Sep 25, 2011

manik lagi

Ain Fajar | 7:01 AM | 1Comments |
assalamualaikum..
Dah sibuk menjait manik kawan-kawan dan anak-anaknya, saya dan anak-anak pun nak bling2 juga raya tahun ni..baju saya upah kat orang manik je jait sendiri..masa baju tu baru siap, c kakak tanya “mana maniknyer ibu, baju kakak tak cantik la..ibu jait la manik macam kawan kakak tu”, pas tu ibu letak rama-rama yer..adik punya pun yer”. Masa saya jait baju kawan-kawan saya kakak selalu tanye baju kakak cantik tak macam baju yang saya jait tu, so ibunya faham2 la kan. Dalam kelam kabut buat tempahan kek lapis orang saya curi juga masa untuk jait manik kat baju raya anak-anak dara saya ni..baju ibunya pun tak sempat jait manik, lepas raya baru jait..
 Layannnn.....
close up sikit.
 Keseluruhannya baju.
Ni rama-rama yang kakak minta saya letak kat baju dia..
Senyum meleret..
Tapi sayangnya kain baju ni tebal sikit, so bila dah tengah hari dia pun mula la menggaru sana sini.sebelum amik gambar minta mandi dulu.
Lepas ni kena cari kain yang nipis2 je untuk budak2.(peringatan untuk ibu syuhada yang kulitnya alergik peluh.

Baju fina, sama juga jaitan maniknya so tak yah letak la kan.
 Yang ni pula baju saya, tak tau nama jaitan ape saya bedal je rekaannya..dah lepas raya mood pun dah kurang. Janji ada je bunga kat baju ku yang kosong tu.
  Kat bahagian tangan buat 3 kuntum bunga teratai pas tu wat juntai2.

Ok lah, en abg yang tak pandai seni manik ni pun kate ok dan cantik kira boleh la layan. Hehehe biasanya dia kate serabut je. Agak2 ada tak yang ada idea untuk nama bagi jaitan manik baju saya tu..
 ni je smpt saya post.

manik menjalar

Ain Fajar | 6:47 AM | 1Comments |
 Assalamualaikum..
N3 ni pun, n3 yang dah lama, saya buat sebelum raya hari tu..kiranya ini tempahan pelanggan yang ke2 saya terima, tuan punya badan ni sepupu kepada ain yang minta saya jait manik bajunya sebelum ni..sepupu ain ni minta saya jaitkan manik menjalar juga. Jait bahagian tangan dan badan..untuk anak daranya hanya dileher..

Layanla gambarnyer..


Ni baju anak daranya yang berumur 6tahun.
Close up sikit.
 Ni baju sepupu ain secara keseluruhannya.
 Close up sikit bahagian badan, jaitan bunga dari manik.
  Yang ni bahagian tangan.
 Close up sikit.
Semoga sepupu ain tu berpuas hati..tq..

air timun

Ain Fajar | 6:24 AM | 1Comments |

Assalamualaikum.

Air timun, bukan air timun cina tapi timun yang orang buat ulam atau sayur tu.air timun ni biasa arwah mak buat dulu, bila nak berbuka puasa hari tu, tak tau nak buat air ape, asik air tembikai je, so nampak timun sebiji terus terfikir buat air..mak mertua saya pun biasa buat air timun ni, tapi dorang panggil rocoh timun sebab timunnya tak dikisar, tetapi timunnya di cucuk2 je guna senduk besama gula..so timun tu tak la terlalu hancur..mmm ada kena mengena ke dengan namanya tu yer? Hehehe saya pun tak tau bahasa jawa la tu..(saya ni dah kacukan melayu jawa kira tak berapa nak jawa, so biasala kalau ayat yang tak biasa dengar mmg tak faham).

Bahan-bahannya:)
1 biji timun
7 sudu besar gula
500ml air
Ais secukupnya.

Cara-caranya:
  • Masukkan semua bahan dan blend.
  • Siap untuk di hidangkan.
  • Ais tu kalau tak nak campur pun boleh.
Selamat mencuba!!!

Air tembikai laici

Ain Fajar | 5:58 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.

Air yang sangat menyegarkan, saya buat masa buka puasa enam hari tu, masa bulan puasa pun ada buat gak..

Bahan-bahan:)
1 liter air
1 tin laici
6 potong tembikai merah
10 sudu besar gula
Ais secukupnya.

caranya:)
  • Blander tembikai bersama gula dan air.
  • Campurkan dengan satu tin laici bersama dengan airnya sekali.
  • Masukkan ais. hias buah laici di atasnya
  • Sedia untuk di nikmati.
selamat mencuba!!!

lempeng kelapa

Ain Fajar | 5:45 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Lempeng kelapa..rasanya dah biasa bagi orang jawa di Malaysia ni..tapi saya tak biasa makan, ini kali pertama saya buat dan makan..arwah mak tak pernah buat sarapan yang jenis macam ni, kat tempat lain tak pernah jumpa plak..mmg tak jual pun..so bila saya belek2 buku resepi chef  Hanieliza rasa teringin nak rasa..so saya buat petang semalam..kebetulan ada kari ayam jiran sebelah bagi..so jadi la projek saya melempeng petang semalam..rasanya sedap lemak2, en.abg yang baru makan nasi pun layan 3 keping, anak2 pun suka..lepas ni boleh la melempeng kelapa lagi tak rugi parut kelapa penat2..maklumla kan parut orang tak ada mesin parut kelapa so nak kelapa parut kenala parut secara manual, abis sumpek-sumpek kuku saya..
Ini lah rupanya..jom semak resepinya.
Bahan-bahannya :)
1 cawan kelapa parut
1 cawan air kelapa muda (jika ada) saya ganti dengan air biasa
2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 biji telur
1 sk garam
1 cawan air suam
Sedikit marjerin.

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan. Bancuh sedikit cair, sekiranya pekat tambah sedikit air.
  • Panaskan kuali dan leserkan sedikit marjerin
  • Letak satu senduk adunan dan tutup kuali.
  • Masak dengan api yang paling minimum.
  • Balikkan dan angkat jika warna berubah menjadi kekuningan.boleh hidangkan dengan sebarang gulai, madu dan susu pekat.. choclate cair pun sedap juga kot hehehe...
  •  
Selamat mencuba!!!
Memang sedap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...