panaskan minyak dan celup pisang ke dalam tepung, goreng hingga pisang kekuningan.

susun pisang di atas pinggan merata.
paipkan susu pekat rata di atas pisang gorang dan parutkan cheese chedar.
bolehlah kiranya ingin taburkan sos coklat, coklat rice, serbuk oreo dan sebagainya.



mudah kan..selamat mencuba..pasti tak mengecewakan..nak beli mahal..rm5-rm8 sekotak.

Jan 5, 2015

kek kukus cheese

Ain Fajar | 5:23 PM | 0Comments |
Assalamualaikum
nak mengupdate beberapa resepi dengan masa yang singgkat ni..terlebih dahulu saya ingin mengucapokan ribuan terima sudi singgah ke dapur alam maya saya nie skodeng resepi yang juga tak seberapa..pada yang nak cuba resepi saya dan ingin bertanya tentang apa sahaja yang berkaitan dengan resepi boleh trs wassap saya..in sya allah saya akan bantu.

meh tengok resepi yang saya dah try, hasilnya sedap dan tidak mengecewakan..saya cuba 2 versi, kukus dan bakar..dari resepi asal adalah kukus..bagi saya kukus lebih sedap..bila kukus kek lebih lembab dan seimbang rasa dan tekturnya..bila di bakar rasanya menjadi lebih manis dan sedikit kering.
Di dalam gambar di atas, ade dua versi, yang rendah kek yang saya bakar dan yang tinggi kek yang saya kukus.

 kek tetap lembut dan gebu, cuma rasa nya berbeza..ikut selra masing2 lah..nak ikutkan kedua-duanya okeyyy..

jom tengok resepinya pulak..resepi memang saya copy dari group masakan di fb.

copy paste je, bukan malas tapi tak cukup masa, (hehe tak nak ngaku malas nak taip)

komen dari suami dan anak-anak, keknya sedap dan tak muak..bila makan xleh nak berenti..acaner tu..apa lagi kena la buat lagi..jadi cuba lah buat pasti tak mengecewakan..

selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...