Apr 15, 2012

Bakso

Ain Fajar | 7:29 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
Menu tengah hari tadi..makan bakso je..lum jmp nasi lagi nie..hhhhhmmm bakso adalah makanan yang berasal dari indonesia..tapi saya biasa tengok kat tv dalam cerita indonesia bakso nie sup bebola daging di makan dengan mee kuning dan cili potong dan kicap...tapi saya buat bebola ayam dan dimakan dengan bihun bersama sambal kicap dan juga sos cili...rasenyer?hhhmmm sedap macam makan bihun sup..cuma yang berbeza ada bebola yang kita buat sendiri..sebenarnya saya tak pernah makan bakso sama ada yang dibuat sendiri atau yang di beli di kedai...tapi jangan risau saya ada tester yang pernah makan bakso dari pasar malam..bak kate adik saya..bakso yang saya buat nie dah sama dah dengan yang dia beli tu tapi ada sedikit berbeza sebab  saya buat bebola guna isi ayam..saya tak berapa nak suka daging sebab tu saya tukar..so sesiape nak cuba buat guna la daging supaya ianya sama dengan bakso yang lain..
 sebenarnya n3 kali nie, adalah permintaan seorang kawan lama pn. siti solehah..beliau minta resepi bakso..saya tak terfikir nak buat bakso sebelum nie sebab tak suka makan bebola daging..oleh kerana permintaan pn leha saya try google resepi dan cube buat sendiri dan rasa..bila dah rase ok barulah berani nak bagi resepi kat dia..walaupun saya guna resepi orang lain.tapi ape2 pun memang terima kasih kepada che' Iza dari my recipe..
  sebelum nie tak yakin nak buat..tapi bila saya tengok resepi katenye memang che' iza minta dari pembantu ibunya yang berasal dari indonesia..so saya pun rase yakin untuk try resepi che' iza..alhamdulillah rasenya tak mengecewakan..jom kita layan resepi yang saya gunakan untuk buat bakso nie..saya copy je lah..macam malas pulak nak taip.. :)..tq che' iza yer dengan resepi nie..minta izin syer kat cini juga..

penyumbang Resepi : che' Iza My recipe

Bahan-bahan ( 7-8 org )
  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • sawi (sy tambah)
 
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam 
 
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa 
  • 1 kuntum bunga lawang (ain tambah)
  • 1 inci kulit kayu manis (ain Tambah)
Cara-cara
  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
meh meh sape nak, saya suapkan bebola..nyum...nyum..nyum.. pandai pun, eh! jagang rebut2 sume dapat..:)..

selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...