May 28, 2013

1st kemalangan di jalan raya.

Ain Fajar | 4:31 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Dalam kesibukan saya menerima tempahan kek kawin, saya dan en.abg bertangungjawab membawa mak ayah mertua saya ke majlis akad nikah cucu bapa mertua saya di klang. pada asalnya kami memang tak merancang untuk pergi ke majlis tersebut memandangkan saya ade banyak oder yang perlu diasiapkan, dan en.abg pula baru balik dari kerja dan harus bertolak ke terengganu atas tugas barunya..dan kami di jemput last minute..huhu..rasa berat di hati nak menerima undangan tersebut.namun memikirkan saudara rapat kami pergi juga..rupanya malang tak berbau, kami sekeluarga di takdirkan menerima kemalangan di jalan raya.. ini merupakan pengalaman pertama saya exciden..alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kami semua bernafas di muka bumi ini..tiada sedikit pun kecedaraan yang kami semua alami..namun hentakan yang terlalu kuat memberi kesan juga kepada kami..kesan yang anak2 saya alami kejutan dalam diri mereka..c kakak sedikit fobia dan c adik juga terkejut di sebabkan mereka berdua terhantuk sesama sendiri dengan hentakan yang agak kuat. saya dan en.abg mengalami sakit di leher akibat hentakan dari belakang, manakala mak dan ayah mertua tidak mengalami ape2..alhamdulillah..dugaan kecil buat kami.

al-kisahnya..tepat kami di langgar tu di beri nama sungai Haji Durani, ade sabatang jejantas dan traffic light, menurut penduduk di sekitar kawasan tersebut, tempat tu memang sudah menjadi kebiasaan excident berlaku, sehingga meragut banyak nyawa..dalam sebulan tak pernah bersih dari excident..sangat menyeramkan..dan saya agak fobia pulak kat tempat tu..kemalangan terjadi apabila sebuah kereta naza citra yang di pandu oleh seorang lelaki warga Korea telah kepenatan dan tertido dalam pemanduannya..bila dia tertido, dia tak perasan yang kereta kami bergerak perlahan..lampu hijau baru menyala dan kereta kami baru bergerak dan en.abg saya baru nak menarik gear ke-2 terus secara pantas kami di langgar dari belakang denga sekuat2nya dan kami terseret ketepi dan berhenti sendiri..saya fikirkan yang sebiji batu telah menembusi cermin hadapan kereta, bila tengok depan tak ade ape2 berlaku, dan bila tengok ke belakang lapang tiada sebutir pun kaca di belakang..bonet kereta remuk teramat sangat...kesabaran en.abg tiada batasan..namun pemandu korea tersebut tidak melawan dan mengaku kesalahannya dan banyak kali memohon maaf atas kecuaiannya..orang pertama dia tanye macam mana keadaan ank2 saya..membuatkan perasaan amarah en.abg slow dan akur dengan ape yang terjadi...sebenarnya baru seminggu kereta en.abg di perbaiki, akibat kena langgar oleh lori simen..dalam sebulan 2 kali kena langgar dari belakang..huhu namun alhamdulillah umur masih panjang dan Allah melindungi en.abg saya dan keluarga dari tercedera akibat kemalangan yang berlaku..

inilah pemandu dari korea yang telah melanggar kami dari belakang..kereta dia tak mengalami kerosakan yang teruk.

keretan en.abg mengalami kerosakan yang sangat teruk..banyak yang rosak dan perlu diganti..ni belum tengok yang bawah2 lagi..semua bengkok dan perlu di tukar.

dari sudut kanan

dari sudut kiri
pintu belakang memang keduanya tak boleh dibuka..ianya becantum dengan bonet yang telah remuk

dari sudut belakang dari dekat.

keadaan kereta sangat menyedihkan, walaupun ade insurance tapi ianya tidak boleh untuk cover semua kerosakan yang di alami..

semoga allah melindungi kami dari ape jua perkara yang tidak di ingini..amin..selamatkan kami dari sebarang mala petaka..ya Allah..amin...hati masih berdebar bila en.abg terpaksa travel jauh ke terengganu..semoga allah melindungi en.abg sehingga dia balik dengan selamat di samping kami sekeluarga..dan berkatilah rezki yang enkau tetapkan untuk kami, ya allah..

kek kawin lagi dan lagiii..

Ain Fajar | 4:00 AM | 1Comments |
Assalamualaikum

Cuti sekolah bermula, musim kenduri kendara pun bermula..dalam sehari 6 7 rumah yang mengadakan kenduri..ni satu daerah kalau daerah lain2, atau negeri lain2 ntah berapa buat tempat kenduri kawin berlangsung..tak terpegi la rasanya...minggu yang lepas saya menerima oder kek perkahwinan 2 tempat..huh! tak terkejar juga di buatnya..sebab jiran mak mertua juga turut kenduri..memang terkejar sana dan sini..oder tetap saya terima..kalau tak terima macam mana la pulak kan, kawan2 dan sedara juga yang menempahnya..dah oder awal2 lagi, 3 bulan awal dah menepahnya..tak kan lah nak menolak...dalam masa yang sama sebelum tarikh saya nak mendeco kek kawin, saya sekeluarga di timpa kemalangan kecil..alhamdulillah kami semua ok..cuma kereta sahaja yang mengalami kerosakan yang amat sangat..tak pe lah, duit boleh di cari nyawa tiada ganti.

berbalik pada kek kawin yang saya terima minggu lepas..alhamdulillah walau pun kepala masih rase sengal2 kesan dari exciden jumaant yang lepas saya kuatkan juga untuk hasilkan kek kawin impian bakal pengantin..jom tengok dulu kek saya tu yer..


chocolate moist tiga tingkat yang di saluti butercream dan bunga foundant..kek ni jauh di hantar rase berdebar juga perjalanan yang jauh boleh merosakkan rupa paras kek yang dah di mekup nie..huhu..dari sungai sumun ke seberang perak yang memakan masa 45 minit perjalanan..mak cik saya kata ade juga bunga yang tejatuh tapi katenya boleh di perbaiki..silap saya sebab buat butercream yang lembut...ini semua pengajaran untuk saya..selepas ni jika perjalanan yang agak jauh mesti keraskan sikit butercream..macam mana tu yer...hhhmmmm kena fikir..kena buat R&D.

saya memang suke kek kawin yang banyak bunga macam nie,bila bunga 2 3 kuntum jer nampak macam tak menjadi jer.

zoom sikit, tingkat pertama

tingkat kedua

tingkat pertama

dari pandangan atas.

kek kedua, tidak jauh cuma 10 minit perjalanan.. tapi masih perlu berhati-hati


kek nie adalah permintaan pelanggan saya, nak kek petak di bawah dan cup tingkat kedua dan ke tiga..inilah hasilnya yang terjadi. kek coklat spans moist. butercream dan bunga foundant..saya tak berapa nak maher menghias kek bersegi, jadi ianya agak mencabar sedikit..

tingkat pertama

tingkat kedua

tingkat ketiga

sebelum pengantin lelaki datang sempatla saya snep sekeping dua bersama pengantin..macam dah kenal lama je..hehehe padah br kenal 3 bln yang lepas dari FB..costemer yang senang nak berurusan, semua tak kisah..ikut pada bajet dia dan ikutla nak buat mcam mana pun..memang sempoi..

bila pengantin lelaki dah sampai, saya snep la juga gambar pengantin..

sesi pemotongan kek saya tu..memang nampak cun pengantinnya dan kek saya tu..kiki masuk bakul angkat sendiri..

sesi suap menyuap pulak..agenda wajib selain suap makan nasi.
selamat pengantin baru buat syafinaz dan suaminya faisol..semoga bahgia hingga akhir hayat dan mendapat cahaya mata dengan cepat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...