Feb 23, 2012

Alphabet B ( aktiviti 2 )

Ain Fajar | 7:26 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
masih lagi huruf B, dalam aktiviti kali ni saya lukis gambar dan minta kakak membezakan huruf B besar dan huruf kecil..


 bab menampal-nampal ni memang c fina cepat je..dia ada teknik yang pantas..bla da siap terus suruh amik gambat dia..c kakaknya lum siap lagi..kakak mmg slowmotion sikit..
dah siap, amik la gambar sama2..serabainya fina kat gambar ni..mood dia xnak sikat rambut.

Dengan bertemakan huruf b ni saya juga ada buat untuk subjek math..b untuk butterfly..dan kepaknya saya buat ikut nombor2..c kakak masih lagi keliru antara 2 dan 5..dan kadang tak kenal no 2 dan 5..susah kutnak ingat no ni..gambar up date besok lah..dah malam..esok nak buat aktiviti lagi..  

aktiviti huruf B selesai..dah kering idea, tak tau nk buat ape lagi..bahan2 pun tak mencukupi..esok buat huruf C pulak.

Alphabet B (aktiviti 1)

Ain Fajar | 6:55 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Aktiviti homemadeschool diteruskan dengan huruf B..aktiviti untuk huruf B tak banyak..sebab kakak dah kenal huruf B ni..c fina pun dah kenal huruf B..tak sangka juga..fina ni rajin baca buku dan betanya..tak macam kakaknya lebih kepada art dan berimeginasi..mcm biasa saya buat huruf B besar dan b kecil besar2 atas kertas A4 beserta dengan gambar yang bermula dari huruf B..kemudian dorg warnakan dengan warna air.
 B untuk bee, so senang je huruf B besar tu saya buat mcm lebah..dan untuk bahasa melayu B untuk bola. c fina punya tak tau la jadi ape..lebah dah kena demam campak kot..


 dan hasil sepenuhnya untuk huruf B besar.

aktiviti seterusnya, buat huruf b kecil..hari yang berbeza
 b kecil ni mewakili bird dan juga betik. b kecil c fina tak sibuk nak buat. dia merapu sendiri je dok cakap warne...buat masa ni fina dah kenal warne dlm bahasa melayu.

b untuk burung, kate kakak.

Strawberry Cheese Tart

Ain Fajar | 1:32 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
n3 kali ni citer sal makan-makan la plak..banyak n3 pasal homemadeschool..3 hari yang lepas saya buat cheese tart atas sebab tiga tujuan..pertama saya sendiri nak try buat n teringin nak makan, kedua nak balas makanan jiran, dan yang ke3 untuk di bawa ke rumah kawan..mcm biasala kan kalau nak pergi ke rumah orang kena bawa sesuatu..orng bawa buah tangan tapi saya bawa hasil tangan..
ni lah hasil cheese tart saya..saya buat comel2 je..sebesar biskut..mangkuk kertas yang saya guna pun adalah mangkuk kertas untuk biskut..nak makan terus je ngaaap sebiji masuk mulut..senang..budak2 pun mesti suka sebab nampak cute je..rasenya pun sedap sangat..
 oleh kerana bentuknya kecik je, so dapat buat satu je bentuk love tu..
resepi ni saya ceduk dari blog k.hasue..kak hasue ni mmg rajin dan creatif bila buat cheese tart ni..saya belajar teknik loretan dari blog beliau la..mg sangat berguna..terim kasih sangat kat kak hasue..tutorial dia berguna pada siapa yang nak belajar..
jom skodeng resepi..resepi asal adalah blueberry cheese tart, tapi saya guna strawberry filling..so jadi lah strawberry tart..saya copy je..malas nak taip lah rasenyer..


Blueberry Cheese Tart
Resepi:
r41494@myresipi.com
By:
HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

Bahan untuk Pastri: (memang rangup)
125g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum guna
63g gula icing/ gula biasa di blend
250g tepung gandum
1 kuning telur (saiz B)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air

Bahan untuk Filling:
250g cream cheese - bagi lembut sikit sebelum pukul
20g butter (salted) - bagi lembut sikit sebelum pukul
60g gula halus/gula castor
1 biji telur (saiz B)
Blueberry filling, strawberry filling atau apa2 filling yg digemari secukupnya

Cara-cara
  • Tepung dan gula campur sekali dan ayak.
  • Masukkan butter dalam tepung dan gula tadi, gaul rata hingga jadi seperti pasir/crumb.
  • Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan air, gaul sebati hingga jadi doh.
  • Cover dan rehatkan pada suhu bilik selama ~15min sebelum dimasukkan kedalam acuan tart.-saya masukkan jap dalam peti ais
  • Tidak perlu guna sebarang gris untuk acuan. Pastikan acuan kering untuk elak adunan melekat pada acuan selepas bakar.
  • Bakar pada suhu 180C selama ~20-25min atau hingga sedikit perang shj.-saya bakar 10min suhu 170c

Filling - Pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur, pukul sekejap sahaja ~1-2min bagi telur sebati dgn cheese tadi.
  • Pipekan filling dalam pasteri yang telah dibakar. Bakar lagi pada suhu 180C ~ 15min. Jika saiz kecil kurangkan masa membakar bagi pasteri dan filling. -saya bakar selama 10 miinit pada suhu 150c.
selamat menjamu mata lah yer..kalau nak boleh, tapi ken buat sendiri..sebab dah habis..nak kena buat lagi jg ni..bising c kakak ckp dia makan sikit je..sume bagi orang..dia suh buat lagi juga..dah terngguh 2 hari dah ni..

ok lah selamat mencuba yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...