Feb 1, 2012

Beef stik

Ain Fajar | 12:39 AM | 8Comments |
Assalamualaikum..
seperti nama dan gambar di atas, ini lah menu diner saya dengan en.abg malam tadi...huhhh! tak sangka saya masak stik ..sebelum ni kalau nak makan beef steak ke, chicken chop ke, lamb chop ke dah tentu kena pegi kedai makan kat luar..harganya paling murah RM10 sepinggan klu ambik yang mix RM16..sekali makan RM30 satle sekali makan je..tapi kali ni, modal RM10 leh dapat dua pinggan..besar pulak tu dagingnya..mmg kenyang lah.. tak pernah terfikir pun yang saya boleh hasilkan makanan barat yang berasakan daging..nak masak daging biasa tu kn makan masa yang lama untuk merebusnya, bla tengok cara memasak steak cuma 20 minit je..urmm leh ke lembut...atas cabaran en.abg dan kesungguhan en.abg untuk makan steak yang dimasak sendiri, saya pun sambut cabaran tu dengan penuh debaran..masa pegi shoping barangan dapur, en.abg pilih sendiri daging khas untuk steak dan bahan2 yang lain..balik je dr shoping terus search cari resepi beef steak...alhamdulillah jumpa kat blog wanayusuf..tq sangat syer resepi beliau..

memang sedap dan lembut..lepas ni boleh buat lagi..lepas ni boleh buat daging kambing dan ayam pulak..kalau nak beli daging, kena beli danging batang pinang, daging yang tak ada lemak..antara daging paling terbaik dari seluruh badan lembu..saya beli daging kat Giant..dan mungkin boleh juga di dapati ket kedai frozen food dan kedai daging..

ok jom saya syer kat sini resepi yang saya guna untuk buat steak ni malam tadi..

Bahan-bahan Grilled Stik
2 keping daging steak
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos cili
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih.

cara-caranya :
  • satukan semua bahan dan lumur pada daging.
  • simpan dalam peti sejuk semalaman.semasa membakar renjiskan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat.
  • apabila dah separuh masak saya bakar di dalam oven pada suhu 200c, bakar sampai masak.
  • jika nak masak atas kuali sampai masak pun boleh. ikut keselesaan masing2

untuk Sos lada hitam.
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
500ml air
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap
1 sudu sos cili
suku kiub ayam @ daging
1 sudu lada hitam (tumbuk halus)
sedikit garam.

cara membuatnya :
  • panaskan mentega dalam periuk dan tumis bawang hingg layu.
  • masukkan air yang telah dilarutkan tepung.
  • masukkan semua bahan sos.
  • tunggu hingga kuah pekat.
  • boleh tuang atas daging steak dan sedia dihidangkan.

ini untuk en.abg, minta telur mate pulak..tak kisah kita nak hidangkan stik  kita dengan ape yang kita suka, kacang panggang ke, kentang putar, fries dan coslow..kos tetap lebih jimat..

ok selamat mencuba kepada sesiapa yang ingin menhasilkan air tangan yang lain dari biasa untuk insan tersayang..puas hati kalau tengok dorg makan dengan lazatnyer...

ok..try la..

8 comments:

  1. Hai Ain.. Memang western food ni, kalau buat sendiri lagi berbaloi2 kan.. Sedapnya nampak sos lada hitam tu...

    ReplyDelete
  2. wahhh... boleh bukak kedai nih... =D

    ReplyDelete
  3. naz : mmm yup mmg berbaloi2..modal bahn mentah lbh murah..

    Chik : haha. lulus ke klu buka kedai ni..ko kn dtg selalu la kat kedai aku..kiki

    ReplyDelete
  4. kalau daging yg separuh msk n nak msk dlm oven ambil mse brpe lama?

    ReplyDelete
  5. kalau nak masak dalam oven ikut pada kita nk masak mcm mn, tapi yg saya buat agak garing sikit, saya buat dalam masa 20minit..ikut juga pd oven masing2..selamat mencuba..tak cuba maka tak tau..

    ReplyDelete
  6. Waaah! Thanks sbb share resepi yg best nih! Kena try nih! (^_^)

    ReplyDelete
  7. bwang putih tu utk diperat kena ptong halus ker..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...