Assalamualaikum.
Mood membaking masih tersemat di jiwa...haha boleh terima ke ayat macam ni, hantam je la labu... kali ni saya try buat roti manis..nak letak inti ape pun boleh ikut suka..saya letak inti kaya dan nutella..sebenarnya saya nak habiskan stok yang ada, nnt lama-lama rosak pulak, dah membazir..sebelum balik ke kampung saya buat roti ni, maklumla perjalanan makan masa 8jam memang terasa lapar je. Kalau nak berenti buang masa..so, bawa la bekalan banyak2..

Ini rupa roti kaya saya, memang cantik, gebu, lembut dan sedap..bukan nak puji diri sendiri tapi nak berterima kasih kepada penyumbang resepi ni..saya memang teringin nak buat roti yang macam ni..
Gambar dari pandangan atas.
Pandangan sruktur roti yang menampakkan kegebuan roti ini.
Mmg mcm kat kedai.
Ok kita tengok resepinya pulak..saya ambil resepi dari blog k.ummi.homesweathome dan sumber dari Source: Gert (My Kitchen Snippets)
Bahan-bahannya:
380 gm tepung roti
30 gm susu tepung
2 sudu besar yis kering
¼ sk garam
50 gm gula kastor
30 gm lemak sayur
30 gm mentega
1 biji telur
100 ml air
100 gm water roux. (50gm tepung gandum + 250ml air)-masak atas api hingga pekat dan sejukkan.(boleh simpan dalam peti sejuk dan guna pada suhu bilik.
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
- setelah siap keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- selepas itu bahagikan doh kepada 14 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm
- ambil satu doh dan bentukkan menjadi doh yang kecil dan lakukan sehingga habis
- rehatkan doh selama 10-15 min
- selepas itu jika hendak letak inti apa2 pun boleh
- ambil satu doh dan tepekkan ke tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti dan tutupkan semula menjadi bola yang kecil
- lakukan sehingga habis
- selepas itu susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
- kemudian biarkan doh tadi naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam, sapu atas roti dengan telur + susu cair.
- kalau berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven dan apitkan dengan 2 ke 3 cawan air panas (saya guna kaedah ini, coz cuaca mendung).
- Bakar pada suhu 160c selama 15 minit atau hingga masak (kuning keemasan).
selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment