May 29, 2013

kek buah kukus

Ain Fajar | 3:55 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Kek buah kukus ni bercinta sikit nak membuatnya, memandangkan masa mengukusnya memakan masa 4jam..saya juga seperti orang lain, dah lama menyimpan resepi kek buah kukus nie..bila nak membuatnya tu, mula la terfikir siapa yang makan, sebab saya sendiri tak suka makan kek lagi2 kek buah..saya suka membuat kek tapi nak makan tu sepotong je lah...punca kejadian kek buah nie, apabila bos en.abg oder kek buah daripada saya..nak kek buah setengah kilo 3 biji..saa terima je lah sebab memang teringin nak buat kek buah kukus, dan kalau ade lebih pula, bapa saya ade..dia suke sangat makan kek buah..dulu masa saya ecik setiap tahun bila syawal tiba mesti ade sebiji kek buah khas untuk bapak saya..bila saya besar dan mak dah mula ambil tempahan kek buah dah ade lagi di atas meja...kesian bapak saya, sehingga dia beli sepotong di sebabkan teringin..yang sedihnya bapak saya beli masa mak dah meningal..dia cakap teringin sangat nak makan kek buah..saya sangat tercabar sebab kesian kat bapak saya tu...jadi inilah kekuatan saya untuk mencuba...bapak saya orang pertama saya minta jadi tester..alhamdulillah kejadiannya sangat membanggakan diri sendiri..hehe

sebenarnya saya agak takut nak buat kek buah nie, sebab biasanya kalau tak tau buat buahan campur akan jadi mendap ke bawah..dan saya sendiri pernah buat jadi macam tu..jadi agakfobia jugala..bla saya tengok komen resepi nie amat positif saya tak ragu lagi untuk mencubanya. ramai blogger masakan dah pun mencubanya..di sebabkan kek nie bukan untuk simpanan yang lama, jadi saya kukus 3jam sahaja..bapak saya kata sedap..saya sendiri rase memang sedap..selalunya saya tak jamah pun kek buah..tapi kali nie habis juga 2 potong..hehe..lepas nie time raya wajib buatlah untuk bapak saya..senang je nak buat..waktu kukus tu jer yang lama..tak pe la kan masa proses kukusan berjalan boleh buat kerja lain di dapur.


saya potong kek nie keesokkan harinya..supaya kek moist dan tak berderai bila di potong..ok lah jom tengok resepi mana tau ade yang ingin mencubanya..resepi yang saya syer di sini juga adalah rujukan saya mendatang juga untuk anak2 dara saya tu.

KEK BUAH KUKUS
Resepi : chef Zubaidah
sumber : k.Hana, K.madiha dan k.sheila

bahan-bahannya:
250 gm buter
350gm gula pasir
60ml air panas
500 gm buah campur

3 biji telur
350gm tepun
1 sk cream of tar tar
2 sk soda bikarbonat
1 sb susu pekat
1 sk esen vanila
1 sb serbuk buah pala (saya x letak)

cara-caranya:

  • masak gula hingga hangus, tuang air panas perlahan. masukkan butter hingga cair dan masukkan buah campur dan kacau sebati.
  • ayak bahan kering
  • pukul telur hingga kembang
  • campurkan bahan kering dengan bahan gula hangus tadi dan kacau rata
  • masukkan telur dan gaul rata.
  • masukkan ke dalam loyang dan kukus 4 jam.
  • biarkan kek dalam kukusan hingga sejuk dalam keadaan tutup terbuka.
  • bila sudah sejuk keluarkan dari loyang.
  • keesokkan harinya boleh la di potong
  • boleh tahan lama sama seperti kek lapis serawak.
selamat mencuba!

May 28, 2013

1st kemalangan di jalan raya.

Ain Fajar | 4:31 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Dalam kesibukan saya menerima tempahan kek kawin, saya dan en.abg bertangungjawab membawa mak ayah mertua saya ke majlis akad nikah cucu bapa mertua saya di klang. pada asalnya kami memang tak merancang untuk pergi ke majlis tersebut memandangkan saya ade banyak oder yang perlu diasiapkan, dan en.abg pula baru balik dari kerja dan harus bertolak ke terengganu atas tugas barunya..dan kami di jemput last minute..huhu..rasa berat di hati nak menerima undangan tersebut.namun memikirkan saudara rapat kami pergi juga..rupanya malang tak berbau, kami sekeluarga di takdirkan menerima kemalangan di jalan raya.. ini merupakan pengalaman pertama saya exciden..alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kami semua bernafas di muka bumi ini..tiada sedikit pun kecedaraan yang kami semua alami..namun hentakan yang terlalu kuat memberi kesan juga kepada kami..kesan yang anak2 saya alami kejutan dalam diri mereka..c kakak sedikit fobia dan c adik juga terkejut di sebabkan mereka berdua terhantuk sesama sendiri dengan hentakan yang agak kuat. saya dan en.abg mengalami sakit di leher akibat hentakan dari belakang, manakala mak dan ayah mertua tidak mengalami ape2..alhamdulillah..dugaan kecil buat kami.

al-kisahnya..tepat kami di langgar tu di beri nama sungai Haji Durani, ade sabatang jejantas dan traffic light, menurut penduduk di sekitar kawasan tersebut, tempat tu memang sudah menjadi kebiasaan excident berlaku, sehingga meragut banyak nyawa..dalam sebulan tak pernah bersih dari excident..sangat menyeramkan..dan saya agak fobia pulak kat tempat tu..kemalangan terjadi apabila sebuah kereta naza citra yang di pandu oleh seorang lelaki warga Korea telah kepenatan dan tertido dalam pemanduannya..bila dia tertido, dia tak perasan yang kereta kami bergerak perlahan..lampu hijau baru menyala dan kereta kami baru bergerak dan en.abg saya baru nak menarik gear ke-2 terus secara pantas kami di langgar dari belakang denga sekuat2nya dan kami terseret ketepi dan berhenti sendiri..saya fikirkan yang sebiji batu telah menembusi cermin hadapan kereta, bila tengok depan tak ade ape2 berlaku, dan bila tengok ke belakang lapang tiada sebutir pun kaca di belakang..bonet kereta remuk teramat sangat...kesabaran en.abg tiada batasan..namun pemandu korea tersebut tidak melawan dan mengaku kesalahannya dan banyak kali memohon maaf atas kecuaiannya..orang pertama dia tanye macam mana keadaan ank2 saya..membuatkan perasaan amarah en.abg slow dan akur dengan ape yang terjadi...sebenarnya baru seminggu kereta en.abg di perbaiki, akibat kena langgar oleh lori simen..dalam sebulan 2 kali kena langgar dari belakang..huhu namun alhamdulillah umur masih panjang dan Allah melindungi en.abg saya dan keluarga dari tercedera akibat kemalangan yang berlaku..

inilah pemandu dari korea yang telah melanggar kami dari belakang..kereta dia tak mengalami kerosakan yang teruk.

keretan en.abg mengalami kerosakan yang sangat teruk..banyak yang rosak dan perlu diganti..ni belum tengok yang bawah2 lagi..semua bengkok dan perlu di tukar.

dari sudut kanan

dari sudut kiri
pintu belakang memang keduanya tak boleh dibuka..ianya becantum dengan bonet yang telah remuk

dari sudut belakang dari dekat.

keadaan kereta sangat menyedihkan, walaupun ade insurance tapi ianya tidak boleh untuk cover semua kerosakan yang di alami..

semoga allah melindungi kami dari ape jua perkara yang tidak di ingini..amin..selamatkan kami dari sebarang mala petaka..ya Allah..amin...hati masih berdebar bila en.abg terpaksa travel jauh ke terengganu..semoga allah melindungi en.abg sehingga dia balik dengan selamat di samping kami sekeluarga..dan berkatilah rezki yang enkau tetapkan untuk kami, ya allah..

kek kawin lagi dan lagiii..

Ain Fajar | 4:00 AM | 1Comments |
Assalamualaikum

Cuti sekolah bermula, musim kenduri kendara pun bermula..dalam sehari 6 7 rumah yang mengadakan kenduri..ni satu daerah kalau daerah lain2, atau negeri lain2 ntah berapa buat tempat kenduri kawin berlangsung..tak terpegi la rasanya...minggu yang lepas saya menerima oder kek perkahwinan 2 tempat..huh! tak terkejar juga di buatnya..sebab jiran mak mertua juga turut kenduri..memang terkejar sana dan sini..oder tetap saya terima..kalau tak terima macam mana la pulak kan, kawan2 dan sedara juga yang menempahnya..dah oder awal2 lagi, 3 bulan awal dah menepahnya..tak kan lah nak menolak...dalam masa yang sama sebelum tarikh saya nak mendeco kek kawin, saya sekeluarga di timpa kemalangan kecil..alhamdulillah kami semua ok..cuma kereta sahaja yang mengalami kerosakan yang amat sangat..tak pe lah, duit boleh di cari nyawa tiada ganti.

berbalik pada kek kawin yang saya terima minggu lepas..alhamdulillah walau pun kepala masih rase sengal2 kesan dari exciden jumaant yang lepas saya kuatkan juga untuk hasilkan kek kawin impian bakal pengantin..jom tengok dulu kek saya tu yer..


chocolate moist tiga tingkat yang di saluti butercream dan bunga foundant..kek ni jauh di hantar rase berdebar juga perjalanan yang jauh boleh merosakkan rupa paras kek yang dah di mekup nie..huhu..dari sungai sumun ke seberang perak yang memakan masa 45 minit perjalanan..mak cik saya kata ade juga bunga yang tejatuh tapi katenya boleh di perbaiki..silap saya sebab buat butercream yang lembut...ini semua pengajaran untuk saya..selepas ni jika perjalanan yang agak jauh mesti keraskan sikit butercream..macam mana tu yer...hhhmmmm kena fikir..kena buat R&D.

saya memang suke kek kawin yang banyak bunga macam nie,bila bunga 2 3 kuntum jer nampak macam tak menjadi jer.

zoom sikit, tingkat pertama

tingkat kedua

tingkat pertama

dari pandangan atas.

kek kedua, tidak jauh cuma 10 minit perjalanan.. tapi masih perlu berhati-hati


kek nie adalah permintaan pelanggan saya, nak kek petak di bawah dan cup tingkat kedua dan ke tiga..inilah hasilnya yang terjadi. kek coklat spans moist. butercream dan bunga foundant..saya tak berapa nak maher menghias kek bersegi, jadi ianya agak mencabar sedikit..

tingkat pertama

tingkat kedua

tingkat ketiga

sebelum pengantin lelaki datang sempatla saya snep sekeping dua bersama pengantin..macam dah kenal lama je..hehehe padah br kenal 3 bln yang lepas dari FB..costemer yang senang nak berurusan, semua tak kisah..ikut pada bajet dia dan ikutla nak buat mcam mana pun..memang sempoi..

bila pengantin lelaki dah sampai, saya snep la juga gambar pengantin..

sesi pemotongan kek saya tu..memang nampak cun pengantinnya dan kek saya tu..kiki masuk bakul angkat sendiri..

sesi suap menyuap pulak..agenda wajib selain suap makan nasi.
selamat pengantin baru buat syafinaz dan suaminya faisol..semoga bahgia hingga akhir hayat dan mendapat cahaya mata dengan cepat.




May 20, 2013

Di hari pertunangan adik lelaki.

Ain Fajar | 7:10 AM | 7Comments |
Assalamualaikum.

Tanggal 11/5/2013 seorang adik lelaki saya telah mengikat hubungan dengan pasagan yang di kenalinya bagi mengumumkan yang mereka akan mendirikan rumah tangga kelak...perhubungan pertunagan yang terjalin adalah untuk memberitahu kepada keluarga kedua belah pihak yang mereka sirius untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat..di samping itu juga tempoh bertunang merupakan waktu mereka mengenali hati masing2 sebelum hidup bersama...sebak juga di hati ini bila melihat adik saya dah nak mendirikan rumah tangga..adik2 semakin besar begitu juga dengan saya, dah makin tua..sebak bukan kerana usia dah makin tua tetapi sedih mengenangkan arwah mak yang tak sempat melihat semua anak2nya mendirikan rumah tangga dan bahagia, juga tak sempat melihat cucu-cucunya membesar..tak nak cerita panjang pasal kesedihan..

Bila adik saya nak bertunang seronok bukan kepalang sebab saya suka buat gubahan barang hantaran, tak kisah sama ada barang pakaian atau pun makanan.. masa ni la saya nak asah bakat melembutkan jari jemari...kebetulan pula adik saya menyerahkan 100% untuk saya menguruskan barang hantarannya..masa saya bertunang pun saya buat sendiri semua barang hantaran termasuklah kek..rase bangga sangat dapat hasilkan kek yang besar di hari bahagia...masa saya kawin pun saya buat kesemuanya sendiri di bantu oleh arwah mak..barang hantaran, bunga telur, kek 6 tingkat, doogif dll..memang seronok dan berpuas hati dengan hasil usaha sendiri..ok jom intai2 ape yang telah saya hasilkan untuk adik saya..

tuala yang telah saya ubah menjadi sofa pengantin.


sejadah dengan niat di hati nak buat bentuk teko tapi bila muncungnya terlalu panjang semua orang cakap unta, huhuhu..sedihnya..teko ku berbentuk unta..memang tak boleh nak di pendekkan sebab sejadah agak besar. biasanya orang buat guna tuala, tapi saya guna sejadah..tapi hantam la labu janji berbentuk..haha

kain pasang yang saya cuba buat bunga dalam bakul.

Al-Quran dan rehal..tak perlu nak gubah cukup sekadar dengan letak bunga dan reben.

buah-buahan, tak juga di ubah cuma bakul sahaja yang di perindahkan dengan reben dan bunga.


cincin tanda ikatan di jalinkan..cincin yang di kelilingi coklat..so sweet...


yang adalah bahan makanan, 2 dulang sumi buah-buahan, kek LV, kek lapis serawak cheese srawbery, bahulu ikan dan gula2.


sebelum masuk ke rumah bakal tunang adik, sempatla kami bergambar..hehe


rombongan lelaki yang mula melangkah masuk ke perkarangan rumah perempuan..kami membawa rombongan seramai lebih kurang 30 orang dengan kenderaan 8 biji kereta yang tak penuh..rombongan terdiri daripada orang kampung yang paling rapat dan adik beradik saya sahaja..


barang hantaran dari kedua belah pihak..

sesi perbincangan telah pun bermula dari pihak lelaki dengan mewakilkan kawan baik bapak saya

tepak sirih di beri kepad pihak lelaki tanda pinangan lelaki untuk bunga di taman.

saya menunjukkan sebentuk cincin kepada ibu bagi pihak perempuan sebagai tanda pertunagan adik saya dan anaknya. (gugpnyerrrrr time nie)


sesi penyarungan cincin..saya mewakilkan adik saya menyarungkan cincin kepada bakal tunang adik saya..bila mak dah tiada saya sebagai kakak sulung, di pertangungjawabkan untuk tugas nie.


cincin telah pun di sarung ke jari manis Nur Shahira


salaman pertama bakal adik ipar..hehe.. (sebelum nie tak pernah jumpa tau..)


terjalin sudah ikantan pertunangan antara merka berdua..semoga mereka dapat menyesuaikan diri hidup bersama dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka..aminnnnn...

May 14, 2013

Selamat hari Ibu

Ain Fajar | 5:38 AM | 5Comments |
Assalamualaikum.

Hari ibu sudah 4hari berlalu, baru lah saya sempat nak post N3 nie..Hari ibu tahun 2013 nie banyak kelainan buat diri saya, berbeza dari tahun2 sebelum nei..sebelum saya bergelar ibu, saya tak merasai sangat hari penghargaan untuk ibu tersayang..masa saya kecil hingga saya besar, mak sentiasa di hati walau pun bukan hari ibu, saya tetap buat kerja mak, tolong ape yang patut, ringankan bebanya dan senangkan hatinya..apa yang saya buat saya cuba buat mak dan bapa saya gembira, bangga dan tidak risaukan saya..bila tiba hari ibu saya sendiri tak pernah berikan mak hadiah atau kek..bila di tanya mak ape, mak jawab senang je, alaa tak payah nak bagi ape2 cukup kamu dapat banggakan mak dan tidak susah hati mak..apa yang saya mampu buat, dengan susah payah saya berusaha mendapatkan segulung ijazah untuk kebanggaan mak dan bapak saya, dan saya memilih teman hidup yang boleh menjaga saya dan menjamin kebahagiaan saya..sekarang nie saya berusaha untuk menyambung hasrat arwah mak untuk memajukan pernigaan mak seperti yang di harapkan..walaupun mak dah tiada saya tetap akan meneruskan usaha dan impian beliau..semoga  Allah tempatkan mak di kalangan orang yang beriman..

sehari sebelum hari ibu, adik saya bertunang, saya bersusah payah buat yang terbaik untuk kebahagiaan adik saya..sampikan bapa saya berkata, apa yang saya buat sama macam mak saya buat masa abang-abang saya nak bertunang dulu, skiranya mak masih ade, dia akn buat perkara yang sama macam saya buat..saya rase sedih dan terkenangkan mak..perkara yang saya agak berat menanggung perasaan apabila saya di pertangung jawabkan menyarung cincin ke tunang adik saya ( bakal adik ipar saya)..walau pun gembira dalam sudut hati yang kecil nie, dah merintih kesedihan terkenangkan arwah mak..sepatutnya dia yang berada di tempat saya ketika itu..tapi takdir dah menentukan segalanya..saya dan adik terpaksa akur dengan qada dan qadar


Di hari Ibu tahun 2013, saya memegang satu tangugjawab yang besar mengantikan tempat arwah mak..perasaan yang gembira di dalamnya menahan kesedihan..selamat hari ibu untuk arwah mak..rindu tak terkata..

tahun nie juga, saya sangat gembira bila anak2 sudah pandai mengucapkan hari ibu dan meluahkan sayang ibu kepada saya..tahun nie tahun pertama anak2 sekolah, mereka dia ajar menyambut hari ibu bagi menghargai hari ibu..



 balik sekolah hari khamis yang lepas, c fina dah cakap dengan saya, yang dia ada buat kad untuk ibu, ade love, ade bunga dan bear..tapi belum siap..hari jumaat balik dari sekolah terus keluarkan dan bagi kat saya sambil sengih2....terima kasih  anak ibu..semoga mereka mengenang ibu di hari tua nanti, sentiasa mendoakan ibu bila ibu dah tiada kat dunia nie..

itu je lah hehe....selamat hari ibu juga buat ibu mertua saya yang dah menjaga suami saya dengan baik, tak lupa juga buat mak tiri saya yang dah banyak membantu saya sepanjang saya balik ke kampung..tidak di lupakan untuk ibu2 di seluruh dunia...korang semua adalah superwomen..

cream puff II

Ain Fajar | 3:23 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Agak lama juga saya tak buat cream puff nie. jarang2 sangat saya buat cream puff nie..walaupun dah berjaya 2 kali percubaan saya masih agak fobia nak buat cream puff nie..mana taknya hampir 5 6 kali saya cuba sebelum berjaya adalah tak menjadi..huhu..memangla fobia..mana la tau kalau dah lama tak buat hilang skill nya pulak kan..bila kawan saya call yang dia nak saya buat sejenis kuih yang lembut dan intinya kastard. dia tak tau namanya bila saya sebut cream puff ker..dan kawan saya haa ye la tu..nak oder cream puff dan dia yakin yang saya mesti tau buat...hehe memang saya tau buat tapi takut tak menjadi pulak...tapi walau macam mana pun saya menerima oder tersebut..walau pun tak berapa nak yakin.


tadaaaa, nilah hasilnya..kawan saya nak 75 biji..kena buat dalam 2 1/2 adunan dari resepi asal..

nak tau yang cream puff nie menjadi bila dalamnya berongga @ berlubang, ringan dan semestinya lemak berkrim..sedap la bila mengigitnya.. mana2 resepi yang terdapat di blog masakan semuanya lebih kurang sama je, cuma kuantitinya sedikit berbeza..walau mana2 resepi yang kita guna, kalau teknik dan peraturannya kita ikut dan patuhi semestinya menjadi..kalau tak tau teknik memang susah nak menjadi dengan jayanya..macam saya la sebelum nie, kurang ilmu di dada..perlu tau tips2 nya.

ok resepi kali nie saya cuba dari you tube..saya perlu tau tekniknya seperti belajar di dalam kelas..kalau ade yang nak melihat vidionya, taib je cara-cara membuat cream puff..mesti bayak..tapi kena pandai pilih mana yang sesuai dan faham..okeyyy..


meh semak resepi..

bahan-bahan puff:

500gm ml air
200gm butter
250gm tepung
6 biji telur

bahan untuk inti kastard:
 70gm tepung kastard ( boleh tambah 20gm jika nk inti pekat)
10 sb gula
14gm butte
3 cawan air
1 biji telur

 cara-caranya: 

masukkan air dan butter ke dalam kuali @ periuk, bila butter cair tutup api
masukkan tepung gaul hingga menjadi doh dan pasang api semula hingga wujud kerak nipis di tepi periuk, sejukkan
masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati @ sehingga adunan berkilat dan licin
(nak guna mixer pun boleh.

masukkan ke dalam piping bag dan nozel bintang dan paipkan atas dulang yang telah di sapu mentega.
boleh juga gunakan sudu sahaja.
bakar pada suhu 200c 15 minit pertama dan turunkan suhu 170c 15 minit kedua. hingga cream puff kekuningan @ masak.



cara membuat filling kastard:

larutkan tepung dalam air dan masak atas api besama bahan lain
masak hingga adunan pekat.
bila cream puff siap di masak lubangkan sedikit cream puff dan paipkan inti ke dlm cream puff.
boleh juga potong separuh dan letak inti menggunakan sudu.
taburkan gula aising di atas cream puff.

mudah je kan, tapi kena bayak kali buat..kalau berjaya buat pertama kalinya alhamdulillah, jika x menjadi cuba lagi

selamat mencuba








Barang hantaran

Ain Fajar | 1:46 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

minggu yang lepas saya tidak menerima sebarang tempahan..tapi walau macam mana pun saya tetap sibuk dengan kek dan kuih muih..saya buat kerana saya sponser hantaran adik saya dan adik en.abang hantaran pertunangan mereka...dalam minggu yang sama kami berdua mendapat 2org bakal ipar..maunya tak siuk, belah pihak saya, kami menghantar rombongan meminang..dan belah pihak en.abg pula kami menria pinangan..nasib juga tak menerima pinangan sekali gus, kalau tak memang tak cukup 24 jam saya nak menyiapkan hantaran dan kuih muih serta  masak2 untuk kenduri..memang sangat meletihkan, namun kami sangat gembira menerima orang baru dalam kelurga kami...ok jom tengok hantaran yang sempat saya siapkan tu..

Butter cake yang saya saluti dengan foundant serta edible LV.
dah lama teringin nak buat kek berbentuk bag, alhamdulillah menjadi juga.

Bahulu ikan, kuih tradisi yang tak lapok dek zaman.

homemade coklat, saya jadikan ianya bekas cincin


kek lapis serawak strawberry cheese.
menarik sangat kek yang sedap nie di jadikan hantaran.


barang2 hantaran dari kedua belah pihak adik saya

makanan yang telah saya hasilkan, ade sedulang lagi yang saya tak snap, agar2 jelly..last minuet preparation.

ok ygang bawah nie, saya buat untuk adik en.abang..yang bertemakan hijau pink.  

kek batter masam manis yang di saluti foundant


kek lapis pandan versi kukus.

bahulu ikan, anak2nya sahaja..ibu ikan dah kena goreng huhu..hehe

bunga tangan coklat..
ini la adik en.abg @ adik ipar saya yang bertunang tu..

barang hantrana adik ipar saya untuk pihak lelaki
 barang hantaran dari pihak lelaki.

ini sahaja, n3 kali nie cerita pasal hantaran makanan yang berjaya saya hasilkan.

ade ke yang kat luar sane yang berminat nak menempahnya,
call, wasap, sms, pm saya di no 
012-3111448







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...