Jun 30, 2014

cheese tart blueberry

Ain Fajar | 8:09 PM | 0Comments |
assalamualaikum

Dah lama saya nam update resepi untuk cheese tart nie..tapi boleh pulak saya lupa letak kat mn ntah resepinya..di bawah ade 2 gambar cheese tart yang berbeza..yang loretan warna pink adalah strawberry cheese tart, dan yang warna purple adalah blueberry cheese tart. ok terus je pada resepi yang suka saya nak syerkan.


kali ni saya menggunakan resepi yang saya intai dari dapur ldyila yang mana resepi sarang lebah beliau yang sangat terkenal di dunia masakan dan ianya sudah pun digunakan kepada semua orang sebagai sumber pendapatan, termasuklah saya sendiri..murah rezeki beliau




tart crust
sumber : ladyila

200 gm mentega
1 biji telur
400gm tepung gandum
1/4 susu tepung
1 sk esen vanila

cara-caranya:
gaul semua bahan hingga menjadi doh
simpan doh beberapa jam
masukkan doh ke dalam acuan tart
bakar selama 15minit pada suhu 180c

inti cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
1/2 sk esen vanila

caranya
pukul cream cheese dan gula hingga kembang
masukkan  telur dan esen vanila pukul hingga adunan licin

masukkan blueberry filling ke dalam tart crust dan masukkan adunan cheese dengan penuh dan membukit
bakar tart selama 20minit
bila tart sudah masak, jangan terus keluarkan tart sebalikkan cuma buka pintu oven hingga tart sejuk.
istimewanya tart nie, kulitnya tahan lebih lama kerangupannya..jadi selepas nie mesti guna resepi yang nie, pasti puas hati.

Puding Roti sos kastad

Ain Fajar | 7:13 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

salam ramadhan almubarak, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..alhamdulillah dah hari ke3 umat islam menjalankan ibadah puasa..alhamdulillah semuanya berjalan lancar, anak2 dara saya tu pun dah mula belajar puasa..liatnye nak bangun sahur dan bangun ke sekolah, di sebabkan malam tido lambat kerana siang dah tido lama supaya tak terasa masa berlalu.

oklah berbalik pada tajuk diatas, 1 ramadhan yang lepas saya ade membuat puding roti yang ade sos kastad, ini adalah permintaan kakak ipar dan biras saya yang sedang mengandung..jadi saya pun bersemangat nak buat..lagipun dah lama saya tak syer resepi di blog kesayangan saya ni..bulan puasa ni saya banyak masa free jadi saya boleh lah mencuba resepi-resepi dan kongsikan di sini..


senang sangat nak buat puding roti nie, bahan-bahan yang di gunakan pun sikit je..saya dah pun syer resepi ni di group fb, nampaknya ramai yang sukakan puding roti nie..ade juga yang dah pun mencuba..ok jom kita skodeng resepinya.


PUDING ROTI

8 keping roti
1 sb tepung jagung
2 sb mentega cair
4 sb gula pasir
500 ml susu cair
1 sk esen vanila

caranya;

koyakkan roti dan terus susun di dalam loyang
campurkan bahan lain kacau hingga gula larut
masukkan ke dalam roti yang telah di koyakkan tadi.
rendam duu 20minit
barulah dikukus selama 30 minit..juga boleh di bakar 30minit -45 minit

sos kastad
1 tin susu cair
2 sb tepung kastad
2sb gula kasar

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan
kacau hingga kuah pekat
dan sejukkan keduanya
potong puding roti dan siram sos kastad sebelum di hidangkan.

komen k.ipar saga sangat sedap, jadi ape tunggu lagi selamat mencuba!

Jun 23, 2014

Oder minggu ni

Ain Fajar | 1:43 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

oder yang saya terima dalam masa dua minggu sebenarnya..masa tak mengizinkan untuk saya mencatit di sini sepanjang masa...masa sangat cemburukan saya..dek kerana sumaiyyah masih kecil.

jom layan dulu oder yang terima, alhamdulillah rezki allah beri pada saya tak putus2..saya dengan rasa syukurnya dapatla saya mengasah bakat yang ada di samping menjana pendapatan..dan juga dalam masa yang sama menjaga anak2..


cohocolate moist cup cake, untuk door gif


 15/6/2014 yang lalu masing2 menyambut hari bapa, kawan saya tak ketinggalan menraikan hari bapa bersama bapanya dan suaminya..saya sendiri tan sambut, sebab bagi saya hari2 adalah hari istimewa buat bapa dan suami saya..ye la kan mereka setiap hai pun berkerja mencari duit untuk kami dan menjalankan tangungjawab mereka tanpa henti..

dua minggu yang lepas sebenarnya minggu yang agak mencabar bagi saya, kerana kek yang diminta oleh costemer saya merupakan decoration yang tak ernah saya buat sebelum ini..saya mencabar diri saya dengan menerima tempahan tersebut..alahamdulillah semua kek yang saya buat mendapat pujian dan rasa puas hati costemer dan para tetamu yang hadir.





kek kawin yang di minta adalah kek red velvet dan di lapisi serta di saluti dengan cream cheese..kemuadian untuk dapatkan kek yang lebih kemas saya siram steambuttercream..kek nampak seperti foundant..
tema yang pihak pengantin inginkan alah tema jepun..dengan bunga simple iaitu bunga sakura..



ini pula adalah kek chocolate moist yang di saluti dengan cream cheese, yang dihias dengan buttercream sebagai hiasan rumput..untuk tema utraman saya lukis gambar dengan coklat masak kemudian di warnkan dengan piping jelly.

al-kisahnya ianya jadi macam sebab costemer saya tak setuju dengan biru aising yang saya buat, jadi saya letak piping jelly biru di permurkaan kek yang mana ianya nampak seperti langit..dan saya terpaksa melukis gambar utraman erana edible image karton utraman kehabisan stok..alhamdulillah beday boy firas sukakannya.

 doogif cup cake dari costumer key utraman untuk kawan epada beday boy


kek frozen, sebenarnye ni adalah kek beday k.long, anak dara saya tu dah sibuk sangat nak kek frozen..minta ibunya buat kek dan bawa ke sekolah..nak ikutkan dia, dia minta saya buat patung elsa dan ana dari gumpaste..tapi masa dan keadaan sangat tidak sesuai, jadi letak edible image sahaja untuk merealisasikan impiannya.



spans cake dengan buttercream..sememannye simple je..tapi ianya nampak cantik dan menarik..dunia kek kini di landa musim bunga penuh di keliling atau pun kek foundant yang bertema..ini merupakan percubaan saya yang pertama.



ini juga kek yang mengikut tred terkini..bunga ros yang di penuhi dengan bunga ros reben kecil menambah lagi keserian kek.


selain kek, untuk dijadikan sebagai doogif bahulu bunga pecah 8 juga turut menjadi pilihan untuk di sumbangkan kepada para tetamu.


 200 biji bahulu pecah 8 berserta kotak


cheese tart hie..kawan says oder untuk jamu tetamunya semasa kenduri marhaban anaknya..alhammdulillah ianya mendapat pujian yang sangat positif, terima kasih kepada penyumbang resepi..nanti post seterunya saya akan kongsi resepi.

satu lagi cabaran baru yang saya terima, bermain dengan foundant untuk kek yang bertemakan game angry bird..anak buah en.abg asik cakap bila nak buatkan kek angry bird untuk dia..dari bln1 yang lalu lagi ibunya dah minta saya buat tapai masa tak mengizinkan. alhamdulillah impian telah direalitikan..jom layan beberapa post yang saya ambil.







ok ni sahaja untuk oder 2 minggu yang lalu...hujung minggu nie ade sorang costemer yang inginkan kek beday anaknye yang bertemakan upin ipin, juga minta saya lukis, serta kek beday ibunya yang bertemakan taman bunga.

nnt says update lagi.

Jun 4, 2014

Hari sejarah Adik

Ain Fajar | 6:18 AM | 0Comments |
Assalamualaikum

Tanggal 31/5/2014, merupakan hari sejarah buat adik lelaki saya kerana pada tarikh itu dia sah bergelar suami orang dan status serta tangungjawabnya pun berrubah..alhamdulillah segalanya di permudahan....majlis akad nikah dilaksakan di masjid Bagan pasir batu 20, bagan datok..dan majlis resepsi mereka dilakukan di rumah pengantin perempuan sahaja pada 1/6/2014..belah pihak lelaki kami tidak membuat kenduri besar..sebaliknya kami hanya mengadakan kenduri kesyukuran iaitu walimatulurus, kenduri arwah mak saya dan kenduri akikah anak kami Aisyah sumaiyyah. ok layan gambar je lah kan..


semasa khutbah nikah, sebelum akad nikah.

 masa ni baca perjanjian berumah tangga.

pengantin perempuan sebelum akad nikah berlangsung


 alhamdulillah, sahirah kini bergelar isteri kepada adik lelaki saya merangkap adik ipar saya..sedeeyyy kan sebab sangat terharu dan gembira.

majlis di teruskan dengan pembatalan air sembahyang


 keesokan harinya, kami semua menghantar rombongan pengantin lelaki..ramai juga dari pihak kami..antaranya, adik beradik kami, sepupu2 dan rakan taulan mak dan bapak kami  merangkap wakil orang kampung kami.


sebelum pengantin di arak dengan paluan kompang, sempatla kami bergambar dulu..





aisyah sumaiyyah berbaju kembang..kepala tak de bunga..tak sempat nak cari





ambik berkat semoga cepat bby..hehe

macam biasa setiap majlis bersejarah semestinya saya akan sponser ape2 yang patut..semua yang saya sponser khas untuk adik dan adik ipar saya.

candy table yang dikendalikan oleh kawan saya.
dan semua desert yang tersedia saya yang buat.
alhamdulillah semuanya habis di makan sekejap je dah licin..seronok tengok.

deretan cup cake dan buku autograph 

coklat hantaran masjid..pertama kali buat tak kemas dan tak cantik..orang yang menggambil gambar ni pun tak pandai..mana yan ade jer..


pulut kuning hiasan..dah lama teringin nak buat pulut kuning nie..jadi di kesempatan nie saya cuba membuatnya dibantu oleh ibu tiri saya..


kek hantaran 2tingkat..yang bawah red velvet yang disaluti cream cheese frosting dan yang atas chocolate moist cake yang disaluti ganesh coklat..dan says hiasi dengan steambuttercream.

kek kawin untuk potong di hari persandingan.
kedua2 kek chocolate moist yang disaluti ganesh coklat..dan dihiasi dengan steambuttercream


sesekali cuba buat bunga selain bunga ros..

gambar kek secara keseluruhannya.


teringin juga bergambar dengan kek sendiri hehehe..


seorang adik sudah pun bergelar suami orang..tinggal 2 orang lagi adik yang masih bujang...masa sedetik lafaz sah diucahkan oleh saksi, hati ini terasa sayu plak..kenapa la agaknyee ye..mungkin naluri seorang ibu tercalit di hati saya..sebab selepas mak meninggal kami seolah2 kehilangan kasih sayang dan tempat kami mengadu dan bermanja serta bermesra berukar cerita..pada saya mereka bercerita..mungkin sekiranya mak masih ada mungkin dia rasa apa yang saya rasa ketika itu..hati gembira bercampur sedih.

semoga adikku berbahgia hiingga ke jannah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...