May 6, 2012

Roti Jala

Ain Fajar | 12:01 AM | 9Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi, eh dah pukul 2 rupanya, cuaca mendung je tu yang ingat masih pagi..nak post n3 sarapa pagi tadi pulak tu, nie yg ingat pagi je lagi..hhhhmmm tak pe lah yer...
semalam masa g jalan kat dapur Damai Qalbu, Rohah dok tayang la roti jala...hish! pantang toi nengok roti jala nie mesti nak..memandangkan masa kemas dapur tengok ade baki kuah kari sotong terusla nak buat roti jala, cedok resepi rohah..mmmm memang sedap dan terase kelemakan roti nie ditambah dengan kari yang berlemak juga..nanti badan pun naik berlemak..huhuhu takup la tapi nak makan juga dan fov kan..lemak pun lemak la, janji dapat makan, nnt kalau dah tak boleh makan rugi n menyesal pulak

ROTI JALA

By 'ain : resepi Kehidupanku

bahan-bahannya:
2cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1cawan santan
1/4 sk garam
1bj telur
minyak

cara-caranya:
satukan semua bahan kecuali minyak.
masuk dalam blender dan mesin hingga adunan sebati.
tapis adunan supaya ianya senang untuk keluar dari acuan time kita menjala nanti.
masukkan dalam acuan dan pusing2 laju atas kuali yang telah di leser minyak.
lipat segi tiga atau gulung.

siap dan boleh dihidangkan dengan kuah kari..
nyum nyummmy!!

selamat mencuba!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...