Jul 18, 2013

mee hailam

Ain Fajar | 1:16 AM | 2Comments |
Assalamualaikum

8 hari umat islam menyambut ramdhan, alhamdulillah saya masih mampu bertahan walaupun badan tak berapa nak sihat..dan hari ini baru saya berkesempatan untuk saya syer resepi hidangan berbuka saya..bukannya tak masak tapi tak sempan nak snep gambar..masak last minute..masak di rumah bapak saya dan berbuka di rumah mak mertua..memang agak kelam kabut la juga..namun tanggunjawab harus saya laksanakan untuk menjaga kerjaya dan keluarga..gambar yang sempat saya snep semalam ni pun aci jadi je..janji ade gambar..huhu..namun suke untuk saya syerkannya disini..

makanan yang simple, mudah, dan semestinya sedap..saya yang tengah tak ade selera nak makn nie pun rasenya nak makan 2 mangkuk..tapi bila memikirkan akibat makan banyak saya pendam sahaja hasrat hati nie..nanti boleh buat lagi.. puasa kan sebulan..kalau dah suka dalm sebulan tu masak benda yang dua tiga kali pun tak jadi masalah.

oklah saya tak boleh nak bebel panjang, sebab dah tiba nak masak untuk buka hari nie..esok jika berkesempatan saya syerkan ape yang masak petang nie..jom layan resepi..oo yer, sukatan bahan ikut agak2 jer dan ikut selera masing2 ok..


Mee Hailam

bahan-bahannya:

mee kuning / mee kering
4 btg anak jagung
bunga kobis
sebatang lobak merah
sedikit kobis
satu pokok sawi

ayam yang di potong dadu (sy guna seketul peha ayam)
50gm udang
50gm sotong
3 biji telur

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
20tangkai cili kering
2 sb sos tiram
1 sb kicap pekat
3 sb kicap manis
gula dan gamram secukupnya
2sb tepung jagung yang di bancuh dengan air.
500ml air (boleh tambah ikut suka)

cara-caranya:

  • blend bawang dan cili..tumis hingga sedikit garing, masukkan bahan perasa, sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan ayam
  • masukkan air, tunggu hingga mendidih.
  • masukkan, sayuran tunggu hingga jagung empuk.
  • masukkan sotong dan udang, bila dah masak masukkan air tepung jagung.
  • last skali masukkan telur dan biar telur mengras dan matikan api.


celur mee kuning @ mee kering.
hidangkan semasa panas..memang ummmhh!!


Jul 9, 2013

Ramadhan Al-mubarak.

Ain Fajar | 9:21 PM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Salam ramdhan al-mubarak saya ucapkan kepada pengunjung resepi kehidupanku..terima kasih tak terhingga atas kesudian semua yang singgah di sini dan mencuba resepi yang saya kongsikan..walaupun blog masakan saya kini agak suram dan kurang ade N3 terbaru namun masih ada yang singgah..hanya ucapan terima kasih yang mampu dikatakan..hari ini kita umat islam sedunia telah menjalankan ibadah puasa yang di tuntut oleh agama..alhamdulillah masih sempat kita menemui ramadhan yang sangat berkat ini..masa nie lah umat islam megandakan ibadah pahala yang sukar ditemui di bulan2 yang lain. Di samping itu juga ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah pendapatan dengan mengambil tempahan kuih raya..macam saya ..hehe..

Tahun nie bulan puasa saya sangat berbeza dari tahun sebelum nie..yang seronoknya tahun nie tahun pertama saya yang bergelar isteri dan ibu berpuasa di kampung namun dalam keseronokan berpuasa di kampung en.abg saya bejauhan..dia terpaksa bertugas di tengah lautan dan dirantau orang sorang diri..tapi ade la kawan2 yang senasib denganya..tapi tak seronokla kan bersahur dan berbuke tanpa keluarga di sayangi..harap2 raya nanti dapat la en.abg bercuti dan beraya bersama dengan kami semua.

selain kelainan itu, tahun nie saya telah menyambung perniagaan arwah mak saya, iaitu menerima tempahan bahulu lapis dan gulung..di samping itu juga saya turun membuat kek lapis serawak yang sangat unik yang mana ianya kek kegemaran en.abg dan saya sendiri..alhamdulillah dengan rezki yang Allah beri kepada en.abg saya, dia telah menghadiahkan saya bengkel tempat membuat kek dan bahulu..sangat selesa siap dengan perkakas yang cukup sempurna. sangat2 terharu dengan kesungguhan en.abg membatu saya dari seluruh sudut terutama dari segi kewangan..semoga pelaburan yang en.abg laburkan dalam memulakan projek ini mendatangkan hasil yang lumayan untuk kami di hari tua..saya sangat terharu dengan sokongan en.abg dalam membantu saya merialisasikan impian arwah mak dan minat saya dalam bidang bakeri.

Inilah bengkel yang en.abg bina untuk saya untuk kemudahan menerima tempahan akan datang..bula puasa ni bermulah beroperasi..bengkel ni tak la besar mana tapi ianya cukup selesa untuk saya membuat sebarang tempahan..ianya di bina bersebelahan dengan rumah bapak saya.ade rezki tambah lagi bahagian hadapan..yang nie hanya untuk bahagian dapur sahaja.syukur alhamdulillah.

 yang ni pula bahagian dalamnya, bahagian dapur..cukup semua peralatan, ada yang sememangnya sudah sedia ade (arwah mak punya), ada yang saya beli (hadiah dr en.abg) dan ada yang kerajaan bagi (bantuan JKKK)

belum siap sepenuhnya sebenarnya, masih berselerak, baru siap dalam 90%, cuma tinggal elektrik sahaja..bila elektrik dah masuk boleh saya mula beroperasi..


tempahan di buka untuk orang-orang kampung, yang mana saya mengumumkan yang saya telah menyambung perniagaan arwah mak.


selamat menyambut ramadhan al-mubarak dari kami sekeluarga..in sya allah tahun depan kami berlima pula, mybe ade kawan ayahnye..semoga ramdhan kali ni adalah lebih baik dari yang sebelum nie..syukur juga semoga saya bertahan berpuasa untuk sebulan.

jumpa lagi dengan menu2 yang suke nak syer disini nanti.


Jul 4, 2013

speghetti originel

Ain Fajar | 8:02 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.
 Dah lama saya tak update N3 masak2..dah lama tak main masak2 nie..selalunya masak aci dan je, bila da masak tak sempat la nak snep gambar terus je ngap..tapi kali nie ade la sedikit masa..sementara nak tunggu bulan puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi..saya tak ambik tempahan..sebab nanti tempahan untuk bulan puasa berganda..nak rehatkan badan dan minda..hehe..konon la kan..

Ape lah mimpi saya masak speghetti nie kan, ntahla anak tekak rase nak makan spegheti je..ikut hati nak beli je kat pizza..tapi memikirkan tempatnya jauh dan kosnya mahal, saya lupakan lah niat nak beli..merajinkan diri masak sendiri, bukan susah pun senang je, cepat pulak tu..saya masak yang simple2 je..modalnya pun murah je..kalau beli sepinggan RM10 ++, kalau masak sendiri kos beli bahan RM10 boleh dapat makan sekeluarga.


oklah jom skodeng resepi yang mudah dan cepat nie.

Bahan-bahannya:

300gm speghetti

200gm ayam cincang / daging cincang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit origano
sedikit daun pasly kering
gula dan garam secukupnya
300gm sos tomato Prego
1 cawan air
fish ball

cara-caranya:

  • rebus spegheti dengan air yang di titis dengan minyak.

  • potong dadu bawang merah dan putih..
  • tumis wangi dan masukkan ayam hancur masak hingga ayam sedikit garing
  • masukkan sos tomato prego dan air
  • perasakan dengan bahan2 yang lain
  • masak hingga kuah masak dan sedikit pekat.

siap!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...