Jul 28, 2011

Roti Pandan

Ain Fajar | 7:39 PM | 3Comments |
Assalamualaikum...
lama tak up date, huhuhu sedihnye rumah baru ni susah nak dapat line ternet..so kesempatan saya di klang ni dpatla up date dan singgah ke blog kawan2 ni pun kejap2 je...semalam sebelum balik ke klang ni sempatla saya membuat roti untuk bekalan sepanjang perjalanan..lama dah tak buat roti, saje lah dah rindu nak menguli roti, tapi saya yang uli la saya tugaskan mesin yang uli...

inilah rupa roti pandan yang saya buat semalam..gaya, bentuk dan persembahan roti ni bukan hasil ciptaan saya, tapi saya tiru dari salah sebuah kedai roti yang ada kat kampung saya 'Happy Angel'..saya suka roti mcm ni dan baunya mmg sangat menyelerakan..mmmm nyumm!! nyummm!!..dulu masa my mom niaga kat kantin sekolah ada jual roti mcm ni, tapi buat kecik2 20gm je..ye lah kan jual murah kenalah buat kecik..rotinya comel je kecik2, budak2 kat sekolah tu panggil roti dengan panggilan kuih ulat gendon (ulat yg ada kat dalam batang pokok kelapa, saya pun tak tau nama ulat gendon ni dalam bahasa melayu)...hehehe...mcm2 lah budak2 tu, suka hati je bagi nama kat makanan..
selain roti pandan ada juga saya buat roti sosej untuk kakak dan roti pizza bentuk bunga untuk en.abg..adunan roti ni leh buat mcm2 jenis roti dan suka hati lah nak letak inti ape...resepi ni mmg menepati citarasa saya, terima kasih kepada penyumbang resepi..


sumber : Ixora II's Blogspot

bahan-bahannya: )

500g tepung roti
90g gula kastor
4 sb susu tepung
1/2 sk garam
1 sk improver
1 sk softener (saya tak letak pun)
11g yis
2 biji telur
3 sb butter
150-200ml air
inti
do young
sosej

cara-caranya :
  • masukkan semua bahan kecuali mentega kedalam mesin pengguli (BM)..uli hingga menjadi doh.
  • masukkan marjerin dan uli hingga doh menjadi licin dan elastik..
  • keluarkan dari mesin dan bahagikan doh kepada 50 gm dan bulankan...rehatkan doh hingga naik 2kali ganda.
  • leperkan doh dan masukkan inti..bentuklah ikut citarasa masing2.
  • peram hingga doh naik 2kali ganda.
  • sapu roti dengan campuran susu cair dan telur
  • bakar pada suhu 160c selama 20minit.( ikut oven masing2 yer)
  • apabila sudah masak sapukan permrkaan roti dengan mentega.
  • sedia untuk di hidang dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.
penyediaan roti ambil masa lebih sikit, kerana kita kena tunggu proses pengmbangan doh.
hasilnya sangat berbalaoi so selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...