Jan 29, 2011

Asam Pedas Tempoyak

Ain Fajar | 3:35 PM | 2Comments |
Assalamualaikum...

menu malam ni asam pedas tempoyak..semalam en.abg ada beli tempoyak tapi rasanya dah masam sangat nak buat sambal tempoyak mmg tak berapa suke, tengok dlm freeze ada 2 potong ikan.iakn ape saya tak tauu..saya ni mmg tak kenal jenis ikan, main beli je pas tu bila sukan beli dan beli lagi, tak ambik tau pun apa namanya...ish!!ish!! budak sekaraaang...

 Bahan-bahannya ; )
2 keping ikan ( ikan ape2 pun boleh)
100 gm kacang bendi
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sb ciliboh (cili kerin pun ok)
sedikit air asam
1 inci belacan
1/4 inci halia
2 s/b tempoyak
gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia dan belacan.
  • tumis bahan2 yg telah di kisar, masukkan cili boh, masak hingga naik minyak
  • masukkan sedikit air asam (jgn terlalu pekat) masukkan ikan dan kacang bendi tunggu ke duanya masak
  • masukkan gula dan garam mengikut citarasa sendiri
  • masukkan bunga kanatan dan tempoyak..jika suka rasa tempoyak, boleh tambah lg
memang sedap..selamat mencuba!!!




masak lemak sayur manis

Ain Fajar | 7:47 AM | 0Comments |
Assalamualaikum...

salam sejahtera...sayur manis? ini kali pertama saya masak sayur ni,sebelum ni rasanya penah mkn tapi xtau plak namanya sayur manis..saya pun tak tau la knp sayur ni di panggil sayur manis, rasanya tak la manis pun biasa je, tak ada rasa apa2 pun. ari tu ms mak metua saya datang ke rumah saya, dia geledahla kebun kecik saya belakang umah, dia bgtau yg daun ni boleh mkn wat sayur...ish!!ish!! ape daa kebun sendiri konon, tapi tak tau pun pokok ape yg tertanam..hihihihi sebenarnya bukan saya yg tanam, tapi penyewa sebelum ni yg tanam sume pokok2 tu, saya tinggal sambung jaga je...setakat serai, daun pandan dan lengkuas tau la pokoknya mcm mn...budak sekarang kan!!!
emmm tapi sekarang dah tau dah.... dah nak tua makin tmbh la pengalaman..

  ok lah ini lah rupa, sayur yg telah saya jadikan masak lemak..lupa plak nak amik gmbr pokoknya kat belakang umah. next time lah ye...bila dah jadi sayur sedap juga..lepas juga makanan utk tengah hari tadi..dah tak ada apa nak msk, nak pg kedai malas hujan lebat, teringan pulak la daun kat belakang umah terus je petik dan masak..alhamdulillah kenyang juga perut keluarga saya...

jom kita tengok resepinya. senang jeeee...

Bahan-bahannya :)

segenggam daun manis
2 sb udang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1 cawan air
1/2 cawan santan
garam secukup rasa.

Cara-caranya : )
  • tumbuk semua bahan2 hingga lumat.
  • panaskan air dan masukkan bahan2 yg telah di tumbuk tadi
  • masukkan daun manis, tunggu hingga daun lembut.
  • masukkan santan dan garam secukup rasa.kacau hingga mendidih.

dah masakkk.senang je..5 minit je dah siap..
selamat mencuba!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...