Feb 25, 2011

Soto Ayam

Ain Fajar | 8:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
menu tengah hari tadi dan terus bawa ke malam...saya mmg suka makan soto nih, bagi 2 mangkuk yang besar pun leh habis, tak padan dengan saiz badan hehe...dah lama teringin nak makan..hari ni, en.abg cuti saya pun buatla..baru best makan ada kawan...
 senang je nak buatnyer..saya suka yang kuahnya kurang rasa rempah, so saya buat yang simple je.kalau sesape yang suka rasa rempah yang kuat boleh tambah sub bunjut...kuah soto ni saya ikut cara arwak mak saya masa dia niaga kat kanting sekolah dulu..
ok jom skodeng2 resepinya..
 Bahan-bahannya :  )
500 ml air
100 gm ayam
tulang ayam yg telah di goreng
garam secukup rasa
perasa ajinomoto (tak letak pun boleh)
lada hitam ( agak2 je)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
1/2 biji kiub ayam

cara-caranya :)
  • reneh air dalam periuk dan masukkan ayam yang telah di potong dadu serta tulang ayam yg telah di goreng.
  • tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia serta terus je masukkan ke dalam periuk.
  • apabila sudah mengelegak masukkan garam dan bahan perasa serta lada hitam.
  • apabila kuah masak, tabur  daun sup..

Bahan isi soto : )
Bihun atau soun
kacang tanah
danging ayam
tauge
sawi
nasi impit

cara-caranya : )
  • goreng kacang tanah hingga garing.
  • goreng bihun atau soun hingga kembang (jgn basuh)
  • goreng ayam dan carik2kan (tulang ayam masuk ke dalam kuah)
  • celur tauge dan sawi.
sambal kicap : )
10 biji cili padi
2 sudu gula
kicap secukupnya
caranya: )
  • kisar atau tumbuk cili padi bersama gula.
  • apabila sudah lumat masukkan kicap.
cara hidangan : 
  • masukkan nasi impit, soun goreng, kacang, tauge, sawi, ayam.
  • tabur daun sup dan bawang goreng. 
  • tuang kuah sup dan sambal kicap.
mudah je kan..tapi amik masa sikit. tapi puas hati..hasilnya berbaloi-baloi.
k selamat mencuba!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...