Jan 7, 2012

Daging Dengdeng.

Ain Fajar | 5:35 AM | 0Comments |
Assalamulaikum.
salam di hari sabtu, semoga ceria selalu...menu hari ada sedikit kelainan buat diri saya, sebab tak pernah buat daging dengdeng ni..rasanye mmg sedap nak buatnya tak la susah sangat..

 nampak mcm sedapkan? memang sedap pun..bagi saya la hehehe..lama tak update ni kurang idea la..jom layan resepi je lah..
sumber : Chef Haneiliza.

Bahan-bahan : )
300 gm daging
2 batang serai
air secukupnya.
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar/ 10 tangkai cili kering
2 sudu sos tiram
4 biji cili padi
gula dan garam secukupnya.

cara-caranya:
  • rebus daging dengan serai hingga daging lembut.
  • hiris nipis dan lebar. goreng garing dan tumbuk di dalam lesung. ketepikan.
  • kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi..
  • tumis bahan kisar bersama dengan cili kering dan serai.
  • masukkan sos tiram serta gula dan garam, tunggu hingga pecah minyak.
  • apabila bahan tumisan sudah masak masukkan daging tadi dan gaul rata.
  • sedia dihidangkan.

selamat mencuba okey!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...