Oct 13, 2011

Roti canai

Ain Fajar | 3:03 AM | 1Comments |
ROTO CANAI

Assalamualaikum.
Sarapan pagi tadi di kampung, saje seronok2 nak buat roti canai. Biasanya kalau kat kampung ni buat sarapan yang senang2 je proses pembuatannya..nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, cekodok tepung, cekodok pisang atau pisang goreng..tapi mak mertua saya teringin nak buat roti canai sendiri dan kebetulan ada baki gulai udang semalam..dengan kudrat dua tulang tangan yang kurus ni pun mengulila tepung roti canai malam tadi...
 Ini lah hasilnya..tak buat banyk pun dapat 10 keping je..saya tak pandai menebar roti canai ni, so saya tarik2 je sampai nipis atas dulang..
Saya guna resepi yang biasa arwah mak saya buat masa niaga kat kantin sekolah dulu. Saya rasa rata2 bahan roti canai ni sama je, Cuma cara penebaran dan bacuhan yang membezakannya..

Ok jom kita tengok resepi yang saya gunakan..nak ikutkan saya agak2 je.

Bahan-bahannya :)
3 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1 sk garam
3 sudu susu pekat
1 ½ cawan air ( - +)
Planta secukupnya

Cara-caranya :
  • Masukkan semua bahan kecuali planta.
  • Gaul semua bahan dan masukkan sedikit demi sedikit air hingga menjadi doh yang lembut.(elok lembik sedikit)
  • Uli doh hingga licin dan lembut (kalau guna tangan lebih kurang dalam 20-30 minit.
  • Bahagikan doh kecil dalam 50gm, dan bulat-bulatkan..kemudian sapu bebola doh dengan planta..(tak pe palantanya lebih sedikit untuk memudahkan kita menebarnya)
  • Perap doh roti canai semalaman.
  • Semasa ingin menipiskan doh di atas talam basahkan tangan dengan minyak dan titikkan sedikit minyak atas doh roti untuk mengelakkan doh terkoyak..tarik2 lah hingga nipis.
  • Lipat2 dan masak atas kuali yang di laser sedikit minyak..
  • Masak hingga roti kekuningan dan sedia untuk di hidangkan dengan kuah kegemaran masing2.
 selamat mencuba !!!

Bun berinti

Ain Fajar | 2:56 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Mood membaking masih tersemat di jiwa...haha boleh terima ke ayat macam ni, hantam je la labu... kali ni saya try buat roti manis..nak letak inti ape pun boleh ikut suka..saya letak inti kaya dan nutella..sebenarnya saya nak habiskan stok yang ada, nnt lama-lama rosak pulak, dah membazir..sebelum balik ke kampung saya buat roti ni, maklumla perjalanan makan masa 8jam memang terasa lapar je. Kalau nak berenti buang masa..so, bawa la bekalan banyak2..

Ini rupa roti kaya saya, memang cantik, gebu, lembut dan sedap..bukan nak puji diri sendiri tapi nak berterima kasih kepada penyumbang resepi ni..saya memang teringin nak buat roti yang macam ni..
 Gambar dari pandangan atas.
Pandangan sruktur roti yang menampakkan kegebuan roti ini.
Mmg mcm kat kedai.
Ok kita tengok resepinya pulak..saya ambil resepi dari blog k.ummi.homesweathome dan sumber dari Source: Gert (My Kitchen Snippets)

Bahan-bahannya:
380 gm tepung roti
30 gm susu tepung
2 sudu besar yis kering
¼  sk garam
50 gm gula kastor
30 gm lemak sayur
30 gm mentega
1 biji telur
100 ml air
100 gm water roux. (50gm tepung gandum + 250ml air)-masak atas api hingga pekat dan sejukkan.(boleh simpan dalam peti sejuk dan guna pada suhu bilik.

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • selepas itu bahagikan doh kepada 14 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil dan lakukan sehingga habis
  • rehatkan doh selama 10-15 min
  • selepas itu jika hendak letak inti apa2 pun boleh
  • ambil satu doh dan tepekkan ke tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti dan tutupkan semula menjadi bola yang kecil
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • kemudian biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam, sapu atas roti dengan telur + susu cair.
  • kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven dan apitkan dengan 2 ke 3 cawan air panas (saya guna kaedah ini, coz cuaca mendung).
  • Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga masak (kuning keemasan).
 selamat mencuba!!!

patato bread

Ain Fajar | 2:50 AM | 0Comments |

Assalamualaikum..

N3 roti pulak kali ni..dah lama simpan hasrat nak buat roti, terutama roti kentang ni..dulu sebelum ada dapur IT ni selalu buat roti kentang tapi saya guna serbuk kentang yang dah siap sedia..untuk dapatkannya dah tentu di kedai yang jual bahan2 bakery.. kali ni saya tak guna serbuk kentang tapi guna kentang yang di rebus dan di lecek halus. Resepi saya amik dari blog tiffin biru..
Ini lah rupa roti kentang, rasanya dah tentulah rasa kentang hehehe..yang pastinya sedap..
Ok jom kita skodeng resepi dan cara membuatnya. Saya copy patse je malas nak taip..

Bahan Doh :-)
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

Bahan Kastard  (dari mat gebu)
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
  • selamat mencuba

Bahulu Cermai

Ain Fajar | 2:45 AM | 1Comments |
Assalamualikum.
Kuih traditional ni mmg tak lapok langsung dek zaman, semakin hari semakin popular..mcm2 jenis bahulu di persembahkan, ada yang gulung, ada yang lapis, ada yang betuk ikan, buah cermai dam macam2 lah..dan yang baru tak baru juga lakan bahulu cermai yang di letak inti jem..macam-macam perasa jem, strawberry, kiwi, blueberry, nenas dll..saya ni pun tak ketinggalan juga la, teringin nak mencubanya juga..resepi saya guna la resepi nenek moyang..pas tu try la letak inti...kira 1st buat bahulu cermai..susah gak nak mecapai tahap kepuasan yang kita inginkan...biasala kan, melekat kat acuannya, keras la, kehitamanla, intinya jatuh ke bawah la, dah macam2 rupa..tapi mesti tetap menccuba sampai la berjaya...

Tarrraaaaaaaaaaa! Inilaha hasil bahulu cermai yang berinti yang terhasil berkat kesabaran saya sendiri...hahaha...korg pun kalau nak buat kena banyak mencuba okeyy...

Ni bahan nenek moyang yang biasa semua orang guna..yang buat jual pun guna resepi ni juga, tapi adala kot dorang ubah sikit2 mengikut citrasa masing-masing..

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 ½ tepung gandum
1sk esen vanila
Jem secukupnya

Cara-caranya:
  • ·         Pukul telur, gula dan vanila hingga betul-betul kembang (warnanya akan menjadi warna cream)
  • ·         Panaskan oven pada suhu 250c. Masukkan acu bahulu yang telah di sapu minyak.
  • ·         Masukkan tepung dan kacau perlahan guna senduk kayu hingga sebati. (masuk sikit2)
  • ·         Sudukan adunan bahulu ke dalam acu bahulu, masukkan sedikit jem.
  • ·         Kemudian bakar selama 5 minit atau hingga warnanye keperangan..
  • ·         Angkat dan keluarkan bahulu dari acuan tadi.
  • ·         Sapu acuan dengan minyak dan masukkan adunan bahulu, jem dan bakar..
  • ·         Ulang proses ni hingga habis..

Agak rumit, makan masa..tapi berbaloi ok...

p/s: ayak tepung sebanyak 3 kali.
    : pastikan semua bahan dan peralatan kering.
    : jika bahulu keras boleh kurangkan tepung.

selamat mencuba!!!

Honey prown

Ain Fajar | 2:40 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu tengah hari semalam...tak terfikir pun nak buat udang masak madu ni..masa beli udang ni en.abg dah pesan jagan masak sambal udang yer, dah jemu..masak lain dari yang lain yang tak penah buat...mmmm, fikir-fikir teringat makan udang madu masa makan kat restoren masakan chaines food..mmg tak pernah masak udang madu, dan masa tu la pertama dan terakhir kali makan, so ingat2 lupa..saya pun agak2 la bahan2 yang di gunakan...hehehe takut ke nak cube, tuan punya diri pun baru mencuba, pandai2 pulak tu nak letak bahan ape...hahaha jangan risau, rasanya mmg sedap, en.abg kate ok kira lulus la tu kan..

Ini rupa honey prown saya, tapi saya rasa lepas ni kalau nak buat lagi siram je sos madu atas udang tu, tak yah gaul sekali..
Ok-ok jom tengom resepinyer..simple je..

Bahan-bahannya:
300grm udang sederhana besar.
5 sudu madu
2 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya.
1 sudu tepung jagung + ¼ cawan air
½ biji air limau kasturi.
Daun sup
3 biji cili padi (jika suka)

Cara-caranya:
  • Buang kepala udang dan belah kulit di bahagian belakang udang.
  • Gaul dengan sedikit garam dan kunyit (jika suka), dan goreng garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan halia  serta cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan madu, sos tiram dan air tepung jagung, perasakan dengan garam.
  • Siram atas udang yang telah di goreng tadi dan hias dengan daun sup.

Dah siap!
Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...