Apr 16, 2012

Sambal sotong

Ain Fajar | 3:12 AM | 7Comments |
Assalamualaikum..
Menu tengah hari sotong masak sambal je...untuk kakak n fina buatkan sup ayam dengan carrot dan cendawan..simple...

 sambal sotong nie buat macam sambal biasa je cuma saya tambah serai bagi wangi sikit...nak hilangkan hanyir sotong tu, dah basuh dengan air asam pun masih ada bau..bila dah letak serai hilang la bau sotong tu dan kuahnya rase lebih sedap..


jom layan resepi, manala tau ada adik2 yang baru nak belajar masak tu kan..dan juga untuk rujukan kakak dan fina masak akan datang nanti..

Sambal sotong

Bahan-bahan :)
300gm sotong
3ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
4sudu cili boh
gula dan garam secukupnya
1 sb sos tiram.
minyak untuk menumis

Cara-cara : )
  • tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia serta serai
  • tumis bahan yang di tumbuk hingga sedikit garing masukkan cili boh gaul rata
  • masukkan sos tiram, gula dan garam, goreng hingga cili masak
  • masukkan sotong, masak hingga sotong mengecut dan masak.
  • siap dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.
selamat mencuba  :)

Aktiviti bernombor.

Ain Fajar | 2:26 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
semalam saya buat aktiviti yang berasaskan kira2..si kakak nie lum kenal nombor lagi, baru 1-5..kena tekan lebih kepada nombor..memangla leh mengira sampai 12 tap tak kenal no yang mana satu..setakat 1-5 je boleh..fina pun macam tu juga..so saya akan lebihkan kepada nombor selepas nie..kakak macam tak suka pada nombor..so ibunya kena lebih kreatif tu yang pening nie..mana yang boleh buat saya buat dulu..layan dulu aktiviti bernombor nie..

sebelum susun nombor, warne dulu..bagi cantik ulat gonggok bernombor..
kemudian susun ikut nombor yang betul..




 c fina, bila suruh mewarna kurang minat dia..bila kakaknya mewarna dia conteng je kertas dia pastu main la ape2 yg dia suke..fina lebih suka membaca..so bila rehat2 saya ajar dia baca buku..smbl tengok tv ke baring2 ke..belajar cikit2 pun xper..kalau kakaknya nak sek tahun depan mesti dia nak ikut..so sekolah kan je lah..dah kenal huruf pun boleh la kan..
ni lah aquarium yang di susun ikan bergambar...
aktiviti bernombor akan ditambah dengan lebih banyak...

Alphabet J

Ain Fajar | 1:53 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
aktiviti home school di teruskan dengan huruf J..macam biasa lah, saya buat huruf J besar dan kecil kemuadian suruh kakak warnakan gunting dan tampal kat kertas..kemuadian saya print gambar jellyfish untuk J..saya suruh kakak warnak kan juga..dan satu lagi saya potong huruf J besar dan j kecil suruh kakak tampal mengikut kumpulan yang saya tetapkan..aktiviti dah lama berlalu..tapi tak sempat nk update..jom la layan gambar..saje la buat kenangan kakak dan adik masa akan datang..





masih belum ada aktiviti art..bahan-bahan yang di perlukan tak ade plak bila idea dah datang..lain kali lagi..

selain tu saya latih untuk kakak menulis huruf2 yang dia dah kenal..ada yang ikut dot dot, ada yang ikut garisan putus2 dan ada yang dia tulis sendiri ikut huruf yang dia boleh..selain tu dia belajar melukis ikut kad bord yang di sediakan..
nie lah white bord yang saya guna untuk melatih syuhada menulis dan melukis..nie hadiah dari aciknya sempena beday kakak 2/4 yang lepas..tapi saya lah yang mencarinya..sengaja saya pilih permainan yang lebih kepada pembelajaran..tak la nak main je kan..sambil bermain sambil belajar..memang bagus la mainan nie..melatih kanak-kanak menulis dan melukis...selain menulis hurug2 dan no..ada juga kira2..campur, tolak darab dan bahagi..boleh guna berulang kali sebab kertas tu boleh dipadam kalau kita guna pen yang disediakan..ada 5 warna dan pemadam..kalau ada sesiapa nak dapatka white bord nie boleh cari kat cosway..jadi ahli murah la sikit..missing pulak gambar yang saya amik masa kakak sedang menulis dan melukis..xpelah..nak buat macam mn kan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...