May 8, 2012

Kek Batik Coklat Cheese Pesona

Ain Fajar | 2:44 AM | 8Comments |
Assalamualaikum...
waaaahh gitu..nama tajuk yang panjang..dan kesedapannya pun berpanjangan juga terase di mulut dan tekak..nyaman sekali bila dimakan sejuk2..memang deboomm bila makan, kalau makan tak ingat badan pun akan berbom bom macam tilam..hehehe..mane tak nye coklat digabungkan dengan cheese..sebenarnya dah lama nak buat cheese yang di lapis dengan biskut macam Ryoazhar buat...bila tengok ramai belogger masakan dok tayang kek lapis cheese pesona..memang teringin tapi tak terbuat...minggu lepas masa shoping barang dapur, nampak biskut merrie teringat nak buat kek batik je, atas permintaan adik, so bahan untuk buat kek batik dah ade la..
sebelum kek batik belum ditunaikan kejadiannya, saya pegi jalan2 kat blog kawan2 yang lain bila masuk dapur k.izah terpesona bila tengik kek batik coklat cheese pesona..wow!gabungan yang sangat unik bagi saya..terus salin resepi nak buat..lagi pulak adik saya memang suke makan cheese..dia sanggup gemuk untuk melayan anak tekaknya..
pada awalnya, bila saya rahsiakan isi kandungan kek batik nie, dia makan sambil kerut dahi..saya fikir, alamak tak sedap ke gabungan coklat dengan cheese...kakak pun buat muka juga..c fina pun pejam2 mate macam makan benda masam..saya pun raselah..huh!!sedap je saya bagiatau, gabungan cheese dengan coklat la..pastu dorang pun oooo, terus makan tak henti2..aik! tadi buat muka licin juga pinggan nie..senyum2 je dorang..ok latu memang sedapla k.izah...gabungkan kedua2 resepi yang memang mempesonasaya buat separuh dari adunannya..saya copy je yer resepi dari blog izah Muffin Lover..izinkan saya yer copy & paste je yer, malas pula nak menaipnya..hehehe..tadi penyakit M nie dah hilang tetibe datang plak...
Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue
               Izahdaut
              by 'ain

Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

  • Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
  • Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
  • Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
  • Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
  • Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
  • *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
  • Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  • Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  • Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
  • Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
  • *untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.
  •  
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*ikut kak Nor guna perisa kopi 
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
  • Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  • Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  • Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  • Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  • Panaskan susu segar,padamkan api.
  • Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  • Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  • Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  • Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  • Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  • Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
p/s ain: 
cara-cara yang saya buat sama cuma lapisannya je yang lain.
saya buat lapisannya, biskut, coklat, biskut celup susu cair, cheese..dan ulang2 hingga adunan habis...
oleh kerana baru 1st buat so tak tau nak baget guna loyang saiz mane sebab buat separuh adunan..so lapisannya nipis je..saya rase elok guna loyang 6inci..so lapisannya mesti yinggi dan cantik je..next time buat lagi..sedaaaap..meh saya zoom sikit..
selamat mencuba yer bagi ingin merasa gabungan kedua resepi ini..

Telur Bistik

Ain Fajar | 1:59 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
sebelum nie saya tak pernah pun jumpa telur bistik nie..tapi bila en.abg makan kat kedai dan oder telur bistik, dia kate sedap sangat..saya nie pun cakapla yang saya pun pandai buat telur bistik nie..huhuhu perasan pandai je..sejak dari tu en.abg tak oder lagi tapi suh saya buat yang katenye pandai sangat buat telur bistik...alama!! jumpa dan rasenya yang pun tak tau ape tah lagi membuatnya..macam mn yer..hahaha sumber maklumat sekarang di hujung jari je kan...dah ramai penyumbang resepi yang sangat bermurah hati memberi resepi secara percuma bagi mereka yang suke belajar dan mencuba masakan terbaru..apa lagi google je lah kat my resipi..
macam ni la rupanya telur bistik..telur dadar yang dicampur ayam cincang, kemudian siram kuah sweat sour...hhhhmmm sedap la, satu kelainan..telur dadar tu tak la kosong, bila makan ianya padat dan kaye dengan isi ayam..kuahnya pula membuatkan telur nampak meriah..jom skodeng2 ape resepinya..maaf yer tak ingat siapa penyumbangnya..saya tengok bahan-bahan yang digunakan sahaja, sukatan ikut agak2 saya je.



Telur Bistik
sumber myresipi
olehan : 'ain

Bahan-bahannya:
4 biji telur
30gm ayam cincang
2 biji bawang merah
1/4sk garam
3 sudu mayonies.

Bahan kuah:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 sudu sos tiram
5sudu sos cili
1/2 cawan air.
2 genggan sayur campur
bebola ikan.
gula dan garam secukupnya.

cara-caranya: 
  • telur dan bahan lain disatukan dan pukul guna garfu dan masak macam kita buat telur dadar.
  • pastikan api yang digunakan perlahan sekali untuk mengelak telur cepat hangus dan dalamnya tidak masak.
  • kuahnya pula, hiring bawang dan tumis
  • masukkan semua bahan dan tunggu kuah agak pekat.
  • siap dan tuang atas telur apabila ingin dihidangkan.

selamat mencuba!!


Ayam madu

Ain Fajar | 1:29 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu tengah hari tadi, ayam madu..bila dipandang macam ayam masak merah atau ayam sambal. Tapi ila dilihat bahan yang digunakan ade sedikit perbezaan dan rasenya juga sememangnya tak sama..masing-masing ade rase yang tersendiri..
nilah rupe paras ayam madu, menu tengah hari tadi...sedap ayam merah+ayam sambal dan+berempah..kira mcm tula rasenya..hehehe kalau nak tau rasenya cuba la buat sendiri..ok salin resepi yer..


Ayam Madu 

sumber : Chef Hanieliza

Bahan-bahan:

2 ketul ayam (saya guna bahagian peha)
kunyit
garam

Bahan tumis:
3 sb cili giling
1 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
sos tiram
madu

gula dan garam

bahan Kisar:
2biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia


Cara-caranya :
  • Basuh ayam dan lumur dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sampai masak.
  • Blend bahan kisar, tumis hingga naik bau, masukkan semua bahan tumis, masak hingga cili giling masak dan pecah minyak.
  • masukkan ayam gaul rate..
  • siap!
oklaha selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...