Jan 5, 2012

Syafina..dulu dan kini

Ain Fajar | 12:34 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Al-kisahnye...ape beza c fina dulu dan sekarang ni...yang paling jelas fina sekarang dah semakin membesar..bulan lepas baru je sambut beday dia yg ke-2..haa lepas beday dia, bermula la misi ibunya memberhentikan c fina dari menyusu badan (BF), yelakan dah masuk 2 tahun, dah tiba masanya fina berenti BF, sebab saya sendiri tak mampu nak suply susu yang banyak dan berkhasiat lagi..hehehe macam tau2 je tak berkhasiat (alasaann). Bukan ape, bila BF, c fina ni tak nak makan makanan sampingan yang lain terutama nasi atau nestum atau bubur. Yang dia nak makan lauk pauk..memangla tak kenyang..sekejap sekejap nak nyusu, gantung je, yang buat ibunya lagi tak larat bila dia nyusu sambil menenggek atas  badan..haaiiee kalau ringan tak pe la juga, makin kurus la ibu di buatnya..
Pada mulanya saya rasa agak takut nak melatih c fina ni beralih dari BF ke susu botol..sememangnya susu formula dengan susu ibu tersangat la berbeza..tambahan pulak, saya dah ada pengalaman berhentikan syuhada (c kakak) susu badan. Masa syuhada dulu memang teruk dan dugaan sangat la besar...ianya memerlukan tahap kesabaran dan ketahanan hati sepanjang menghadapinya..ape yang saya alami dulu, takut berulang lagi pada c fina pulak..
pada minggu pertama, waktu siang saya try bagi dia susu botol, bila nak isap susu je saya masukkan dia dalam buai, so dia lupa la..bila dah lapo dia isap juga..bila dah kenyang dia main dengan kakaknya sampai lupa nak nenen..tapi bila waktu malam saya bagi dia susu badan..hehehe saya pun tak biasa bangun tengah malam buat susu, so kena perlahan-lahan la..dalam masa seminggu saya buat mcm tu je..bila dia nangis tak nak susu botol, saya letak minyak panas dan sirap pas tu tunjuk kat fina..nasib juga dia tau geli bila tengok merah2..hahaha..awal2 tu tak terfikir nak buat macam tu,sebab  dulu syuhada tak tau geli pun..saya terfikit buat macam tu sebab, kebetulan lutut c fina melecur sebesar duit 10sen, bla tak ditutup, lukanya berdarah bila terheren kat lantai..tau pun dia geli dan rasa sakit..dari situ saya terfikir nak letak sirap..so bila dia nampak merah dia rasa geli dan kesian tengok ibunya sakit..terutama di sebabkan dia..tapi bila malam dia nak juga saya bagi juga, esok paginya saya tunjuk yang mulut dia berdarah..saya tengok muka dia rasa bersalah dan kesian kat ibunya..

seminggu berlalu, c fina mula tak nak botol susu, saya pun risau gak, lagi pulak dia tak nak makan sangat. Bila saya tengok dia minum milo satu cawan leh habis, saya pun try letak milo kat susu dia..dia minum sampai habis..sejak tu kalau dia nak susu, dia cakap ‘wat ilo’..bila saya buat susu putih je dia cakap “ukan, ilooo la”. Saya rasa nak bagi susu yang berperisa choclate..ayahnya pun beli..bila saya buat  fina tak nak minum langsung, rasanya pahit dan dah tentu tak sedap..pastu saya pun campur susu putih dengan susu berperisa choclate..alhamdulillah fina nak minum susu botol..senang je nak latih dia bertukar ke susu botol..
Inilah susu syafina sekarang, Dumex Dugro perisa madu pastu campur yg berperisa choclate atau milo.

Tapi walau mcm mn pun ada pengorbanan juga sepanjang melatih fina..setiap kali fina nak tido, mesti tido kat buai, baru dia lupa mintak nenen dan kalau dah lapo dia isap juga susu botol..minggu kedua saya latih dia minum susu botol juga, kena korbankan tido, sebab nak kena bangun buat susu dan njot dia sampai dia tido balik..tiap pukul 3am-3.30am mesti dia bangun kelaparan..kemuadian pukul 5.30am bangun lagi dan pukul 8am dia bangun sarapan susu..waktu tido saya memang kurang dari biasa...huhuhu tak pe la, tak lama pun..lebih baik dari nak dibandingkan masa syuhada dulu.
Minggu ketiga, fina tak bangun tengah malam minta susu lagi. Sebelum tido minum susu terus tido sampai pagi, dalam pukul 5.30am -6am dia baru bangun minta susu..ok la mcm tu, lepas bagi susu dia tido balik, ibunya terus bangun solat subuh..
Sekarang dah sebulan fina traning minum susu botol, dah lupa nak nenen..bila saya cakap nak nenen ke tak, dia kate nenen darah..pas tu cakan baby punya..hahaha dah nak baby ke? Tunggu adik pandai jaga baby la yer...tak leh panggil adik lagi, adik jadi k.ngah la...
  syafina semasa dulu kala, menyusu badan. (BF)

syafina sekarang..c kakak pun sibuk nak susu botol, dulu tak nak langsung susu botol skrg baru la nak..kan senang kalau dr dulu lagi, tak la terbantut ketembamannye

Itulah kisahnya fina dulu dan kini...dulu susu badan dan kini susu botol..alhamdulillah, senang je nak traning dia, tak banyak kerenahnya..nak ikotkan c fina ni memang serba mudah dan tak banyak kerenah berbanding syuhada..fina lebih berdikari, tak cewek, kurang manjenya. lbh mengalah kalau berebut mainan.Wat masa ni dari lahir sampai sekarang mmg senang nak jage Allyana Syafina. Tapi walau mcm mn pun, ada kelemahan yang susah dengan c fina ni, dia takut dengan lelaki yang jarang dan tak pernah di jumpai..tak kira la siapa pun,ingat lagi masa fina umur 6 bulan, 2 bulan ayahnya pergi kerja, tinggal  kami kat kampung, bila ayahnya balik, tak nak langsung dengan ayahnya, dengar suara pun dia dah nangis lagi la kalau ayahnya dekat atau dukung, melalakla seluruh alam mendegrnya.. sekarang ni, bila pegi mana2 asik dukung je, tak nak org lain dukung plak tu, ibu juga,ayahnya? sory tak mau juga. lagila kalau nak g kenduri, nak duduk makan pun tak mau. kalau syuhada tak takut orang, senang nak pegi mana, dengan sesiapa pun boleh, tapi bahaya juga tu. Tiap2 anak ada macam2 kerenah dan ragam yang berbeza..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...