Jan 18, 2011

Karipap

Ain Fajar | 8:14 AM | 2Comments |
Asalamualaikum....


ptg tadi kuih ni la menjadi pilihan projek saya, saje nak buat dah lm tak buat, leh buat sarapan esok utk en.abg..sng sikit tinggal goreng je..selalunya saya buat inti kentang kari, tapi kali ni buat inti sardin plak..ubah selera kosnya lbh ckit..tak pelah mkn sendiri je bukan nak jual pun kan...
ok lah jom kita tengok resepi kulit karipap dan intinya..

Bahan-bahannya :)

Bahan untuk kulitnya : )

4 cawan tepung gandum
1cawan  mentega
1 cawan air sejuk
2 sk garam

Cara-caranya :)
  • campurkan semua bahan dan gaul rata.
  • masukkan air sejuk dan uli.
  • uli tepung hingga menjadi doh

Bahan intinya : )

3 biji kentang
2 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
3 uas bawang putih
sebatang serai
 garam dan gula
2 sk sos tiram
7 tangkai cili padi

Caranya : )
  • kupas kentang dan potong dadu dan seterusnya rebus hingga empuk
  • kisar bawang putih, bawang merah, cili padi, dan serai
  • tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan sardin, sos tiram, gula dan garam secukupnya.
  • masukkan kentang tunggu hingga inti kering.
*inti sedia di gunakan..karipap boleh mula di cetak...jika ada acu karipap kerja membuat karipap lbh mudah
*jika tak acu karipap boleh membuat secara menual. (macam saya)
senang je, bahagikan doh kecil2, leperkan dan letak inti pastu klim..senangkan?!! hehehe

ok selamat mencuba ya!!
cawwwww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...