May 8, 2011

Mertabak Meggie

Ain Fajar | 7:49 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
N3 yg ini pula, mkn malam kami sekeluaga malam tadi..atas permintaan en.abg sebenarnya..malas nak makan berat2 dia minta buat mertabak meggie je..mertabak meggie ni dah lama saya pernah buat..pertama kali saya makan mertabak meggie ni masa saya study kat UMS, Pn. Farha yg mula2 kenalkan pada saya..mula2 agak pelik juga tapi bila makan mmmm boleh tahan sedaaappp..so balik kampung saya try buat semua leh terima resepi baru ni, bila dah kawin saya buat pula untuk en.abang, en.abang kate mmg best..ye la en.abg ni mmg suka mertabak..so kalau adik beradik mertabak 4 keping pun satle..ulan puasa hari2 buka mertabak pun tak pe..punyak suka makan mertabak..
Ok lah jom kita tengok mcm mn nak buat mertabak meggie nih..saya dah ubah juga sikit2 isinya..kalau ada yg nak derhakan resepi ni, silakanlah, coz nak buat mertabak ni mmg leh campur ape2 je bahan yg kita suka. Saya buat pun agak2 je

Bahan-bahan yg saya guna : )
3 bungkus meggie
3 bungkus rencah meggie
5 biji telur
½ batang lobak merah
100gm kobis
100 gm daging cincang (ayam pun boleh)
1 labu bawang besar
Beberapa helai kulit popia
5 biji cili padi

Cara-caranya: )
  • Rebus maggie hingga lembut dan toskan. Ketepikan.
  • Masak daging cincang bersama 3sudu sos lada hitam hingga masak
  • Cincang semua bahan kasar2.
  • Campurkan semua bahan2 bersama maggie dan juga telur. Gaul rata
  •  Bungkus bahan2 yg di gaul tadi dengan kulit popia.
  • Masak atas kuali leper hingga masak.
Selamat mencuba!!!

Cekodok Jagung

Ain Fajar | 7:24 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
N3 kali ni nak post minum petang semalam, penat2 balik dari berbelanja barang dapur tetibe nak makan cekodok..fikir2 dan tengok pada bahan terhasillah cekodok jagung ni..ilham ni datang bila saya tengok koleksi dari buku chef Hanieliza yg tak asing lagi dalam dunia bloger masakan..
Senang jer..rasanya memang tak mengecewakan, sedaaaapp! C kakak mmg suka makan cekodok mmmm ape lagi mengadap je tak pandang org lain dah..siap simpan lagi tok makan malam..



Ok lah jom skodeng resepi..

Bahan-bahan : )
1 cawan jagung manis
3 cawan tepung gandum
20 ekor udang sederhana besar
1 ikat daun kucai
Sedikit serbuk kunyit
2 sk garam
1 sb baking powder
1 biji telur
1 cawan air suam

Cara-caranya : )
  • Campurkan semua bahan dan bancuh.
  • Panaskan minyak dan sudukan bancuhan tepung,
  • Goreng cekodok hingga kekuningan.
  • Toskan dan sedia untuk di hidangkan..
Senangkan? Selamat mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...