May 23, 2011

Percutian camoren highland.

Ain Fajar | 9:08 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Ujung minggu yang lepas kami sekeluarga bercuti ke Camoren highland..3 hari 2 malam kami di sana..kami bukan pegi sekeluarga je tapi 3 keluarga..mmg seronok pergi ramai2 tak bosan sangat meriah..mcm biasalakan en.abg mmg tak suka pergi mn2 sekeluarga je..dia sangat suka suasana ramai yang meriah..kali ni bukan family day mcm percutian ke melaka hari tu, tapi percutian antara kawan sekerja en.abg..sebelum ni kami 3famly dah pun pergi bercuti di Water Park Gambang Pahang..kiranya ini kali kedua kami bercuti bersama...
destinasi ni sebenarnya adalah permintasaan husna (yg pakai baju pink) coz dia sangat suka makan srawberry dan sangat obses dengan barangan srawberry..so camoren ni mmg sesuailah dengan dia..
Inilah 3family yang pergi bercuti bersama..yang sebelah en.abg tu megat rakan seuneversiti dan sekerja dan isterinya yg berbaju putih hitam bersama babynya yg masih dalam kandungan dah nak masuk 7bulan..masih dalam perut pun dah g jalan2..betuah budak2 zaman sekaran ni kan...yg berbaju oren tu nazri rakan sekerja en.abg bersama 2 orang gegirl husna dan anis juga isterinya yg bertudung kelabu..name? sama dengan my name ain juga..pastu en.abg yg berbaju kelabu dengan ank2 gegirlnya c kakan dan adik serata saya yg bertudung hitam tu..ish!ish!!tak kenal ker?
 yang ni adalah destinasi kami yg pertama..di stawberry farm..boleh petik stawbewrry sendiri..ok sebelum tu nak citer perajalanan kami sebelum sampai ke camoren ni..perjalanan kami makan masa hampir 8 jam, dari terengganu ke camoren..mcm balik kampung je..kami dah nak sampai ke kampung dah, kalau belok ke kanan jalan ke kampung kami tapi kami belok ke kiri terus je ke camoren..seawal 3 pagi saya sefamily bertolak dari rumah..budak2 angkat je pastu mandi kat R&R..sebab kami kena sampai sebelum jam 12tengah hari..alhamdulullah perjalanan kami lancar, cuma penat la, jalannya bengkang bengkok..tapi nasib tak ada yg mabuk..sampai je apartment yg kami sewa tu, masing2 cas betri yg dah kehabisan sepanjang perjalanan..cuaca pun hujan mmg sedapla tido..dengan keadaan cuaca yg sejuk rasanya mcm kat dalam bilik aircorn yang bersuhu 16C..tanpa kipas dan aircorn, airnya mcm air ais..mmg masih terasa kesejukannya tapi bila bercakap tu tak la keluar asap..dah banyak pembangunan..
 merasalah potong stawberry sendiri.
 c kakak mmg sangat teruja, banyak yg dia potong..setengah kilo rm20, mahal la sikit..kalau kat pasar malam dorang jual 2 kotak RM10..kita yg potong tapi kena bayar mahal juga mmg tak aci kan..
 aksi en.abg


 salad merah, mmg tak pernah saya jumap di tempat lain.
 selepas ke stawberry farm kami pergi ke pasar malam comeran, gambar di atas ni antara yg saya beli untuk anak dara saya..yang sangat menarik di pasar malam terdapat banyak perniaga yang menjual barang2 bergambar stawberry..macam2, rambang matalah..sebenarnya bukan kat pasat malam je tapi kedai2 tepi jalan pun banyak yang jual barangan stawberry, bantal, kasut, baju, bag, spit rambut dll..tak sempat pun nak amik gambar kedai2..dah kepenatan berjalan sambil melayang kerenah budak2 ni..

 sampai je apartment sempat la dorang menggayakan kan topi stawberry ni..

 hari kedua kami ke ladang teh.gambar  kat atas ni permandangan dari atas..
 mmg cantik permandangan dari atas.
 sebelum masuk ke ladang minum teh dulu dengan cheece cake clasic..mcm2 teh terdapat kat cafe tu.tak tau mana satu yg sedap dan menepati citarasa anak tekak..yg saya oder ni teh masala..rasa mcm teh hijau..ok laaa..




gambar di atas semuanya di ladang teh..tak turun ke bawah sangat, tanah lecak sikit dan licin..lagi pun bawa budak leceh sikitla...c fina pulak berlagak sangat tak mau di dukung nak jalan sendiri..
 selepas dari ladang teh, kami ke tempat pokok cactus..saya mmg suka dgn pokok ni, senang nak jaga, cute plak tu..
 amik kesempatan bergambar dengan pokok cactus yg banyak2 ni.
 cantiknya bunga nih! mcm nak beli semua jer..
 c kakak yg sangat sibuk mengambil pokok cactus ni..6 pokok RM10, kakak la yang amik semua..

asik tengok pokok bunga hujan turun dengan lebatnya..c kakak pun amik kesepatan minta belikan payung stawberry..belila juga..kena beli 2, kalau tak berebut...haa sempat saya amik gambar budak gendud yg tengah pakai payung nih..mcm dah besar sangat je...
 haaa ni yg best ni..saya ni bukan la bunga sangat..tapi kan kalau en.abg dah bagi mmg la happy sangat..sepanjang kenal dengan en.abg tak pernah pun dapat bunga, bunga plastik pun tidak lagilah kalau fresh flower mcm ni...kali pertama dapat bunga masa saya konvo, itu pun kakak sedara yg bagi..en.abg pun tak bagi..ni kira dalam sejarah lah ni...
 amik kenangan dengan bunga yg tengah segar, nnt dah layu tak cantik..tapi kan kalau dah layu saya akan simpan dalam buku supaya tak hilang begitu sahaja..bukan senang nak dapat bunga ni..i love u la abang..sekarang bunga masih segar lagi coz saya rendam dalam air yang berisi syiling singgit leh tahan 2 3 minggu..
sibuk juga la c kakak pun nak bergambar juga dengan bunga. kononnya dia la yg belikan untuk ibunya sempena hari ibu yg lepas..ape2 la kakak..
 c fina yg try nak main dengan c anis. tapi anis tak pandai jalan lagi..nak main dengan kakak mmg tak masuk..dorg dah besar dah pandai tak nak main dengan adiknya...

ni lah keje bebudak 4org gegirl ni sepanjang ada di aprtment tu..punyalah seronok main, kecoh apartmen tu di buatnya..macam ada 10 org je budak2..kecoh semacam, pening kepala di buatnya..tapi happy lah semua org..
 hari terakhir, sebelum kami balik, singgah d stawberry farm lagi, coz c husna masih belum puas petik buah trawberry..sementara dia petik buah, kami semua lepak dulu d cafe stawberry, saya amik kesempatan makan srawberry choclate..

 terdapat juga yg sangat cantik2.

gelagat dorg masa on the way balik..dah kenyang tido, mcm2 la dorg buat..dah bosan dok dlm kete lama sangat..
 pokok yg en.abg kate cantik..dr jauh mcm pokok cendawan..ni pandangan dr jarak dekat..tapi nmpk unik kejadian ilahi..
 perjalanan balik, kami ikut jalan lain, kami lalu d kawasan tasik chini..tasik ni tengok dari jauh nampak besar dan cantik..gambar ni sempat saya snep dari dalam kereta..maafla gambar agak kabur coz kereta tengah jalan..


sebelum berpisah kami semua singgah di R&R untuk makan malam dan solat..sementara para ibu n bapa solat budak2 ni asik bermain di taman permainan..mmmm biolah dorg main puas2 lepas ni ssh nak jumpa lagi dah..
ok lah, itulah serba banyak cerita percutian kami di camoren highland, semua dalam kenangan..mmg seronok, tapi mcm lum puas nak shopping..masih ada tempat yg tak pergi..isya allah lepas ni pegi dengan family pulak...
camoren highland terkenal dengan pelbagai tenaman, spt buah-buahan, sayur-sayuran, teh dan sangat terkenal dah tentula stawberry. selain tu cuaca yg sejuk yg mmg ssh utk kita rasa di tempat lain d malaysia ni..majoriti penduduk yg ada kat situ adalah india dan cina..itulah yg dapat saya simpulkan tentang camoren higland.

Biskut nestum choclate chip

Ain Fajar | 7:06 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
dah lamaaaaa sangat teringin nak makan bisskut cholate chip ni..tak kan nak tunggu raya baru nak buat..nak tunggu raya tu lama sangat la dah teringit sangat..so saya pun buat sebelum pg bercuti minggu lepas, leh buat kudapan juga masa kat Camoren..ramai yg kate sedap..mmg sedap pun tau..sesape nak try tak perlu ragu lagi..en.abg yg tak suka makan biskut pun kate sedap dan dia layan biskut tu...c kakan lagilah dah tak sabar nak makan, dia makan la yg mentah2 tu..makanla nak, harap2 tak sakit perut makan tepung mentah..alhamdulillah c kakak sihat je makan tepung mentah..
biskut ni senang je nak buat, tak sampai 5 minit dah siap bancuh dan bakar amik masa 20minit je..bahan2 yg di gunakan cuma yg asas je pastu suka ati nak tambah bahan ape pun..percaya atau tidak jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahannya :
60gm gula aising
125 gm mentega
180gm tepung gandum
20gm nestum
50gm choclate chip.

Cara-caranya :
  • panaskan oven pada suhu 180C api atas dan bawah.
  • campurkan semua bahan2. gaul sebati.
  • sudukan bahan2 dan letak atas dulang
  • bakar selama 20 minit 
siap!!! senang kan??!!
selamat mencuba!!!

Kacang Raget

Ain Fajar | 6:34 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
lama tak update, tak sempat nak update coz ujung minggu lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke camoren highland so berblog pun cuti juga..oleh kerana nak jalan jauh saya pun buat buat kacang raget ni..teringat kak hasue buat kacang ni..mmmmm!!fikir2 dan teringat, terus je buat. Leh buat kudapan sepanjang perjalanan..
ini lah rupe kacang raget tu dari kacang tanah..tak tau la kenapa namanya mcm tu..setau saya la kan raget ni di tujukan untuk org yg berpakaian ala2 rock gitu..kak.hasue dah letak nama mcm ni so saya pun ikut jelah, k.hasue pun amik resepi ni kat sofinar@myresipi. Resepinya saya C&P dari dapur K.Hasue..dulu arwah mak saya pun ada buat kacang yg sama mcm kacang raget ni tak guna kacang tanah tapi guna kacang putih yang besar2..kacang putih tu mahal kalau nak mesti kena oder dulu..susah nak dapatkan kacang mcm..idea k.hasue guna kacang tanah ni mmg berbalaoi coz kita mudah untuk dapatkan semua bahan2.
ok jom kita skodeng resepi yg saya guna...sebelum tu minta izin dari k.hasue untuk tampal resepi kacang yg sangat sedap ni kat dapur saya ni yer..

Kacang Rugget >> 

Bahan-bahan ( sebalang )

* 500g kacang tanah
* 1 biji putih telur
* 1.5 inci halia
* 5 ulas bawang putih
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan serbuk cili
* 1 cawan air
* 4 biji cili padi -jika suka pedas
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara

1. halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
4. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain

rasanya sedap mcm yg jual kat pasaran..leh buat untuk kuih raya ni..
selamat mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...