Sep 12, 2013

pizza simple

Ain Fajar | 7:32 AM | 3Comments |
Assalamualaikum..

lama tak up date sebab tahap kemalasan yang amat sangat..mungkin kesan pembawakan budak..haiiii ntahla kan..tapi sejak akhir2 nie, badan memang tak selesa xsedap badan, nak buat ape pun malas.. tapi dalam masa yang sama macam-macam saya teringin nak makan..salah satunya pizza yang roti nipis..nak makan yang dohnya rangup2 gitu..nak tak nak mesti merajinkan diri juga untuk membuatnya sebab mana la dapat pizza yang nipis dan rangup dohnya..dah try beli kat dominoo tapi topingnya pula tak menepati selera..jadi mesti kena buat sendiri supaya ianya menepati ape halwa rasa saya..saya google banyak resepi yang mudah untuk di cuba, sampai tak tahu yang mana nak pilih..pening juga..last2 saya pilih resepi dari blog dayang jack..sebab pizza yang dayang jack post agak menepati citarasa saya sama ada topingnya mahu pun dohnya itu sendiri..DJ juga ada buat pizza yang nipis dan juga yang tebal..topingnya saya kekurangan satu bahan iaitu sos keju..sebab bahan tak ada dan tahap kemalasan yang masih kuat..janji dapat makan pizza nipis pun dah ok..lepas nie kalau ade sedikit kerajinan saya nak buat yang ade soso keju..




antara pizza yang terhasil..banyak juga pizza yang terhasil..saya buat kecik2 supaya senang nak potong..sorang ambik sekeping.



untuk anak saya lagi simple..dorang buat sendiri topingnnya..dah teringin nak menolong..biarlah..harap2 rajin la bila besar nanti..

ok kita tengok resepi pulak..saya akan baut lagi nie...jadi saya copy je dari blog DJ..minta halal ye kak..


Sumber : Dayang Jack (Dapurku Sayang)

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.


Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat









Sep 3, 2013

kek lobak merah

Ain Fajar | 7:55 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

Baru2 ni saya buat kek lobak merah, atas permintaan kawan saya untuk jamuan raya suaminya di sekolah..pertama kali saya membuatnya..dan raya tahun nie juga buat pertama kalinya juga saya merasa kek lobak merah..bukan saya yang buat tapi kakak kepada biras saya..apa yang saya rasa kek lobak merah ni moist dan halus je parutan lobak merahnya dan badam serta kismis yang sedikit hancur..memang sedap bila di gandingkan denga cream cheese yang sedikit masam, lembut je..atas permintaan kawan saya tu, saya memberanikan diri untuk membuat kek lobak merah nie..risau juga ianya tidak menepati citarasa yang menikmatinya..


inilah rupa kek lobak merah saya yang telah di toping..saya tak sempat nak snep gambar sebelum di aisingkan..nak kejar masa..saya merujuk ke dapur k.zu yang memang banyak menerima tempahan kek lobak merah..menurut k.zu kek lobak merah yang di kongsikan ini moist dan lembut..jadi saya pun mencubanya..bila kek dah siap di bakar ade lebihan yang membukit ke atas kek..jadi saya pun potong dan meratakan permukaan supaya cantik bila di aising..lebihan yang saya potong itu, saya makan dan rasanya tak rase moist lah..mungkin ade kesilapan saya di situ atau mungkin kek nie bila ianya memakan hari baru menjadi moist sepertik kek buah..hhhmmmm perlu buat kajian tetang kek lobak merah nie supaya saya dapat struktur kek yang saya sebenar..saya mesti cuba buat lagi...raa haji nie nak try buat lagi..


ok, jom tengok resepi, saya nak cuba buat lg raya haji nie nanti..
sumber dari k.zzu dan k.zzu plak merujuk dari blog rakan blogger lain , citarasa rinduan, dapur mamasya dan intan berlian

BAHAN BAHAN

4 biji telur besar ~ kkzu guna 5 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor ~ tak laaa manis sangat sebab buah carrot tu dah potong rasa manis kek
2 cawan tepung gandum ~ ayak
1 sudu kecil soda bikabonate ~ ayak
1 1/2 sudu kecil baking powder ~ ayak
1 cawan minyak jagung
2 1/2 cawan carrot parut ( 340 gm ) ~ perah layang air nye 
1 cawan walnut ~ kkzu letak 100 gm ~ potong kecil kecil ~ kkzu tak panggang
secubit garam

* bahan bahan lain seperti serbuk kayu manis dan esen vanilla kkzu tak letak walaupun ade pada resepi asalnye ~ terpulang pada you ols nak letak ye.Kkzu sangat sangat tak suke kek bau rempah. ( saya pun x suka dengan rempah jadi saya ikut cara k.zu)
* Perah layang makne nye perah sedikit aje air nye .Kekadang terdapat lobak merah yang terlalu banyak kandungan air nye.Tak semue lobak merah berair. Tujuan nye supaya kek tak menjadi bantat dek kandunag air yang berlebihan. 


CARA CARA

Putar gula dan telur hingga kembang dan gebu
Masukkan minyak jagung
Masukkan tepung bercampur baking powder dan soda bikabonate
Masukkan walnut
Akhir sekali masukkan secubit garam dan  lobak merah ~ kaup balik sahaja
Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci yang telah di gris kan dan bakar kek selama 1 jam @ lebih  ~ bergantung pada kepanasan oven masing2 ye.

TOPPING CHEESE
 260 gm creamcheese
130 gm butter anchor ~ salted
130 gm gula icing ~ ayak

Putar ketiga tiga bahan ini sebati aje ~ jangan sampai kembang ,,nanti cheese melembik

toping la kek ikut suke dan kreativiti masing2..
 kek yang saya xdapat nak potong sebab untuk tempahan, lepas nie kalau buat utk senadiri boleh la potong.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...