Dec 23, 2010

Karipap Pusing

Ain Fajar | 4:19 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

N3 kali ni nak kongsi resepi karipap pusing..saya suka sangat makan karipap pusing berbading karipap yg biasa mungkin dulu dah hari2 makan karipap so dah jemu..dulu arwah mak jual kuih kat kantin sek sejak saya sekolah rendah lg sampai la saya masuk UMS mmgla dah jemu..karipap pusing ni xpenah nak jumpa. arwah mak x tau buat..arwah mak suruh saya pegi kelas belajar wat karipap pusiang. katenyer dia dah x lama so suruh saya yg muda ni belajar..mmg sedih la bila teringat..dia x sempat pun nak rasa karipap yg saya belajar ni..tiap kali saya buat mst teringat xtau nak kongsi kegembiraan dgn siapa..so saya ingat nak syer kat dlm blog ni..

karipap ni kalau kita buat dan terus goreng lapisannya dan rasanya mmg mcm pestry, rangup !!selalunya saya buat inti sardin atau kari ayam + kentang. tapi kali ni saya letak inti isi ikan..maklumlah dah duduk trgn ni semuanya ikan..en.abg suka inti ikan..ok kita tengok resepi kulit karipap dulu.

Bahan-bahanya :)

bahan A:
120 gm tepung gandum
20 gm marjerin
1 tbsp gula
60 ml air sejuk

Bahan B:
90 gm tepung gandum
500gm lemak sayur
1 tbsp minyak jagung

Cara-caranya : )
Bahan A.
  • campurkan semua bahan dan masukkan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh. rehatkan 15 minit.

Bahan B
  • campurkan semua bahan hingga menjadi doh dan rehatkan
  • canaikan kedua-dua doh setebal 2.5mm dan bentukkan petak
  • lapiskan kedua doh secara bersilang dan lipat 4 dan rehatkan.
  • canaikan doh nipis, sapu air dan gulung. rehatkan doh selama 1 jam
  • potong doh dan canai dan sedia untuk membuat karipap.
nota: cara membuat doh karipap pusing agak rumit, ianya sama seerti membuat homemate pastry.
jika ada kesempatan saya akan buat tutorial membuat kulit karipap pusing dan kulit pastry..

 
ini lah rupa inti ikan. saya buat kering..sebenarnya saya belum lagi berguru dengan sesiapa, try2 jer..bila en.abg kate ok berani lah saya kongsi di sini..

Bahan- bahannya : )
4 ekor ikan kembung rebus
1 batang serai
2 biji bawwang merah
2 ukas bawang putih
1 inci halia
garam
gula


Cara-caranya :)
  • rebus ikan kembung besama asam keping dan 2 stp garam.
  • keluarkan isi ikan dan tumbuk lumat
  • kisar halus bahan lain.
  • tumiskan bahan2 kisar hinga garing, masukkan isi ikan yg telah di tumbuk.
  • perasakan degan garam, gula dan ajinomoto mengikut kesesuaian.
  • kacau hingga isi ikan benar2 garing.
ok selamat mencuba. sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Mi Kari

Ain Fajar | 3:39 PM | 4Comments |
Assalamualaikum..

Malam semalam ada tetamu jauh nak datang...kawan en.abg ms belajar kat MFI dulu tp skrg dorg bekerja tempat yg sama..mereka datang sebab nak tengok umah kami la kot sambil2 bw maknyer jalan2, mak kwn en.abg ni datang dr klang saje dia jln2 ke umah anknyer..en.abg pun knl dgn mak kawan dia, tu yg mak kawan en.abg ni sibuk nak datang umah kami..pening juga nak jamu ape kat dorg..ye lah dorg nak datang dah bg tau awal2 so kn la jamu makanan yg agak berat ckit....termenung kejap....fikir2 buat laksalah..ok en.abg blk nnt pg kedai beli ikan..tapi malangnya ikan xada, maklumla time musim tengkujuh ni mana la ada org turun ke laut tangkap ikan...dah pening balik nak masak ape la plak...last2 nmpk kerang..haa terus lampu kat kepala becahaya hehehehe...masak mi kari je lah senang..


resepi ni saya belasah je asal jadi mi kari...tp sure jadi...hihihi...bukan nak masuk bakul angkat sendiri dah dapat pengiktirafan dah tau...mak kawan en.abg makan je terus kate sedap..wohoo terangkat beb..masak2 campak2 pun org kate sedap siap kate leh jual kat kedai lagi...2 3 kali lah dia ckp sedap..saya pecaya bukan ape, dorg ni asal dari pineng so kari2 ni mmg dah sebati dgn ank tekak dorang so klu dorg kate sedap mst sah punye hehehe ok saya kongsi resepi dgn korang plak...

Bahan : )
1 kg mi kuning yg telah di celur.
3 biji bawang merah
3ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah karas
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 bungkus serbuk kari babas (250gm)
500ml air
1 kotak santan segera (250 ml)
1 ketul kiub ayam maggie
fish ball
fish cake
kerang yg telah direbus dan yg telah di buang kulitnya

hiasan :
2 batang sawi
1 batang cili hidup
telur rebus
daun sup
bawang goreng

Cara-caranya :)
  • kisar halus bawang putih, bawang merah,halia, dan buah karas.
  • tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan kisat hingga naik bau
  • masukkan serbuk kari tumis hingga naik minyak dan masukkan air..
  • apabila air sudah menggelegak masukkan fish ball, fish cake, kiub ayam dan kerang.
  • masukkan santan kacau jangan biarkan santan pecah
  • ok siap..boleh di hidangkan
selamat mencuba...cawww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...