Mar 5, 2011

Buncis tiram

Ain Fajar | 4:55 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.
aduhai sepatutnya n3 ni dah post semalam tapi  xsempat, en.abg cuti ank2nya ajak pegi taman, bila malam, ayahnya pulak ajak tengok dia main badminton. tergendala la lg nk update blog...menu tengah hari semalam, masak simple je, main campak2 je..dah lambat n kelaparan..tadi pegi beli brg sampai umah dah kul 1.30 amik masa 1/2 jam utk masak. kakak dah lapar bising je mulut dia nak makan itu ini..hehehe bukan masak gempak pun tapi sibuk je nak post hahaha suke lah kan!!!
Buncis masak tiram je tak sampai 5 minit kali ni saje tak buat pedas coz kakak suka mkn sayur ni, oleh kerana masa terhad semua kn makan makanan yg tak pedas.

Bahan2 nyer :)
100 gm sayur buncis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1/2 biji kiub ikan bilis.
sedikit air
cili padi jika suka

Cara-caranya..
  • hiris bawang putih dan merah..tumis hingga layu.
  • masukkan sayur buncis dan air gaul sebati 
  • masukkan kiub ikn bilis, perasakan dengan garam dan sedikit gula ikut cita rasa..
  • dah siap!!!
lauknya pun simple je...

    haa kan cakap lauk simple juga, hiris2 campak masak, kerang rebus @ bening kerang..paberet kakak ni, ibu ayhnya pun suka, teringat masa kat kampung..rebus kerang cicah sambal kicap pehhhgg!!mmg tak toleh dah tunduk je makan...senang la sangat2 masak kerang ni, rasanya sume dah tau..tak yah letak resepi lah kan..cukup sekadar saya bg tau ape yg saya taruk kat dalam tu..saya hiris bawang putih, merah, halia, dan ketuk serai rebus sampai kerang terbukak ha dah siap..kalau nak masin buh garam..tapi ingat yer kerang mmg dah masin so jgn letak garam banyak2..
    ok lah yer saya undur diri dulu, untuk beberapa hari..ada misi hihihi dah satle misnya saya citer okeyy..tak tau pun tak pe saya nak bagi tau juga nnt...hahaha klah baybay...


    Cara berlauk

    Ain Fajar | 1:11 AM | 1Comments |
    Assalamualaikum..
    n3 ni sepatutnya saya post time pagi, tapi yelah sibuk uruskan ank2 dan rumah..pastu keluar cari barang2..pagi tadi saya buat kuih caara..biasanya kalau kat kampung saya dan selalu yang saya jumpa kuih cara ni letak gula sebagai intinya, tapi kat Trgn lain care persembahannya...saya rasa kuih ni asal dari sini kot, kat tempat lain saya belum penah jumpa lagi, tapi kalau kat area KL, n Selangor mesti dah ada org jual terutama masa bazzar ramadhan..kat area sane tu makanan dari negeri mana pun ada, malah dari negara luar pun dah ada..cakap je nak makan ape mesti ada jual..1st saya makan kuih cara berlauk ni pun kat sini masa buka puasa yang lepas..mmm mmg sedap..trs bercite2 nak buat sendiri.en.abg pun suka..akhirnya ari ni terlaksana lah cita2 saya untuk membuat kuih cara berlauk ni, tapi kan banyak bahan tak cukup, guna ape yg ada je tapi sty sedapp!!!
    haaa inilah hasilnya..sebenarnya kuih ni warna kuning, tapi saya tak ada stok pewarna kuning so nmpk pucat je. tak pe next time buat lagi yg warne kuning..resepi asal saya amik dari dapur kak madiha..trimas kak yer..mmg sedap, tak rugi untuk try..izinkan saya copy dan syer di sini yer k.madiha..ok jom kita tengok resepinya .

    sumber : kak madiha

    CARA BERLAUK
    Bahan2 Inti

    1 cawan daging kisar (saya tukar guna ayam cincang)
    1 labu bwg besar - potong dadu
    1 ulas bwg putih - potong dadu
    1 s/b rempah kurma (saya tukar pada rempah rendang)
    1 s/k serbuk rempah sup (saya tak letak)
    garam secukup rasa
    perasa jika suka
    1 cawan air
    minyak utk menumis
    1 s/b sos tiram (saya tambah sendiri)

    Bahan Hiasan
    2 biji cili merah - hiris nipis
    1 tangkai daun bawang - hiris halus

    Bahan2 Untuk Batter
    2 cawan tepung gandum
    3 cawan santan - dari sebiji kelapa (saya guna santan dalam kotak je)
    1 biji telur
    garam secukup rasa (saya letak 1 s/k )
    pewarna kuning secukupnya (tak letak pun )

    Bahan Tambahan
    Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
    2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

    Cara Menyediakan Inti
    • Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
    • Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


    Cara Menyediakan Batter
    •  Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
    •  Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
    • Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
    • Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
    • Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
    • Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.


    berbaloi kalau try, sedap, kakak dgn en.abg  makan laju je..boleh buat lagi next time..
    ok selamat mencuba k!!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...