Jun 19, 2011

Rendang Kerang

Ain Fajar | 12:23 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Menu semalam, hari ni masak simple2 je coz nak cepat.en.abg tetibe di panggil tok datang ke offies ada brg ergent yang nak keluar petang ni, so saya masak cepat2 nak ikot en.abg keje, patutnya en.abg cuti hari ni coz terengganu menang bola, so satu tergn cuti..dok kat opis je sambil2 layang tenet..budak2 seronok main lari sana sini...


Rendang kerang ni, selalu buat time raya..tapi tak kan lah nak tunggu raya baru dapat makan, dah boleh  uat sendiri any time pun boleh masak..dah teringin nak makan rendang kerang...dulu masa ada arwah mak tak pernah pun buat rendang kerang tapi Cuma rendang daging sahaja...memandangkan bapak saya tak makan ayam dan giginya tak berapa nak cukup makan daging so kami tambah satu menu iaitu rendang kerang..simple je nak buat..


Ok jom lihat resepi dsan caranya.....

Bahan-bahannya
2 kilo kerang
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
½ inci halia*
2 batang serai*
½ inci lengkuas*
15 tangkai cili kering*
1 sb jintan manis*
1 sb biji ketumbar*
3 cawan santan*
2 sb kerisek
1 helai daun kunyit
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )
  • Kisar bahan2 yang bertanda * hingga lumat
  • Tumis bahan yang telah di kisar hingga garing
  • Masukkan kerisik, gula dan garam.
  • Masukkan santan dan kerang tunggu hingga kuah pekat dan pecah minyak
  • Masukkan daun kunyit dan gaul rata
  • Sedia untuk dihidangkan.
Mudah jerrr.....selamat mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...