Apr 27, 2011

Bihun sup

Ain Fajar | 10:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
 Bihun sup nih dah lama buat, tinggal gambar je..tak ada kesempatan pun nak up date. saje lah nak letak kat sini untuk rujukan sendiri n anak2..kawan2 pun boleh rujuk juga..manalah tau resepinya berbeza dan sesekali boleh la tukar2 selera..yer dak..hihihi..
ngerr hehehe guna mangkuk macam kat kedai je kan..mmg pun amik mangkuk plastik arwah mak masa dia niaga dulu..senang tak pecah dek budak2 ni..ok2 dah jom skodeng resepi..

Bahan-bahannya : )
100 grm ayam yg telah di potong kecil
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sup bunjut
1 biji kiub ayam
sedikit minyak
1 liter air
garam secukupnya

Bahan hiasan :)
1 pokok daun sawi
bihun
daun sup
bawang goreng

Cara-caranya : )
  • tumbuk bawang putih, bawang merah, dan halia.
  • tumis ayam hingga agak layu. masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama kayu manis dan bunga lawang. masak hingga naik bau. 
  • masukkan air tunggu hingga mendidih. masukkan kiub ayam dan sup bunjut.
  • perasakan dengan garam ikut kesesuaian masing2.
  • apabila kuah sudah masak masukkan daun sup dan bawang goreng.
  • celur bihun dan daun sawi..sedia untuk di hidangkan 
  • lagi sedap la kan kalau bubuh sambal kicap mmg malatoopp!!!
ok selamat mencuba!!!

Apr 19, 2011

Beday Adliayana Syuhada

Ain Fajar | 11:02 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
masa kat kampung ujung minggu lepas selamat sudah kami semua menyambut beday c kakak, baru dia puas hati ..selagi tak tiup lilin dan pakai topi beday selagi tulah dia asik nyanyi lagu birthday utk diri sendiri siap tepuk tangan lagi.tak sabar sangat2 dah dia..alhamdulillah kakak dah makin besar.
 kek span+ aiscream+fresh cream+edible image

ni lah kek yang sempat saya buat untuk c kakak, simple je, nak cepat.en.abg bagi b+ je huhuhu..mmg tak cantik pun. dan satu hal lagi ibunya lupa plak yg kakak ni dah 3 thn ms beli lilin, so ada 2btg je. tak pe la kakak janji ada juga lilinnya kan. kalau kat kampung mmg tak ada banyak masa tapi curi juga masa untuk siapkan kek kakak..c kakak asik tanye je kek beday dia mana, dan nak sume ada masa dia tiup lilin..

haaa mmg nmpk keseronokan kat muka kakak bila kek ni di keluarkan dr peti ais lagi2 ada muka dia kat atas kek tu..basikal pink yg kat belakang tu, hadiah yg adik beradik en.abg bagi untuk kakak..mmg seronok lah..siang malam tak puas2 dia main basikal tu...
ermmm tiup kak jangan tak tiup..2 3 kai dia tiup..tak sempat nak amik gambar dah tiup dulu dah..c fina pun beria juga tuh!!nasib adiknya tengok je tak pulak di terkamnya...
saje amik gmbr kenang-kenangan dgn sepupu kakak..ibunya terselit plak kat ctu..sebenarnya ada sorg gegirl ainul mardhiah tapi last minit tak jd balik kmpg perak sebaliknya dia balik ke kedah coz tok wannya masuk hospital. kalau tak lagi meriah, c kakak rindu dgn adik ainulnya asik nyanyi lagu ainul mardhiah je yg dr kumpulan nasyid UNIC..
kenangan masa c kakak genap umur setahun..cepat betul masa berlalu..masa tu c kakak tak tau ape2 pun ibu ayahnya yg sibuk nak sambut beday kakak sajelah wat kenangan utk kakak bila dah dewasa nnt..pipi masi bulat mcm kuih pau..hihihi
ni pulak masa kakak genap 2tahun..susah toi nak amik gambar dia dgn kek beday tu, tu yg ibunya ikut sekali tu pegang tangan dia yg dok mengatal nak buat main kek tu..bahagian belakang kek tu dah robek dah dek kn terkam dengan dia...hihihi kenangan terus berlalu...
sekarang kakak dah pandai nyanyi lagu ABC, 123 dan boleh sebut Alif Ba Ta..yg lain2 tu usah cakapla tak di ajar pun pandai sendiri cthnya nyanyi dan menari.dah pandai minat artis, kakak suka dengan shahir AF8(siap boleh nyanyi lagu shahir lagi), mia dan haziq..geleng kepala je lah...ibu dan ayah berharap kakak jadi insan solehah kelak, berjaya di dunia dan akhirat..aminnn!!!!!




Apr 18, 2011

I Love My ........ Contest !!‎

Ain Fajar | 8:07 AM | 1Comments |

Ni la 1st time saya join contest.. pape pon terima kaseh kat kawan saya eda_ej yang sudi tag saya join contets ni.. kalau ade kawan2 yang nak join senang je.. klik kat banner kat atas tu ye..

Senang je nak sertai contest dari blog puan Nini D ni.. sume lengkapkan ayat je.. saya cuba ye.. Ni jawapan saya ---> I Love My Kitchen.. saya jawab cam tu sebab orang perempuan mesti berkait rapat dengan daporkan.. kalau sehari tak masuk dapor mesti tak sah.. jadi saya rase dapor pon berkait rapat dengan kehidupan puan Nini D..  hehheh.

Akhir sekali nak tag kat anymz

Jom la kawan2 kite join.. lagi ramai lagi seronok kan..

Apr 13, 2011

Ain Fajar | 5:11 PM | 1Comments |
 


Assalamualaikum.

selama 4 bulan dapur alam maya ku lahir, ini buat pertama kalinya saya menerima award..terima kasih tak terhingga kepada naz kerana sudi tag my blog..saya sangat terharu..walau pun blog saya ni masih bby ada juga yg menghargainya..naz memberi saya semangat untuk terus berkongsi cerita dan hobi di alam maya ini..tq naz atas ingatan naz dan tunjuk ajar naz..
saya ni tak berapa pandai dlm main ternet ni, buta IT la katakan tapi zaman sekarang saya  kena buka juga pandangan saya kearah teknologi  yg menjadi  bahan utama dan terpenting dalam kehidupan demi masa depan anak2..so, sory la banyak2 coz lambat ambil awar ni..mmm nak kena jawab soalan dulu ek..tak jawab boleh tak? Hehehe cuba jugalah tak adil kan..
1. kena post balik linking kepada org yg memberi award  :
  • naz
2. berkongsi apa juatentang diri anda :
  • Seorang suri rumah sepenuh masa, berbakti kepada suami tercinta serta bertangungjawab mendidik anak2 menjadi insan solehah..
  • Saya kakak dan penasihat kepada adik2 yg sedang mencari hala tuju kehidupan masing2 lantaran tiada ibu tempat bergantung.
  • Saya sangat suka memasak dan membaking, sebab tu saya lahirkan blog ini dan kerana ibu dah tak ada untuk berkongsi minat dan kegembiraan memasak.
  • Bercita2 nak buka kedai bakery di samping menyambung cita2 arwah ibu saya. (insya allah)
  • Saya suka berteman dan bersahabat kepada yang sudi
  • Saya juga hamba Allah yang tidak sempurna, banyak lagi yang perlu dicari sebagai bekalan dunia akhirat.
3)Berikan kpd 15 blog lain yg baru ditemui
  • Ramai kawan2 blog dah dapat award ni, saya dah terlambat, so sesiapa yang nak ambil silakanlah jangan sugan-sugan ok..
Rasanya itu sajalah..nak bercuti balik kampung..lepas balik kampung saya bersiaran kembali..bay..bay..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...