Feb 12, 2012

Bebola donat

Ain Fajar | 4:54 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
Dah lama tak buat donut, tetibe patang tadi bterbuat la donut, tapi saje buat bentuk bulat2 je. senang budak-budak nak makan. huhuhu niat di hati sebenarnya nak buat cakao/kocok tapi tak kesampaian disebabkan bahan tak mencukupi..so untuk peganti minum petang tadi buat la bebola donut...mmmmm very the soft2..sebab saya guna tepung roti..sebab tepung gandum dah habis...

ok jom kita tengok resepi. Memang da banyak kali saya buat donut tapi saya guna resepi yang berbeza..saya buat separuh dari kuantiti bahan-bahan ni..tu pun separuh simpan dan separuh makan..kalau nak makan untuk keluarga yang besar leh la buat ikut sukatan asal resepi ni..

Bahan-bahannya :)
1 kilogram tepung roti @ tepung gandum
sebungkus yis kering
1 1/2 cawan air
 2/3 cawan susu tepung
2 biji telur
1 cawan marjerin
6 sudu besar gula
2 sudu garam
1 sudu besar serbuk penaik
p/s : jumlah air yang di gunakan bergantung kepada mutu tepung.

cara-caranya :

  • Gaulkan tepung dan yis segera dan larutkan gula di dalam air
  • gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan dan uli hingga adunan licin
  • perap selama 30minit atau naik dua kali ganda
  • canai kan doh setebal 1.5inci.
  • potong dengan acuan donat letak atas dulang yang telah di tabur tepung. (saya buat bulat2 guna tangan je)
  • peram donat selama 30-40 minit.
  • oreng donat tadi dengan minyak yang sederhana panas serta api yang perlahan, goreng hingga kuning keemasan
  • selut lah donat dengan gula atau pun coklat masak.
Jemput makan..eh silap jemput pandang2 dan jeling2

Selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...