ROTO CANAI
Assalamualaikum.
Sarapan pagi tadi di kampung, saje seronok2 nak buat roti canai. Biasanya kalau kat kampung ni buat sarapan yang senang2 je proses pembuatannya..nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, cekodok tepung, cekodok pisang atau pisang goreng..tapi mak mertua saya teringin nak buat roti canai sendiri dan kebetulan ada baki gulai udang semalam..dengan kudrat dua tulang tangan yang kurus ni pun mengulila tepung roti canai malam tadi...
Ini lah hasilnya..tak buat banyk pun dapat 10 keping je..saya tak pandai menebar roti canai ni, so saya tarik2 je sampai nipis atas dulang..
Saya guna resepi yang biasa arwah mak saya buat masa niaga kat kantin sekolah dulu. Saya rasa rata2 bahan roti canai ni sama je, Cuma cara penebaran dan bacuhan yang membezakannya..
Ok jom kita tengok resepi yang saya gunakan..nak ikutkan saya agak2 je.
Bahan-bahannya :)
3 cawan tepung gandum
2 sudu gula
1 sk garam
3 sudu susu pekat
1 ½ cawan air ( - +)
Planta secukupnya
Cara-caranya :
- Masukkan semua bahan kecuali planta.
- Gaul semua bahan dan masukkan sedikit demi sedikit air hingga menjadi doh yang lembut.(elok lembik sedikit)
- Uli doh hingga licin dan lembut (kalau guna tangan lebih kurang dalam 20-30 minit.
- Bahagikan doh kecil dalam 50gm, dan bulat-bulatkan..kemudian sapu bebola doh dengan planta..(tak pe palantanya lebih sedikit untuk memudahkan kita menebarnya)
- Perap doh roti canai semalaman.
- Semasa ingin menipiskan doh di atas talam basahkan tangan dengan minyak dan titikkan sedikit minyak atas doh roti untuk mengelakkan doh terkoyak..tarik2 lah hingga nipis.
- Lipat2 dan masak atas kuali yang di laser sedikit minyak..
- Masak hingga roti kekuningan dan sedia untuk di hidangkan dengan kuah kegemaran masing2.
makasih ya car amembuat roti canainya...
ReplyDelete