Oct 8, 2011

Nasi Lemak Kukus

Ain Fajar | 8:35 PM | 4Comments |
Assalamualaikum..

Menu tengah hari jumaat semalam nasi lemak kukus...hahaha tengah hari buta makan nasi lemak...mmmhh!! tak kira la waktu pagi ke, petang ke atau malam sekali pun asal teringin nak makan kita  bedal je lah, memang nak buat makan sarapan tapi tak sempat nak buat nak kena siapkan jahitan manik, so makan pagi wat yang simple2 je, tengah hari baru buat, lagi pun en.abg cuti so seronok nak masak kalau tak makanla sorang2...kakak makan nak kena suap pastu tak boleh makan pedas so kena suap kakak makan barula saya makan..bukan dia tak pandai suap makanan sendiri tapi bila dia makan sendiri satu ruang tamu penuh dengan nasi..mana taknyer sambil makan tengok tv kemudian time iklan dia main basikal..dah wat keje ibunya nak menyapu dan mengemop berulangt kali..
Biasa makan nasi kukus yang makin famous kat terengganu ni, kalau nasi lemak kukus belum pernah jumpa lagi..tu yang teringin nak try..rasanya berganda sedap dari nasi lemak biasa tu, lemak, lembut di tambah dengan sambal sotong memang  tak sedar makan bertambah..jarang saya makan tambah2 ni, bila makan nasi lemak kukus ni tak rasa kenyang pulak, dah makan sekali nak lagi dan lagi dan laaaagi..
Tengok gambar tu terguda tak?! saya tengok gambar ari koleksi buku resepi  chef Hanieliza terus tergoda dan teringin sangat nak cuba..so inilah hasilnya..nak tau ape resepinya? Jom kita tengok..saya kurangkan gramnya mengikut kesesuaian orang yang memakannya.

Bahannya :)
2 cawan beras
4 cawan santan pekat
½ inci halia
2 biji bawang merah kecil
1 sk garam
Secubit gula (jika suka)
1 helai daun pandan

Cara-caranya:
  • Basuh beras dan toskan.
  • Masukkan semua bahab ke dalam periuk hingga beras dan santan sebati (apabila air santan dah kering)
  • Pindahkan nasi ke dalam kukusan yang berlubang dan kukus hingga naik wap dalam 25minit dengan menggunaka api yang kuat.
  • Apabila sudah masak hidangkan bersama sambal sotong, ikan bilis goreng, kacang tanah, timun dan telur rebus @ mengikut kesukaan masing2.
  •  
Nampak caranya agak leceh tapi mudah je nak buat sebenarnya..tak caye try..
Selamat mencuba!!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...