May 14, 2011

Kuew Tiaw Kungfu

Ain Fajar | 5:18 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
 kuew tiaw kungfu menu berbuka petang tadi bersama kuih onde keledek..senang je nak buatnya..dah lama teringin nak buat tapi tak tau rupa dan rasanya yang sebenarnya mcm mn..so saya rujuk pada buku koleksi chef Hanieliza..rasanya jadi..sesiapa yg pernah makan mungkin boleh bezakan sama ada betul rasanya mcm mn..ok lah xleh citer panjang line sentiasa tak menentu..dah mcm biskut kejap ada, kejap tak ada..

Sumber : Chef Hanieliza.
Bahan-bahannya : )
1 kilo kuew tiaw
15 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong
2 pokok sayur kailan
1/2 biji lobak merah
sedikit kobis
1 biji kiub ayam
1 cawan air
1 cwan air + 2 sudu tepung jagung
1 sk garam
2 sk lada hitam
3 ulas bawang putih
4 biji telur

Cara-caranya : )
  • potong semua sayur-sayuran dan bersihkan udang dan sotong.
  • goreng telur yg dikocak bersama kuew tiaw hingga sedikit garing, ketepikan.
  • tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan udang dan sotong gaul rata.
  • masukkan sayur-sayuran gaul rata dan masukkan air.
  • masukkan juga kiub ayam, garam, lada hitam dan air tepung jagung. kacau hingga kuah pekat.
  • apabila hendak dihidangkan, tuang kuah keatas kuew tiaw yg di goreng bersama telur tadi.
  • hias dengan bawang goreng dan daun sup..sedia di nikmati..

selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. aku rase ko masak ni mesti kene besilat dulu baru boleh siap kan.. hehehhe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...