Jul 24, 2012

apam comel

Ain Fajar | 8:13 AM | 0Comments |
assalamualaikum..
semalam merupakan giliran saya kena bawa kuih muih ke masjid untuk more..dalam keadaan badan yang masih letih semalaman tido dalam kereta, 8jam perjalan dari kampung ke Terengganu, pagi2 lagi tuan rumah bagi tau yang saya kena sediakan kuih untuk more malam tu..adoi tak tau nak buat ape..bila tengok bahan yang ade kat dapur saya hanya boleh buat apam polkadot je, sebab nak kena buat dalam kuantiti yang banyak..tanpa fikir panjang lepas kemas2 rumah dan uruskan anak2 saya pun mengadunla bahan untuk membuat apam..dapat jugala 3 adunan dan hasilnya dapat dalam 200biji..ok la tu janji ade, nasib juga kongsi 4orang..pelbagai juga la kuih muih yang terhidang di masjid kampung santong..

jom layan gambar je la yer..resepi masih menggunakan resepi yang sama..cuma pcorak dan persembahan je yang berlainan.
xsempat nak snep gambar banyak2, da nak masuk waktu berbuke pun..

ape pun selamat berbuke kepada semua.

Bun sosej

Ain Fajar | 7:47 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
salam ramadhan buat semua pengunjung dapur Resepi kehidupan..sudah 4 hari umat islam menyambut bulan ramadhan yang mulia nie, rata-rate blogger masakan tayang menu berbuka masing2..tapi saya dah ketinggalan..tahun nie lama juga saya dikampung menguruskan pelbagai hal penting...jadi kesibukan melanda diri..bila da balik ke rumah amik mood nak tulis n3 nie makan masa, kesihatan juga tak mengizinkan..
N3 kali nie pun menu yang da lama saya buat, saya buat sebelum balik ke kampung minggu lepas, dah seminggu dah pun, bayang bun sosej ni pun da tak nampak..tinggal gambar je..suka saya nak syer kat sini sebab hasilnya agak memuaskan..
resepi bun sosej nie macam biasa saya guna bun mat gebu, saya guna respi yang dah tertulis kat buku..cara pintalan bun nie saya copy dari dapur rahel..rahel pernah buat bun sosej dan tunjuk step by step cara-cara pintalannya..tersangat la senang..tq ba rahel..

 saya nak rase kelainan sikit di dalam bun sosej, so saya gulungkan sekali slice cheese di dalamnya, bila makan tu rase lemak cheese..memang sedap, laju je makan lagi2 kalau time lapar2 kan..hehe

Bun sosej
sumber : Mad Gebu

Bahan-bahannya:
500 gm tepung roti
90 gm gula kastor
4 sudu besar susu tepung
1/2 sk garang
1 sk improver
1 sb softener
11 gm yis
2 biji telur
3 sudu butter
150-200 ml air
 sosej
slice cheese

cara-caranya:
  • campurkan semua bahan kecuali butter.
  • uli hingga doh sebati dan masukkan butter dan uli hingga elastik..(saya guna mesin cepat la sikit)
  • bulat2 kan dan rehatkan hingga doh naik 2 kali ganda.
  • buang angin doh roti dan canai dan gulung sosej dan slice cheese. rehatkan hingga roti kembang sekali lagi sebanyak 2 kali ganda.
  • sapu roti dengan telur yang telah dicampurkan dengan susu cair.
  • bakar pada suhu 180c hingga roti masak.
  • siap!!
selamat mencuba!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...