Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Mar 11, 2011

ketam masak lemak cili api.

Ain Fajar | 8:36 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
hai..hari saya cuti bertugas masak di dapur...hihihi best toi la..klu selalu mcm ni lg best...pg tadi ada turun dapur kejap goreng pisang rempah..pastu tgh hari en.abg masak..nak tau ape dia masak utk isi perut kami tungguuu okey..esok lah..n3 yg ni saya nak kongsi lauk semalam...tak sempat nak post..hari ni tgh ada kesempatan post la..dah lame betoi tak buat masak lemak ketam nih..jarang buat pun..selalu srh mak je buat atau pun kak ipar...kat cni yg saya selalu buat kalau lauk ketam mesti masak merah..kali ni saje nak ubah selera plak..cb tengok hasil air tgn sendiri..
 saya masak tarap je main campak n agak2 je..tapi bahan2 sume saya ikut cara k.yatie dr dapur sinar kehidupanku.saya buat separuh dari resepi yg k.yatie buat..minta izin ye k.yatie tampal resepi akak kat sini yer..tq2

Bahan-Bahan
10 ekor ketam/secukupnya (saya gn 4 ekor je)
Bahan kisar
10 biji cili padi
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

2 batang serai-ketuk
3 cawan santan
2 keping asam gelugor/keping
garam dan gula secukup rasa
 
Cara -Cara
  1. Blend bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan dan asam keping.
  2. Masukkan ketam dan gaul sebati. Masukkan garam dan perasakan.
  3. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.

Jan 7, 2011

Ketam masak merah

Ain Fajar | 8:00 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

selamat malam..kali ni nak syer menu malam ni plak..penyakit M dah pegi separuh...mmmm tetibe je mcm teringin nak makan ketam..saje je kan ank tekak ni time datang ngade2nye datang, tau2 je awal bulan. en.abg faham2 la sedia duit lebih, hihihi..bukan selalu kan kan kan..

selalunya kalau ketam masak lemak cili api, tapi bila kat kedai nampak org oder ketam becili, apa lagi try la..meh kita tengok resepi..saya hentam je, tapi jangan risau sedap hingga jilat jari..hehehe

Bahan-bahan : )

2 ekor ketam
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 inci belacan
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar sos tiram
10 tangkai cili kering
5 sudu besar cili sos
sedikit air

Bahan hiasan dan aroma
daun sup
bawang goreng

cara-caranya :)

  • lumur ketam dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak.
  • kisar cili kering, bawang merah dan putih, halia, serai, dan belacan
  • tumis bahan kisar hingga terbit minyak, masukkan gula dan garam.
  • masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  • sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing2.
  • masukkan ketam yg telah di goreng kacau sebati.
  • taburkan daun sup dan bawang goreng

ok, selamat mencuba!!! cawwww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...