May 28, 2013

kek kawin lagi dan lagiii..

Ain Fajar | 4:00 AM | 1Comments |
Assalamualaikum

Cuti sekolah bermula, musim kenduri kendara pun bermula..dalam sehari 6 7 rumah yang mengadakan kenduri..ni satu daerah kalau daerah lain2, atau negeri lain2 ntah berapa buat tempat kenduri kawin berlangsung..tak terpegi la rasanya...minggu yang lepas saya menerima oder kek perkahwinan 2 tempat..huh! tak terkejar juga di buatnya..sebab jiran mak mertua juga turut kenduri..memang terkejar sana dan sini..oder tetap saya terima..kalau tak terima macam mana la pulak kan, kawan2 dan sedara juga yang menempahnya..dah oder awal2 lagi, 3 bulan awal dah menepahnya..tak kan lah nak menolak...dalam masa yang sama sebelum tarikh saya nak mendeco kek kawin, saya sekeluarga di timpa kemalangan kecil..alhamdulillah kami semua ok..cuma kereta sahaja yang mengalami kerosakan yang amat sangat..tak pe lah, duit boleh di cari nyawa tiada ganti.

berbalik pada kek kawin yang saya terima minggu lepas..alhamdulillah walau pun kepala masih rase sengal2 kesan dari exciden jumaant yang lepas saya kuatkan juga untuk hasilkan kek kawin impian bakal pengantin..jom tengok dulu kek saya tu yer..


chocolate moist tiga tingkat yang di saluti butercream dan bunga foundant..kek ni jauh di hantar rase berdebar juga perjalanan yang jauh boleh merosakkan rupa paras kek yang dah di mekup nie..huhu..dari sungai sumun ke seberang perak yang memakan masa 45 minit perjalanan..mak cik saya kata ade juga bunga yang tejatuh tapi katenya boleh di perbaiki..silap saya sebab buat butercream yang lembut...ini semua pengajaran untuk saya..selepas ni jika perjalanan yang agak jauh mesti keraskan sikit butercream..macam mana tu yer...hhhmmmm kena fikir..kena buat R&D.

saya memang suke kek kawin yang banyak bunga macam nie,bila bunga 2 3 kuntum jer nampak macam tak menjadi jer.

zoom sikit, tingkat pertama

tingkat kedua

tingkat pertama

dari pandangan atas.

kek kedua, tidak jauh cuma 10 minit perjalanan.. tapi masih perlu berhati-hati


kek nie adalah permintaan pelanggan saya, nak kek petak di bawah dan cup tingkat kedua dan ke tiga..inilah hasilnya yang terjadi. kek coklat spans moist. butercream dan bunga foundant..saya tak berapa nak maher menghias kek bersegi, jadi ianya agak mencabar sedikit..

tingkat pertama

tingkat kedua

tingkat ketiga

sebelum pengantin lelaki datang sempatla saya snep sekeping dua bersama pengantin..macam dah kenal lama je..hehehe padah br kenal 3 bln yang lepas dari FB..costemer yang senang nak berurusan, semua tak kisah..ikut pada bajet dia dan ikutla nak buat mcam mana pun..memang sempoi..

bila pengantin lelaki dah sampai, saya snep la juga gambar pengantin..

sesi pemotongan kek saya tu..memang nampak cun pengantinnya dan kek saya tu..kiki masuk bakul angkat sendiri..

sesi suap menyuap pulak..agenda wajib selain suap makan nasi.
selamat pengantin baru buat syafinaz dan suaminya faisol..semoga bahgia hingga akhir hayat dan mendapat cahaya mata dengan cepat.




1 comment:

  1. salam ain..

    cantiknya semua kek2 tu..suka tengok dekonya yang cantik..apapun, syukurla ain sekeluarga selamat ya dalam kemalangan tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...