Jun 30, 2014

Puding Roti sos kastad

Ain Fajar | 7:13 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

salam ramadhan almubarak, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..alhamdulillah dah hari ke3 umat islam menjalankan ibadah puasa..alhamdulillah semuanya berjalan lancar, anak2 dara saya tu pun dah mula belajar puasa..liatnye nak bangun sahur dan bangun ke sekolah, di sebabkan malam tido lambat kerana siang dah tido lama supaya tak terasa masa berlalu.

oklah berbalik pada tajuk diatas, 1 ramadhan yang lepas saya ade membuat puding roti yang ade sos kastad, ini adalah permintaan kakak ipar dan biras saya yang sedang mengandung..jadi saya pun bersemangat nak buat..lagipun dah lama saya tak syer resepi di blog kesayangan saya ni..bulan puasa ni saya banyak masa free jadi saya boleh lah mencuba resepi-resepi dan kongsikan di sini..


senang sangat nak buat puding roti nie, bahan-bahan yang di gunakan pun sikit je..saya dah pun syer resepi ni di group fb, nampaknya ramai yang sukakan puding roti nie..ade juga yang dah pun mencuba..ok jom kita skodeng resepinya.


PUDING ROTI

8 keping roti
1 sb tepung jagung
2 sb mentega cair
4 sb gula pasir
500 ml susu cair
1 sk esen vanila

caranya;

koyakkan roti dan terus susun di dalam loyang
campurkan bahan lain kacau hingga gula larut
masukkan ke dalam roti yang telah di koyakkan tadi.
rendam duu 20minit
barulah dikukus selama 30 minit..juga boleh di bakar 30minit -45 minit

sos kastad
1 tin susu cair
2 sb tepung kastad
2sb gula kasar

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan
kacau hingga kuah pekat
dan sejukkan keduanya
potong puding roti dan siram sos kastad sebelum di hidangkan.

komen k.ipar saga sangat sedap, jadi ape tunggu lagi selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...