Jun 19, 2011

cakoi

Ain Fajar | 7:16 AM | 3Comments |
Assalamualaikum..
post sarapan pagi tadi...tak kesempatan nak ngadap ladtop lama2..balik dari opis en.abg dah masuk asar..lepas asar dah janji nak bawa kakak jalan2..keluar pg pantai balik dah magrib, kena masak makan malam pulak..dah kenyang perut dan uruskan budak baru leh ngadap ladtop balik..jom layan kocok..
ha ni la rupa cakoinya...kami org jawa biasanya panggil kocok..hahaha tak tau kenapa leh dapat nama tu...ni kali pertama saya buat cakoi, saya tak bape suka..tapi mcm teringin je nak buat..sume ahli keluaga suka..terutama bapak saya dan bapak mertua..sempena hari bapa ni saya belajar n praktis buat kuih kesukaan dorg..balik kampung nnt leh buat lagi..senang jg nak buatnya..dulu arwah mak pun dah banyak kali try buat tapi tak dapat cakoi yang memuaskan hatinya..so saya pun nak try nasiblah kot2 leh buat dan menjadi seperti yang di harapkan..percubaan pertama boleh tahan sebab ape tau?..coz ada yang jadi ada yang tak jadi. rasanya dah sedap dah saya pun mcm jadi suka la pulak dengan cakoi ni...en.abg?!!hhhmmm jgn ceritalah laju je makan..tak per saya akan cuba lagi sampai jadi macam yang jual kat luar tu.
nampak tak, elok je mengelembong keseluruhannya,dalamnya berongga kira jadi la tu haha..tapi ada yang kembong separuh je dah mcm ular mengandung je hehehe..yang penting kan sedaaaaap...terima kasih kepada penyumbang resepi..saya jumpa kat blog ilham dapur. tapi sumber yang diperolehi adalah dr K.Yatie (myresepi)

Bahan-bahannya:)


2 cwn tepung gandum
1sk yis mauripan
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
2 sb gula
175ml air panas
40-50ml air
minyak untuk memasak.


Cara-caranya:)
  • satukan bahan yang bertanda * dan panaskan..kacau hingga gula hancur
  • satukan tepung dengan yis
  • dengan menggunakan tangan gaul tepung bersama air yang dipanaskan hingga menjadi serbuk roti
  • tambah air lagi dan uli hingga meenjadi doh yang tak melekit. (saya guna BF)
  • perap doh selama 30 minit.
  • bahagikan doh dan panjang2 kan kemudian canaikan doh nipis
  • tekan dengan lidi satay di tengah-tengahnya.
  • boleh digoreng dengan api yang perlahan sambil menyimbah minyak keatas cakoi. bila dah mengelembong baru boleh balik-balikkan cakoi..
  • bila dah masak sedia di hidangkan bersama kaya
p/s : jangan gunakan api yang basar kerana ia akan mengakibatkan cakoi tak masak dan tak mengelembung..
ok selamat mencuba!!!!

Rendang Kerang

Ain Fajar | 12:23 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Menu semalam, hari ni masak simple2 je coz nak cepat.en.abg tetibe di panggil tok datang ke offies ada brg ergent yang nak keluar petang ni, so saya masak cepat2 nak ikot en.abg keje, patutnya en.abg cuti hari ni coz terengganu menang bola, so satu tergn cuti..dok kat opis je sambil2 layang tenet..budak2 seronok main lari sana sini...


Rendang kerang ni, selalu buat time raya..tapi tak kan lah nak tunggu raya baru dapat makan, dah boleh  uat sendiri any time pun boleh masak..dah teringin nak makan rendang kerang...dulu masa ada arwah mak tak pernah pun buat rendang kerang tapi Cuma rendang daging sahaja...memandangkan bapak saya tak makan ayam dan giginya tak berapa nak cukup makan daging so kami tambah satu menu iaitu rendang kerang..simple je nak buat..


Ok jom lihat resepi dsan caranya.....

Bahan-bahannya
2 kilo kerang
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
½ inci halia*
2 batang serai*
½ inci lengkuas*
15 tangkai cili kering*
1 sb jintan manis*
1 sb biji ketumbar*
3 cawan santan*
2 sb kerisek
1 helai daun kunyit
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )
  • Kisar bahan2 yang bertanda * hingga lumat
  • Tumis bahan yang telah di kisar hingga garing
  • Masukkan kerisik, gula dan garam.
  • Masukkan santan dan kerang tunggu hingga kuah pekat dan pecah minyak
  • Masukkan daun kunyit dan gaul rata
  • Sedia untuk dihidangkan.
Mudah jerrr.....selamat mencuba!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...