Oct 26, 2012

Home made Jem

Ain Fajar | 9:55 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

salam aidil adha..alhamdulillah masih sempat saya menjenguk dapur saya yang dah lama di tinggalkan..lama ke??lama la juga kan hampir sebulan..ape kan daya..sejak pindah ke kampung line internet memang tak de, kn guna wifi la jawabnya..bila nak masuk wifi ladtop pulak rosak, tenat sangat rasenye sebab terpaksa dihantar ke KL..maaf la asik dok tayang cheezy layer je, tak tukar2...bayak juga resepi yang sudah saya cuba dan teringin saya nak kongsikan kat sini..

sebelum raya haji, sempat la saya buat jem nenas sendiri..saya buat di sebabkan saya mendapat tempahan bahulu lapis dan bahulu gulung dari orang kampung...dah lama saya tak ambil tempahan bahulu..sejak mak meninggal hampir 5tahun saya tak buat..bila saya balik kampung dan kebetulan pula nak raye haji nie, orang kampung minta saya ambil balik tempahan..dorang semua mengharapkan saya menyambung semula perniagaan arwah mak..memang niat saya nak sambung dan menigkatkan lagi bisnes yang arwah dah mulakan..pelanggan2 pun masih menunggu setia..siapa lagi kalau bukan saya yang buat..semua adik beradik tak mampu ambil alih perniagaan arwah..

nak ikutkan sebelum nie, bahulu yang kami buat menggunakan jem yang dah siap je..tapi sekarang nie, harga 5kg jem dah naik melambung, nak naikkan harga kuih berganda2 tak sampai hati la pulak lagi-lagi pelanggan adalah orang kampung sendiri dan sekeliling kampung..kalau nak naikkan pun sikit je..dek kerana nak jimat kos saya buat sendiri jem nenas, orang kampung suka jem buatan sendiri...saya ni tak pernah la buat jem sendiri..kira ni la pertama kalinya..saya merujuk sukatan resepi dari abg sulung saya, dan minta tunjuk ajar sikit dari dia..alhamdulillah menjadi..dulu masa saya minta arwah mak ajar, katenye beli je la tak perlula susah nak memarut nenas sama je kosnya..tapi sekarang ni kosnya dah tak sama dengan beli siap..
rupa paras jem yang saya buat sendiri..cantik, licin dan berkilat..

senang je rupanya nak buat jem sendiri, kalau nak buat untuk biskut tart cantik di parut dan di masak hingga pekat.tapi kalau nak buat bahulu lapis atau gulung elokla dibled halus dan di masak cair. ok jom tengok sukatannya..tapi saya tak de sukatan buah nenas, lupa pulak nak timbang dan ambil gambarnya..


Jem nenas

3biji nenas sederhana
1 kilo gula

cara-caranya.
  • kupas kulit dan dibuang matanya dan di blend, saya blend guna blender kering.
  • masak dalam kuali bila buihnya dah hilang masukkan gula
  • masak dan kacau hingga gula hancur dan berkilat sahaja, jangan sampai kering dan pekat.
  • kalau nak buat biskut tart masak hingga jem pekat.

sejukkan dan simpan dalam bekas yang bersesuaian..kalau nak jem tahan lama boleh la masukkan 1/2 sk bahan pengawet yang dibenarkan.tapi kalau simpan dalam peti ais insya allah boleh tahan lama tanpa bahan pengawet.terpulang pada diri masing2.

selamat mencuba!!berbaloi buat sendiri.

oklah tak boleh ngadap lapy lama2, nak buat daging bakar plak lepas nie..nak tengok hasil dan skodeng resepi nanti saya up date..ok byby..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...