May 14, 2011

Ikan Merah 3 Rasa

Ain Fajar | 5:59 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
Menu tengah hari tadi. ikan merah masak 3 rasa..mmg sedap, isi ikannya manis jer..mmg sedapla ikan merah ni.masak ape pun sedap..sebelum ni saya buat lemak cili api mantoopp juga..kali ni saje nak try 3 rasa pulak ternyata tak mengecewakan..
ok jom terus tengok resepi jer>>

Bahan-bahannya : )
1 ekor ikan merah
2 biji bawang merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ biji bawang besar.
2 sb sos tiram
5 sb sos cili
Air secukupnya
Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya : )
  • Bersikan ikan dan salut deng garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng ikan hingga garing.
  • Hiris semua bahan2. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, dan sedikit air. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Apabila kuah sudah pekat masukkan bawang besar dan daun sup.
  • Siram kuah atas ikan yg telah digoreng tadi.
selamat mencuba !!

Ketayap

Ain Fajar | 5:45 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.....

Kali pertama saya buat kuih ketayap ni..sebenarnya saya tak berapa suka makan kuih ni, tapi nak habiskan inti kuih onde keledek hari tu..buat jugalah ketayap ni paling tidak saya pernah cuba buat kuih nie, disamping itu boleh asah bakat try pelbagai jenis kuih muih...kuih tradisi ni mmg tak pernah saya buat, saya lebih suka kuih muih yang masin dan pedas.

Saya rujuk resepi dari koleksi buku Chef Hanieliza. Dan cara membuatnya saya ikut stale arwah mak saya. Saya pernah tengok my mom buat kuih ni tapi tak pernah nak amik tau pun resepinya..sekarang dah tau resepi dan cara membuatnya..
Ok jom kita intai2 resepi yg chef hanieliza guna untuk membuat kuih ketayap..

Bahan-bahannya : )
2 cawan tepung gandum
½ cawan santan pekat
2 cawan air pandan (blend + 7 helai daun pandan)
1 sk garam
Pewarna hijau jika suka (saya tak guna, warna asli dr daun pandan)
Cara-caranya : )
  • Satukan semua bahan2 dan gaul rata
  • Tapis adunan supaya tidak ada tepung yg bergentel
  • Panaskan kuali dan sapu sedikit marjerin.
  • Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan dengan belakang senduk supaya mendapat kulit ketayap yg nipis.
  • Apabila sudah kering boleh diangkat.
  • Letak inti kelapa dan gulung seperti menggulung popia.
Bahan-bahan inti : )
1 cawan kelapa parut
½ cawan gula merah
¼ gula pasir
½ cawan air.
Caranya : )

  • Masukkan semua bahan dalam kuali kacau rata
  • Kacau hingga gula hancur dan inti sedikit lembab.
  • Sedia digunakan
Selamat mencuba!!!

Onde Keledek Purple

Ain Fajar | 5:18 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam hari khamis..bila hari khamis ni kalau boleh nak puasa sunat tiap2 minggu mcm masa study dulu..masa study dulu sng je nak puasa walau pun banyak kerja dan cuaca yg panas terik (lagi pun nak jimat kos hehehe)..tapi sekarang ni sejak ada anak2 mmmm!!!mmg susah toi, kadang tu niat je tapi bila siang lupa..haaa hari ni alhamdulillah berjaya saya berpuasa dengan penuh bertenaga..puasa ganti sebenarnya sambil tu niat la untuk puasa sunat..2 3 tahun lepas dapat puasa penuh sebab mengandungkan kakak dan adik..lepas ni ssh lah nak dapat penuh.lambat lagi nak tambah rakyat jelata..hik!!dengan tenaga yg ada saya buat kuih onde keledek untuk berbuka puasa..
kuih nie, sebenanrnya ilham dari arwah ibu saya masa dia berniaga kat kantin sekolah dulu. kuih ni saya rasa dari gabungan kuih buah melaka atau onde2 dan kuih ketayap,(berdasarkan bahan yg di gunakan). Tepungnya dan cara memasaknya sama dengan kuih buah melaka cuma di tambah keledek puple tetapi intinya sama dengan inti kuih ketayap. my mom kate dia terfikir nak buat kuih ni dari kes ada budak yg tercekik kuih buah melaka dan dalam masa yang sama ramai guru2 komplen yg inti kuih buah melaka ni bila di gigit akam memancut keluar dan mengotorkan pakaian org yg memakannya. so dari situ my mom terfikir nak buat kuih yg tak kenyal (yg mana budak2 tak akan telan bulat2 kuih2) dan intinya tak cair serta tidak akan mengotorkan pakaian sesiapa pun. mmm!! so terhasillah kuih ni..my mom panggil kuih biru, tapi mcm tak best la plak..saya pun pandai2 la letak nama kuih onde keledek purple..
Gambar kat atas ni adalah bahagian dalamnya..pertama kali saya makan kuih ni terus jatuh hati dan jadi kegemaran saya lagi pulak warna purple tu yg sangat saya suka..mmmm i like purple color.. satu lagi yg saya suka warnanya adalah warne asli dari warna keledek tu, mmg tak letak pewarna pun..ok jomlah kita tengok resepi dan cara membuatnya..

Bahannya :  )
1 biji keledek purple
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum
1/2 cawan air
kelapa parut
sedikit garam

Bahan inti : )
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara membuat inti :)
  • masukkan semua bahan dalam periuk, masak atas api hingga gula cair.
  • gaul hingga sedikit kering dan pastikan inti lembab. sejukkan.

Cara-carnya :
  • kupas kulit keledek dan rebus hingga lembut. angkat dan toskan. kemusian tumbuk hingga lumat.
  • campurkan semua bahan, gaul hingga menjadi doh.
  • ambil sedikit dan bulat2kan, kemudiian masukkan inti.
  • rebus dalam air yg menggelegak. apabila kuih timbul maknanya kuih tersebut sudah masak.
  • angkat dan toskan. kemudian golek-golekkan dalam kelapa parut yg telah di campurkan garam.
siap!!sedia di hidangakan.

sedaaaap! berbalao kalau mencuba pasti tak rugi..pandangan saya rasanya agak unik..
selamat mencuba!!!

Kuew Tiaw Kungfu

Ain Fajar | 5:18 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
 kuew tiaw kungfu menu berbuka petang tadi bersama kuih onde keledek..senang je nak buatnya..dah lama teringin nak buat tapi tak tau rupa dan rasanya yang sebenarnya mcm mn..so saya rujuk pada buku koleksi chef Hanieliza..rasanya jadi..sesiapa yg pernah makan mungkin boleh bezakan sama ada betul rasanya mcm mn..ok lah xleh citer panjang line sentiasa tak menentu..dah mcm biskut kejap ada, kejap tak ada..

Sumber : Chef Hanieliza.
Bahan-bahannya : )
1 kilo kuew tiaw
15 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong
2 pokok sayur kailan
1/2 biji lobak merah
sedikit kobis
1 biji kiub ayam
1 cawan air
1 cwan air + 2 sudu tepung jagung
1 sk garam
2 sk lada hitam
3 ulas bawang putih
4 biji telur

Cara-caranya : )
  • potong semua sayur-sayuran dan bersihkan udang dan sotong.
  • goreng telur yg dikocak bersama kuew tiaw hingga sedikit garing, ketepikan.
  • tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang dan sotong gaul rata.
  • masukkan sayur-sayuran gaul rata dan masukkan air.
  • masukkan juga kiub ayam, garam, lada hitam dan air tepung jagung. kacau hingga kuah pekat.
  • apabila hendak dihidangkan, tuang kuah keatas kuew tiaw yg di goreng bersama telur tadi.
  • hias dengan bawang goreng dan daun sup..sedia di nikmati..

selamat mencuba!!!

Sup Cendawan berkrim II

Ain Fajar | 5:17 AM | 0Comments |
Assalamualaikum...
Hari saje buat sup cendawan berkrim ni..buat untuk c kakak. Dia mmg suka sangat makan sup yg mcm ni..kalau dah lama tak buat nnt ajak makan kat pizza pulak..adui!....anak tekak ni dah tak larat nak terima fast food lagi dah..perut pun mual2 je mmg dah jemu.

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
  • potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  • masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  • masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
Senang je kan..baunya pun dah sama mcm kat pizza hut..
selamat mencuba!!

Roti jhon

Ain Fajar | 5:15 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu malam tadi roti jhon je. Nak diet..hehehe alasan malas nak masak...dah lama nak buat roti jhon, baru tertunai hajat saya ni..en.abg makan sebiji tak cukup dan dia kata sedaaappp!. Boleh la buat masa puasa nnt..tak perlu pegi ke bazar lagi..
Bahan-bahannya : )
6 biji roti panjang
5 biji telur
1 pokok daun sup
100gm ayam hancur
3 sb sos lada hitam
1 sk lada hitam
1 sk garam
1 labu bawang besar
Sedikit pelanta

Cara-caranya : )
  • Masak ayam hancur bersama sos lada hitam hingga masak.
  • Campurkan semua bahan lain dan kacau sebati. Masukkan juga isi ayam hancur bersama.
  • Sapu planta kedalam roti yg telah dibelah di tengah2nya.
  •  Panaskan kuali guna api yg perlahan sahaja, masukkan bancuhan telur sedikit,(buat mcm kita masak telur dadar) tunggu hingga telur kering telangkupkan roti keatas telur.
  • Apabila angkat boleh tambah sayur seperti kobis, timun dan lobak merah. Juga letak mayonis dan sos mengikut citarasa masing2.
  • Siap boleh di nikmati.
Selamat mencuba!!

Nasi Lemak

Ain Fajar | 1:07 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
n3 nie sepatutnya update semalam, tapi ntah kenapa tak boleh nak buka dapur alam maya ni, terkunci dari dalam kot..alhamdulillah hari dapat buka dan bolehlah update.

Hari ni sarapan nasi lemak serai, hari tu ada naz buat nasi lemak serai, hari baru cuba. Kebetulan mmg dah niat semalam nak buat nasi lemak, bila nak buat halia tak ada pulak, terus teringat naz ada buat nasi lemak letak serai so terus je pegi belakang rumah amik serai. Terhasillah nasi lemak serai.

Saya makan nasi lemak serai ni dengan sambal ikan bilis dan ayam goreng segera. Oklah tak perlu celoteh panjang jom kita intai2 resepinya..sama je dengan resepi nasi lemak biasa2 Cuma letak serai je..saya kongsi juga resepi yg saya guna manalah tau ada yg baru nak belajo masak tu kan..

Bahan-bahannya: )
2 cawan beras
4cawan air santan
2sk garam
1 helai daun pandan
1 batang serai

Cara-caranya : )
  • Basuh beras bersih. Masukkan semua bahan.masak nasi mcm biasa, sesekali kacau supaya rata.
  • Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis.
bahan untuk sambal ikan bilis
10 tangkai cili kering *
3 biji bawang merah *
2 ulas baang putih *
½ inci halia *
2 sudu sos tiram
Minyak untuk menumis
Gula dan garam
1 mangkuk ikan bilis
1 keping asam 

Cara-caranya : )
  • Blender semua bahan yang bertanda *. Tumis bahan yang telah di kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis, asam keping, gula, garam dan asam keping. Tunggu hingga ikan bilis lembut.
  • Sedia untuk di hidangkan bersama nasi lemak.
selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...