May 14, 2011

Sup Cendawan berkrim II

Ain Fajar | 5:17 AM | 0Comments |
Assalamualaikum...
Hari saje buat sup cendawan berkrim ni..buat untuk c kakak. Dia mmg suka sangat makan sup yg mcm ni..kalau dah lama tak buat nnt ajak makan kat pizza pulak..adui!....anak tekak ni dah tak larat nak terima fast food lagi dah..perut pun mual2 je mmg dah jemu.

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
  • potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  • masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  • masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.
Senang je kan..baunya pun dah sama mcm kat pizza hut..
selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...