Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Jul 18, 2012

Udang celup Tepung

Ain Fajar | 7:42 AM | 0Comments |
Assalamualaikum
lama tak bersiaran, brodband mengalami kerosakan..dah nazak dah, hampir 4tahun berkhidmat..minta tukar la tu...ni kat kmpung guna streamyx laju la sikit...tinggal beberapa hari je lagi bulan ramadhan akan muncul, tak sabar rasanya nak masuk bulan yang penuh dengan keberkatan dan mulia nie..sebelum kita menyambut bulan puasa nie, saya tayang udang celup tepung..boleh juga di jadikan juadah berbuka dan sahur nanti.

saya buat udang celup tepung atas permintaan anak dare saya yang sulung tu, kecik2 lagi dah pandai minta suruh masak itu ini..sebenarnya dia tak puas makan masa kami makan di kedai makan tempoh hari..tu la yang dia minta saya buat udang yang sama macam kami oder tu..alhamdulillah la menjadi juga..senang je nak buatnya.
sangat mudah nak buat udang celup tepung nie sesiapa pun boleh buat..tapi kadang tu tak menjadi comey gebus2 kan..saya sendiri tak ade sukatannya mcm mana, main agak2 je..saya menggunakan tepung goreng ayam segera dari jenama Bestari..memang sedap..buat ayam goreng tepung pun menjadi macam ayam segera yang beli kat kedai tu..
terus je ke cara-cara membuatnya, buang kulit dan kepala udang, tinggalkan bahagian ekornya dan bersihkan. ambil beberapa sudu tepung segera dan campurkan dengan sebiji telur, gaul hingga sebati, jika terlalu pekat campurkan 2 sudu air, gaul sebati. panaskan minyak, celupkan udang ke dalambancuhan tepung tadi dan goreng hingga masak atau kekuningan.. siap ! boleh dihidangkan.

sila la menjamu mata.


Apr 2, 2012

Butter Prawn

Ain Fajar | 8:34 AM | 7Comments |
assalamualaikum..

n3 kali ni post menu tengah hari tadi...masakan untuk kawan en.abg masak simple je..tak ingat nak amik gambar..ala masak ikan goreng dengan pajri terung je pas tu wat sambal kicap..satle..mesti sedap la tu..hehehe..ok berbalik pada menu tengah hari tadi..dah lama teringin nak buat udang mentega ni sebenarnya..saya pernah makan tahun lepas kat restoren area klang tak ingat kat mana..saje nak try rasa butter prawn..memang tak mengecewakan sedap..ada sarang2 yang rangup dicampurkan dengan udang...pada mulanya memang tak tau la sarang2 tu telur, bila saya baca majalah rase keluaran tahun lepas edisi masakan baba nyonya..ada resepinya...oooo baru lah tau..bila cuba mmg tak jadi langsung..keciwa la sangat..pas tu tak buat dah dan tak fikir nak buat lagi...tapi baru2 ni, tetibe teringin pulak nak makan butter prawn..mcm org mengidam la pulak hahaha..terus la saya google..jumpala satu blog yang buat udang mentega ni rupanya memang sama siap ada resepi terus je copy. pastu goole2 lagi jumpa satu lagi blog jejaka, beliau juga ada buat butter prawn siap dgn gambar cara2 membuatnya..terus bersemangat nak try dan akhirnya terhasilla butter prawn saya..tak bape nak jadi juga sebenarnya sebab telurnya tak halus kejadian sarangnya dan tak berapa garing...percubaan kedua ni labih baik dan rasanya memang sedap..tak rugi saya try...

tengok pada gambar tu pun tau telurnya tak bape nak garing..nak try lagi lepas ni..myb ada kesilapan cara-caranya. saya C&P je..dah malam malas plak nak menaip..

Resepi Butter Prawn 
sumber : Bvlgarigirl.blogspot.com

Bahan-Bahan nya:

1 kg udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
minyak
250 gm unsalted butter (yg tak masin punya ok, mmg lah unsalted tu tk masin la)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
8 biji kuning telur
250ml susu cair full cream
aji no moto (jgn letak byk nanti rambut gugur. ye ke?)
garam
gula
1 sd teh sos ikan

Cara memasaknye
  • Perap udang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Jangan masak sangat. Toskan. Pukul kuning telur dan susu hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masuk cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Kalau nak lebih bersarang, petuanya kuali itu kena betul2 panas.
  • Toskan kejap hilangkan minyak2 tu semua. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

Makan dgn nasi panas2 atau ratah aje. memang sedap hingga menjilat pinggan hehehe..tak senonoh je ghopenyer..

Selamat mencuba.

Nov 20, 2011

kari udang galah.

Ain Fajar | 7:04 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam siaran..lameeenyeee tak up date blog ni..boring je kan singgah je blog ni

Sememangnya sedap sangat dapat makan udang galah ni..jarang di jumpai dan harganya tak yah cerita la..firts saya makan udang galah yang bersepit ni masa saya mengandungkan kakak, ngidam la konon..kebetulan adik bongsu saya memancing udang dapat la makan 2 ekor yang saiz mak bapak udang lain2 kecik2..goreng je time tu...nikmatnyaaaa dapat makan..dan ini kali kedua saya makan..kali ini buat masak gulai kari...mak mertua saya yang masak atas permintaan bapak mertua saya...kali ni bapak mertua saya oder dengan orang yang suka memancing udang dapat juga sekilo dengan harga RM40..okla kan tak la mahal sangat..puas makan..jarang2 buat masak gulai udang ni...memang sedap..
Tengok la gambar udang yang melengkor tu, memang sangat menyelerakan..cuci la mata anda semua yer hehehe, bukan ape dah lama sodaqallahul aziim...

Bahan A:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
15 tangkai cili kering

Bahan B:
1 paket kecil rempah kari udang
½ biji kelapa (ambil santan pekatnya dan yang cair)
3 cawan air
1 sudu halba (disangan)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
500gm Udang galah

Caranya:
  • Blend bahan A hingga lumat.
  • Tumis bahan A bersama kayu manis dan bunga lawang hingga sedikit garing, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan santan cair dan halba. Apabila sudah menggelegak boleh lah masukkan udang bersama santan pekat.
  • Perasakan dengan gula dan garamnya.
  • Apabila udang sudah berubah menjadi kemerahan @ masak boleh la tutup api dan dihidangkan.
p/s : terpulang pada citarasa masing-masing sama ada ingin santan tak pecah minyak serta kuahnya cair ataupun tunggu hingga kuahnya pecah minyak dan kuahnya sedikit pekat.
Nak guna udang besar yang biasa pun boleg..sedap juga...

selamat mencuba!!!

Oct 13, 2011

Honey prown

Ain Fajar | 2:40 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu tengah hari semalam...tak terfikir pun nak buat udang masak madu ni..masa beli udang ni en.abg dah pesan jagan masak sambal udang yer, dah jemu..masak lain dari yang lain yang tak penah buat...mmmm, fikir-fikir teringat makan udang madu masa makan kat restoren masakan chaines food..mmg tak pernah masak udang madu, dan masa tu la pertama dan terakhir kali makan, so ingat2 lupa..saya pun agak2 la bahan2 yang di gunakan...hehehe takut ke nak cube, tuan punya diri pun baru mencuba, pandai2 pulak tu nak letak bahan ape...hahaha jangan risau, rasanya mmg sedap, en.abg kate ok kira lulus la tu kan..

Ini rupa honey prown saya, tapi saya rasa lepas ni kalau nak buat lagi siram je sos madu atas udang tu, tak yah gaul sekali..
Ok-ok jom tengom resepinyer..simple je..

Bahan-bahannya:
300grm udang sederhana besar.
5 sudu madu
2 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya.
1 sudu tepung jagung + ¼ cawan air
½ biji air limau kasturi.
Daun sup
3 biji cili padi (jika suka)

Cara-caranya:
  • Buang kepala udang dan belah kulit di bahagian belakang udang.
  • Gaul dengan sedikit garam dan kunyit (jika suka), dan goreng garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan halia  serta cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan madu, sos tiram dan air tepung jagung, perasakan dengan garam.
  • Siram atas udang yang telah di goreng tadi dan hias dengan daun sup.

Dah siap!
Selamat mencuba!!

May 16, 2011

Udang Goreng Tepung

Ain Fajar | 7:35 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
 Udang goreng tepung ni permintaan en.abg..tak buat banyak pun coz udang yg ada pun tinggal baki2 je..saya ingat nak buat rencah masak sayur ke, wat nasi goreng ke..dah en.abg kate lame tak makan udang goreng tepung so saya pun buat mana yang ada je lah..jadilah lepas teringgin di hati...hihihi..
ok lah saya syer juga resepi yg tak seberapa di sini..

Bahan-bahannya : )
2 sb tepung gandum
1 sk garam
1/2 sk baking powder
air secukupnya.
serbuk kunyit jika suka.

Cara-caranya : )
  • satukan semua bahan dan bancuh mcm bancuhan tepung cekodok.
  • perap beberapa minit. masukkan udang yg telah di buang kulitnya dan gaul rata.
  • panaskan minyak dan sudukan udang bersama tepung ke dalam minyak.
  • goreng hingga kekuningan.
  • angkat dan hidangkan..
selamat mencuba !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...