Oct 13, 2011

Honey prown

Ain Fajar | 2:40 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu tengah hari semalam...tak terfikir pun nak buat udang masak madu ni..masa beli udang ni en.abg dah pesan jagan masak sambal udang yer, dah jemu..masak lain dari yang lain yang tak penah buat...mmmm, fikir-fikir teringat makan udang madu masa makan kat restoren masakan chaines food..mmg tak pernah masak udang madu, dan masa tu la pertama dan terakhir kali makan, so ingat2 lupa..saya pun agak2 la bahan2 yang di gunakan...hehehe takut ke nak cube, tuan punya diri pun baru mencuba, pandai2 pulak tu nak letak bahan ape...hahaha jangan risau, rasanya mmg sedap, en.abg kate ok kira lulus la tu kan..

Ini rupa honey prown saya, tapi saya rasa lepas ni kalau nak buat lagi siram je sos madu atas udang tu, tak yah gaul sekali..
Ok-ok jom tengom resepinyer..simple je..

Bahan-bahannya:
300grm udang sederhana besar.
5 sudu madu
2 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya.
1 sudu tepung jagung + ¼ cawan air
½ biji air limau kasturi.
Daun sup
3 biji cili padi (jika suka)

Cara-caranya:
  • Buang kepala udang dan belah kulit di bahagian belakang udang.
  • Gaul dengan sedikit garam dan kunyit (jika suka), dan goreng garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang putih dan halia  serta cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan madu, sos tiram dan air tepung jagung, perasakan dengan garam.
  • Siram atas udang yang telah di goreng tadi dan hias dengan daun sup.

Dah siap!
Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...