Apr 23, 2012

Apam pisang

Ain Fajar | 4:20 PM | 6Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi semua..pagi sarapan ape yer..saya pagi2 nie nak tayang apam pisang tok sarapan pagfi nie...apam nie lembut dan moist, sebab di kukus..klu di bakar dah boleh jadi kek atau muffiin..sebab bahan2 yang digunakan sama mcm buat kek pisang..ok xleh celoteh panjang nie, nak kena anta orang tua pegi klinik..maklumlah orang tua macam penyakit datang lagi2 la zaman sekarang nie..pemakanan tak berapa nak sihat..
saya pernah buat apam nie dengan bentuk yang lain...kali nie buat comel2 dapat banyak juga dalam 35 biji. saya cedok resepi dari dapur k.diha..mmg best..kalau nak buat kuih2 nie saya suke intai dapur beliau..tapi xdapat saya nak link kan kat sini sebab line ternet slow..saya salin balik k.
meh tengok resepi.

Apam Pisang
sumber : kak madhiha

Bahan-bahannya :)
1 cawan gula pasir
3/4 mentega di cairkan
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1/2 soda bikarbonat
1 sudu baking powder
8 biji pisang 

Cara-caranya :)
  • pukul telur dan gula hingga kembang (saya guna blender jer)
  • masukkan pisang mesin hingga sebati dan halus.
  • masukkan aduanan dalam mangkuk dan masukkan tepung dan bahan yang lain, gaul sebati.
  • masukkan adunan dalam acuan dan kukus 15minit untuk yang kecil..kalau guna loyang yang besar kukus selama 40minit

siap untuk sarapan pagi dan minum petang..tq k.madiha resepi yang baik dan sedap..
selamat mencuba!

Apr 21, 2012

Bahulu salju Kukus

Ain Fajar | 10:50 PM | 6Comments |

 Assalamualaikum..
 selamat tengah hari semua..dah masuk waktu makan tengah hari pun, tapi saya nak tayang kuih sarapan pagi tadi..nak update awal2 tak boleh la, mak dan bapak mertua ada kat sini..selepas masak sarapan kena buat keje rumah sambil melayan dorang dan kena terus masak untuk tengah hari, bila perut dah kenyang dan dorang tengah rehat dan tido barulah saya boleh mengadap ladtop dan jejalan kat dapur kawan2 blogger yang lain, tapi tak leh la lama2..
 Ini la kuihnya yang saya panggil bahulu salju kukus..asalnya ianya dipanggil bahulu kukus je, tapi saya selitkan nama salju tu..kenapa nama kuih nie di panggil bahulu kukus. sebabnya bahan dan cara membuatnya sama macam kita buat bahulu yang versi bakar tu..dan bila di panggilnya bahulu kukus semestinya ianya dikukus..dan saya menambah nama salju diantara nama bahulu kukus nie sebab warnanya putih berseri dan strukturnya gebu je..lembut je...saya tak pernah makan dan jauh sekali buat sendiri..kira ini 1st la buat atas bantuan mak mertua..resepi nie pun dari beliau..memang sedap dan lembut dan lemak berkrim..ok jom layan resepi dan cara membuatnya.


loyang yang di gunakan cuma 7inci sahaja, tapi saya buat separuh adunan je..so kejadian bahulu nie tak tinggi tapi tetap kekal lembut dan sedap..masa buka tutup pengukus ingat dah taj jadi dah rupanya loyang besar dan adunannya sedikit..kalau buat 1 adunan penuh tadi mesti naik tinngi..
Bahulu Salju Kukus
sumber:  Pn.Marhanah
            : Ain (resepi Kehidupanku) 

Bahan-bahannya :)

4 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung
1/4 cawan santan pekat. (saya guna santan kotak)
1 sk vanila (saya tambah)

Cara-caranya :) 
  • panaskan kukusan.
  • pukul telur dan gula hingga kembang (warne berubah menjadi warne cream)
  • masukkan santan dan gaul rata
  • masukkan tepung dan gaul rata secara perlahan (cara kaup balik)
  • sapu loyang dengan minyak dan tuang adunan kedala loyang. Balut tutup periuk dengan kain
  • kukus selama 20minit atau masak, dengan api yang besar.

siap.. boleh dihidangkan untuk sarapan pagi, minum petang dan boleh juga makan-makan waktu kenduri kendara.

Selamat mencuba!!

Apr 19, 2012

Ikan bakar

Ain Fajar | 9:51 PM | 4Comments |
Assalamualaikum..

selamat tengah hari..menu ape makan tengah hari nie? hari nie saya buat ikan bakar yang di bakar atas kuali leper je..tak de arang2, lagipun tak pandai lah nak hidupkan bara api..walau macam mana pun tetap sedap walau di masak atas dapur gas..sebab saya lapik dengan daun pisang. Aroma daun pisang di campur dengan kuah sambal yang berempah sememangnya terangkat..sambal ikan bakar nie sedap tau, resepi asal dari arwah mak saya..mak pula minta dari kawannya yang berniaga ikan bakar..memang beratur orang nak beli, setiap malam mesti ramai..memang sedap pun..tapi sekarang dah tak ade, nasib la saya sempat  save kat dalam kotak fikiran nie..dapatla merasa kelainan sambal ikan bakar yang beraroma dan berempah..dan yang satu lagi dapat juga saya syer dengan pembaca semua..dan tak lupa untuk generasi akan datang..

merah menyala sambal ikan tu..oklah nak cepat makan, dah lapo hehehe..lagi pun petang nie nak pegi klang nak amik ibu dan ayah mertua ku...seminggu nie sibukla cikit..so tak boleh lan on9 lame2..tak kan ade oarang betandang kita nak ngadap lapy lalme2 kan..ok lah layan la gambar dan resepi nie...

Ikan Bakar

Bahan-bahannya :)

7 ekor Ikan (ikan ape2 pun boleh yer)
20 tangkai cili kering
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 sb biji ketumbar
1 sb jintan manis
1sb jintan putih
2 sb gula merah/melaka
5 sb gula pasir
2 sk garam

cara-caranya:
  • masukkan semua bahan2 dalam blender..blend hingga lumat
  • masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih
  • masukkan 1/2 cawan air masak hingga kuah pekat.

  • letak daun pisang atas kuali dan laserkan dengan planta atau minyak.
  • letakan sambal ikan, letak ikan atas sambal..kemudian siram sambal atas ikan. 
  • tutup dengan tudung periuk. dan guna api yang perlahan sekali.
  • balik2 kan ikan masak hingga ikan masak dan agak kegaringan..boleh siram kuah sambal lagi atas ikan supaya ikan tak kering..
ok sedia dihidangkan..sedap makan dengan nasi putih dan cicah dengan kuah asam. resepi disini
haaa boleh la cuba lepas nie, tak yah g beratur kat kedai masak sendiri puas hati lebih jimat..lagi pun tak amik masa yang lama pun nak sediakan ikan bakar yang macam nie..
sambal ikan boleh disimpan
kalau nak tukar ikan dengan ayam pun boleh dan seafood pun laaaagiii boleh.

selamat mencuba!! dan selamat menjamu selera dengan masakan masing2 ok :)

Sambal Asam

Ain Fajar | 9:47 PM | 1Comments |
assalamualaikum..
n3 kali nie nak pos sambal asam yang saya cicahkan dengan ikan bakar...kalau buat ikan bakar mesti buat sambal asam nie..selain menambah selera dan kepedasan, ianya juga disatukan atas tujuan untuk hilangkan bau hanyir ikan...ye la kan ikan yang dibakar kurang garing, disebabkan itu masih tetinggal sedikit bau hanyir...ikut jenis ikan juga..biasa saya masak ikan kembung dan pari..kalau ikan yang besar2 tu jarang la buat..kalau buat bila makan dengan famly yang besar kat kampung memang sesuai untuk BBQ..

sambal asam yang simple tapi tetap mantooop...
ok jom tengok resepi.

Bahan-bahannya :)
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1 cawan air
3 sudu asam jawa
3 inci belacan
10 biji cili padi
2sb gula pasir

cara-caranya:)
hiris nipis bawang besar dan tomato. ketepikan.
masukkan bahan lain dalam blender kisar hingga lumat
campurkan semua bahan 
dah siap..

ada juga kuah sambal asam nie diletak kerisik..hhhmmm saya belum cuba lagi..next time saya akan cuba buat 
oklah selamat menjamu selera dengan ikan bakar.

Apr 17, 2012

Apam nasi

Ain Fajar | 6:56 PM | 16Comments |
Assalamualaikum..
bersua dengan menu apam pula..apam nie biasa orang panggil apam tepung baras..saje lah saye letak nama apam nasi..sebab ada letak nasi kat dalam adunan..tapi tak la mcm makan nasi..tetap rase apam..tersangat la sedap dan lembut..saya suka sangat resepi nie..sangat mudah tok menyediakan dan sangat sedap..sangat berbaloi-baloi...haaa berapa banyak sangat daaa!!..jom tengok hasilnya..
haaaa amcam ok tak..bukan main senyum lagi apam saya..sampai dah nak terkoyak senyum sokmo...
sebelum nie saya ada belajar dengan kawan mak mertua saya, kira org dulu2 la..dalam resepinya kena guna ragi yang diperap dengan nasi untuk dijadikan tapai nasi..kalau nak guna tapai pulut pun boleh..tujuan letak ragi untuk mendapatkan hasil apam yang lembut..arwah mak pun buat letak ragi...tapi kan ramai blogger masakan yang buat apam nie tak letak ragi cukup sekadar nasi sahaja..saya saje lah nak try, bila dah jadi waaahhhh lembut sangat2 walau pun tak letak ragi...hhhmmm bukan apam je senyum tuan yang buat pun sambil makan tersenyum puas hati..bila dapat pujian lagi tambah lebar senyum..kakak pun makan tak berenti macam tak caye je...
lepas nie conform buat lagi...saya amik resepi nie kat FB kongsi resepi hari-hari..tapi kan saya lupa nak tengok siapa penyumbangnya resepi nie..bila di cari balik tak jumpa pulak..minta ampun banyak2..kalau ada sesiap tau peyumbang resepi nie bagi tau yer..saya akan up date balik.. saya saje nak try..bila dah jadi hasil yang sangat memuaskan rase seronok pulak nak syer kat sini dan sebagai rujukan masa mendatang..
kenapa 3ketoi je..hehehe nie je yg dapat diselamatkan..br je angkat dari kukusan kakak dah bawa ngadap TV..yang lain kat dalam kukusan lagi..lagi pun tak dapat banyak pun dalam satu adunan cuma dapat dalam 26 biji je..sesuai la untuk keluarga yang kecil macam saya..jom kita tengok resepinya..senang je..

Apam Nasi

Bahan-bahannya :)
1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 sb yis kering
1 1/4 air
1cawan gula pasir
1 paket eno asli
beberapa titik pewarna

Cara-caranya :)
  • masukkan semua bahan kecuali eno dalam blender..mesin hingga adunan sebati
  • perapkan adunan dalam 3-4 jam
  • panaskan kukusan.
  • masukkan eno dan kacau perlahan hingga sebati, masukkan pewarna
  • masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 15minit.
  • siap hidangkan dengan kelapa parut.

selamat bersarapan pagi..untuk minum petang pun boleh..
selamat mencuba!!


Ayam percik lada hitam.

Ain Fajar | 2:22 AM | 4Comments |
Assalamualaikum

menu tengah hari tadi..pekena ayam percik pulak..ayam percik pantai timur guna kuah santan..sangat berbeza dengan ayam percik yang ada kat area perak..so teringin nak cuba macam mana ayam percik yang berkuahkan santan..semalam masa jejalan ke dapur Ina (pesona), saya tengok dia dok tayang ayam percik rase teringin nak buat juga..tapi saya tak amik pulak resepi dari blog beliau..masa nak masak tadi malas pula nak on ternet semata-mata nak amik resepi...so saya guna resepi Chef Hanieliza..chef yang terkenal tu beliau dok area kijal Terengganu dah dekat dah dengan saya..tapi tak de rezki nak jumpa atau terserempak..xpe lah.. tengok ayam percik saya yang tak berapa nak cantik tu..hahaha janji sedap..


nampak menyelerakan..berbaloi bila kena tunggu masa yang lama untuk membakarya..maklumla bakar guna api dapur gas je, ayam pula saya guna saiz yang besar so susah sikit nak masak bahagian dalamnya..saya cucuk dan kelar2kan supaya api masuk kedalam...barulah sedang elok je masaknya..


ok jom kita tengok resepi .

Ayam percik lada hitam.
sumber : Chef Haneliza

Bahan-bahannya:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1 sb lada hitam
2 batang serai
2 cawan santan pekat
1/2 ekor ayam.

cara-caranya : )
  1. blend bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili padi
  2. masukkan semua bahan dalam kuali.
  3. masak hingga ayam separuh masak.
  4. angkat ayam dan bakar atas api hingga masak sepenuhnya.
  5. masak kuahnya hingga kuah pekat tambah gula dan garam ikut kesesuaian.
  6. apabila ayam masak hidangkan dan tuang kuah santan atas ayam.

siap!
selamat mencuba!!

Apr 16, 2012

Sambal sotong

Ain Fajar | 3:12 AM | 7Comments |
Assalamualaikum..
Menu tengah hari sotong masak sambal je...untuk kakak n fina buatkan sup ayam dengan carrot dan cendawan..simple...

 sambal sotong nie buat macam sambal biasa je cuma saya tambah serai bagi wangi sikit...nak hilangkan hanyir sotong tu, dah basuh dengan air asam pun masih ada bau..bila dah letak serai hilang la bau sotong tu dan kuahnya rase lebih sedap..


jom layan resepi, manala tau ada adik2 yang baru nak belajar masak tu kan..dan juga untuk rujukan kakak dan fina masak akan datang nanti..

Sambal sotong

Bahan-bahan :)
300gm sotong
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
4sudu cili boh
gula dan garam secukupnya
1 sb sos tiram.
minyak untuk menumis

Cara-cara : )
  • tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia serta serai
  • tumis bahan yang di tumbuk hingga sedikit garing masukkan cili boh gaul rata
  • masukkan sos tiram, gula dan garam, goreng hingga cili masak
  • masukkan sotong, masak hingga sotong mengecut dan masak.
  • siap dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.
selamat mencuba  :)

Aktiviti bernombor.

Ain Fajar | 2:26 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
semalam saya buat aktiviti yang berasaskan kira2..si kakak nie lum kenal nombor lagi, baru 1-5..kena tekan lebih kepada nombor..memangla leh mengira sampai 12 tap tak kenal no yang mana satu..setakat 1-5 je boleh..fina pun macam tu juga..so saya akan lebihkan kepada nombor selepas nie..kakak macam tak suka pada nombor..so ibunya kena lebih kreatif tu yang pening nie..mana yang boleh buat saya buat dulu..layan dulu aktiviti bernombor nie..

sebelum susun nombor, warne dulu..bagi cantik ulat gonggok bernombor..
kemudian susun ikut nombor yang betul..




 c fina, bila suruh mewarna kurang minat dia..bila kakaknya mewarna dia conteng je kertas dia pastu main la ape2 yg dia suke..fina lebih suka membaca..so bila rehat2 saya ajar dia baca buku..smbl tengok tv ke baring2 ke..belajar cikit2 pun xper..kalau kakaknya nak sek tahun depan mesti dia nak ikut..so sekolah kan je lah..dah kenal huruf pun boleh la kan..
ni lah aquarium yang di susun ikan bergambar...
aktiviti bernombor akan ditambah dengan lebih banyak...

Alphabet J

Ain Fajar | 1:53 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
aktiviti home school di teruskan dengan huruf J..macam biasa lah, saya buat huruf J besar dan kecil kemuadian suruh kakak warnakan gunting dan tampal kat kertas..kemuadian saya print gambar jellyfish untuk J..saya suruh kakak warnak kan juga..dan satu lagi saya potong huruf J besar dan j kecil suruh kakak tampal mengikut kumpulan yang saya tetapkan..aktiviti dah lama berlalu..tapi tak sempat nk update..jom la layan gambar..saje la buat kenangan kakak dan adik masa akan datang..





masih belum ada aktiviti art..bahan-bahan yang di perlukan tak ade plak bila idea dah datang..lain kali lagi..

selain tu saya latih untuk kakak menulis huruf2 yang dia dah kenal..ada yang ikut dot dot, ada yang ikut garisan putus2 dan ada yang dia tulis sendiri ikut huruf yang dia boleh..selain tu dia belajar melukis ikut kad bord yang di sediakan..
nie lah white bord yang saya guna untuk melatih syuhada menulis dan melukis..nie hadiah dari aciknya sempena beday kakak 2/4 yang lepas..tapi saya lah yang mencarinya..sengaja saya pilih permainan yang lebih kepada pembelajaran..tak la nak main je kan..sambil bermain sambil belajar..memang bagus la mainan nie..melatih kanak-kanak menulis dan melukis...selain menulis hurug2 dan no..ada juga kira2..campur, tolak darab dan bahagi..boleh guna berulang kali sebab kertas tu boleh dipadam kalau kita guna pen yang disediakan..ada 5 warna dan pemadam..kalau ada sesiapa nak dapatka white bord nie boleh cari kat cosway..jadi ahli murah la sikit..missing pulak gambar yang saya amik masa kakak sedang menulis dan melukis..xpelah..nak buat macam mn kan..

Apr 15, 2012

Bakso

Ain Fajar | 7:29 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
Menu tengah hari tadi..makan bakso je..lum jmp nasi lagi nie..hhhhhmmm bakso adalah makanan yang berasal dari indonesia..tapi saya biasa tengok kat tv dalam cerita indonesia bakso nie sup bebola daging di makan dengan mee kuning dan cili potong dan kicap...tapi saya buat bebola ayam dan dimakan dengan bihun bersama sambal kicap dan juga sos cili...rasenyer?hhhmmm sedap macam makan bihun sup..cuma yang berbeza ada bebola yang kita buat sendiri..sebenarnya saya tak pernah makan bakso sama ada yang dibuat sendiri atau yang di beli di kedai...tapi jangan risau saya ada tester yang pernah makan bakso dari pasar malam..bak kate adik saya..bakso yang saya buat nie dah sama dah dengan yang dia beli tu tapi ada sedikit berbeza sebab  saya buat bebola guna isi ayam..saya tak berapa nak suka daging sebab tu saya tukar..so sesiape nak cuba buat guna la daging supaya ianya sama dengan bakso yang lain..
 sebenarnya n3 kali nie, adalah permintaan seorang kawan lama pn. siti solehah..beliau minta resepi bakso..saya tak terfikir nak buat bakso sebelum nie sebab tak suka makan bebola daging..oleh kerana permintaan pn leha saya try google resepi dan cube buat sendiri dan rasa..bila dah rase ok barulah berani nak bagi resepi kat dia..walaupun saya guna resepi orang lain.tapi ape2 pun memang terima kasih kepada che' Iza dari my recipe..
  sebelum nie tak yakin nak buat..tapi bila saya tengok resepi katenye memang che' iza minta dari pembantu ibunya yang berasal dari indonesia..so saya pun rase yakin untuk try resepi che' iza..alhamdulillah rasenya tak mengecewakan..jom kita layan resepi yang saya gunakan untuk buat bakso nie..saya copy je lah..macam malas pulak nak taip.. :)..tq che' iza yer dengan resepi nie..minta izin syer kat cini juga..

penyumbang Resepi : che' Iza My recipe

Bahan-bahan ( 7-8 org )
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • sawi (sy tambah)
 
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam 
 
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa 
  • 1 kuntum bunga lawang (ain tambah)
  • 1 inci kulit kayu manis (ain Tambah)
Cara-cara
  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
meh meh sape nak, saya suapkan bebola..nyum...nyum..nyum.. pandai pun, eh! jagang rebut2 sume dapat..:)..

selamat mencuba!!

Apr 13, 2012

Kuih keria (keledek)

Ain Fajar | 8:45 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..

selamat pagi..haha dah nak msuk tengah hari dah..baru kesempatan nak up date sarapan pagi tadi..amik masa kejap, sementara anak2 sarapan sambil tengok tv..nnt nak masak tengah hari pulak..dan nak ajar kakak n fina huruf seterunya..layan gambar je layer..resepi ulang tayang je..saya buat pun main taruk2 je..
Tayang kuih bulat2 lagi..c kakak panggil kuih donat..dia tu ape2 yang bentuk bulat dan ada lubang di tengahnya mesti dia panggil donat..teringat masa KFC keluarkan produk naget ikan bentuk mini donat..sibuk dia cakap kat ayahnya nak makan donat kat KFC..berkerut dahi ayahnya..KFC ada jual donut ke? hihihihi..bila iklan kat TV kakak pun terangkan kat ayahnya pasal neget donat ikan tu..susah juga ayahnya nak faham sebab anaknya pelat..sampai skrg dia cari donat ikan kat KFC..tapi tak ada..

 dapat banyak nie je..baki keledek masa saya buat donat keledek tempoh hari...cukupla untuk 3 orang makan.
nak resepi rujuk kat n3 yang sebelum nie..kat sini ok..

ok lah selamat menjamu mata..kalau nak cube klik je link tu yer..

by..by..

Apr 12, 2012

Donat Keledek

Ain Fajar | 5:48 AM | 6Comments |
Assalamualaikum..
minum ape petang tadi? tengok pada tajuk, itulah kuih minuman saya petang  tadi..pagi tagi gi lepak kat dapur blogger2 sifu..tengok k.hasue tayang donat kentang yang katenye gebu sangat2 ditambah kandungan donat tu ada kentang sumbangan resepi asal Fatma Bahalwan dari indonesia..hati ni terus berkenan dan terus mengidam nak makan donut..tapi tak ada stok ketang pulak kat dapur..k.hasue ada juga cerita pasal donat keledek yang k.izah daud gebuuuu sesangat..k.izah gantikan kentang kepada keledek jepun..memandangkan ada setengah biji keledek oren kat dapur terus salin resepi dari dapur k.izah daud dan petang tadi terus je buat..terima kasih pada k.izah daud sebab bagi ilham unuk gantikan kentang kepada keledek..yang mana k.izah amik resepi donat kentang dari blog k1 (citarasawan)..lepas nie leh try resepi donat kentang k1 dan dari blog k.hasue dari resepi Fatma Bahlwan..
donat ni sesangatla gebu...percaye lah..sedap sangat..saya sendiri ngadap donat nie 3 biji sekali gus..bukan kecik2, besar2..c fina habis 1biji setengah c kakak sebiji..nanti sambung makan lagi...tak percaye try buat sendiri..Big Apple pun kalah tau..hehehe..
4 biji nie, saya dengan kakak je satlekan..gebu sangat tak perasan da makan berapa..

saya amik resepi dari dapur k.izah daud..doh donat nie agak lembik sikit, so kena sentiasa basahkan tangan dengan tepung..nak tambah tepung bayak2 takut keras pulak..so sesiapa nak cuba buat jangan tambah tepung banyak2 cukup sekadar letak tepung di tangan...oleh kerana doh lembik, donat ni tak nampak naik 2x ganda, bila angkat donat tu ringan meknanya kembang dah la2..suspen juga tak jadi tadi, tapi bila dah masuk dalam kuali naik bukan main lagi..lupa pulak nak snep gambar sebelum goreng dan selepas goreng..next time la yer..jom kita tengok resepi dari k.izah daun.
Sumber : citarasawan dan olahan Izah Daud
hasil : ain fajar (Resepi Kehidupanku)

bahan-bahannya :)
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng
 tengok pada struktur dalam donat berongga dan menampakan yang donat nie memang gebu dan lembut..

Cara-cara :
  • Kupas keledek, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
  • Sejukkan.
  • Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
  • hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.(guna tangan dan mesin)
  • Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
  • mengembang.
  •  Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
  • tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang..
  • cara saya, bulat2 kan dan tunggu kembang kemudian bila minyak sedang di panaskan lubang je kat tengah bulatan doh dan tarik2 bagi lubangnya besr..sebab lubang akan mengecil bila kita goreng donat tu..donat akan kembang 2x ganda lepas digoreng
  •  Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. dengan api yang paling slow
  •  Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.
sedap..memang tak menghampakan, nak buat pun senang tak amik masa yang panjang pun..kalau nak letak topping coklat ke, corak2 ke guna coklat berwarna pun boleh juga..buat macam big apple buat..dah tak perlu pegi kedai kalau nak makan donat..buat je puas hati..hehehe macam orang kedekut je kan..sume nak buat sendiri pastu nak jual..hahaha

Selamat mencuba!!!
 
 
 
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...