Apr 10, 2011

Ikan Keli masak Lemak Cekor

Ain Fajar | 5:58 AM | 3Comments |
Assalamualaikum..
Dah lama tak update..sibuk je bila tibe ujung minggu..minggu lepas bawa kakak bercuti, minggu ni ikut en.abg ke kuantan coz en.abg  ada buat kerja part time dengan kawannya..kami sekeluarga tumpang di rumah kawan e.abg di taman balok kuantan pahang..3 hari kami di sana..tak sempat nak tengok ladtop pun, ye lah tak kan kat umah org kita bersantai2 depan ladtop plak, lagi pun c kakak demam dan asik meragam je.mmg menguji tahap kesabaran ibu dan ayahnya..
 ok lah saya nak nak syer resepi ikan keli masak cekur..bukan menu hari ni dan bukan juga semalam, tapi dah lama dah..saya buat masa kat kampung aritu untuk bekal balik ke terengganu..saya mesti bawa bekal kalau nak jalan jauh, bukan ape malas nak singgah2 makan kat kete je..jimat masa dan kos hehehe..
haaa buat pertama kalinya saya sendiri bakar ikan keli ni sendirian..tak penah bako ikan guna kayu api mcm nih...ni lah yg specialnya...sebenarnya ni tugas en.abg dan mak metua yg teringin nak makan ikan keli nih, oleh kerana cuaca elok so, dorg pun ambik keputusan untuk ke kebun meracun..en.abg kesian kat org tuanya dah tak larat tapi masih nak ke kebun, tengah ada peluang ni dorg adik beradik pegi kebun ringankan tugas org tua.. mmm apa lagi saya kenalah ambik alih tugas masak kesian la penat2 ke kebun balik rumah nak kena masak lagi..menantu yg bagus ni hehehe perasan!!
Resepi nie, versi mak mertua saya..versi saya next time lah jika ada kesempatan..selain ikan keli boleh juga guna ikan pari..ok jom kita skodeng bahan2nya dan cara memasaknya..

Bahan-bahannya :)
Sekilo ikan keli.
1 biji kelapa (ambil santan pekat dan cair)
10 biji cili padi
Setengah cawan isi cekor (tumbuk lumat)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu ikan bilis
Beberapa helai daun cekor.
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )
  • Bersihkan ikan keli, lumur dengan kunyit dan garam..bakar hingga ikan masak dan sedikit kehitaman
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, ikan bilis hingga lumat.
  • Tumis bahan2 yang di tumbuk hingga naik bau. Masukkan santan cair dan masukkan cekor.
  • masukkan ikan yang telah di bakar, masukkan santan pekat dan garam serta gula secukup rasa.
  • apabila kuah sudah berbiuh2 sedikit masukkan daun cekor yg sudah di racik2.
  • kacau sebati dan boleh tutup api..sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

senang je, mcm buat masak lemak..sesiape yg tak kenal cekor tu mcm mn next time saya tunjuk..baunya wangi bila di gabungkan dengan lemak santan mmg mengancam mewujudkan rasa yg sangat lain dan semestinya menyelerakan..
selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...